Friday, May 29, 2009

KEBANGKITAN GENERASI SALAHUDDIN DAN KEMBALINYA AL-AQSA KE PANGKUAN ISLAM

JUDUL: KEBANGKITAN GENERASI SALAHUDDIN DAN KEMBALINYA AL-AQSA KE PANGKUAN ISLAM

PENGARANG: Dr. Majid Irsan al-Kaylani

PENERBIT: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Thinker’s Library Sdn. Bhd

TAHUN TERBIT : 2009

HALAMAN: 433 muka surat

HARGA: RM 35.00

PENGULAS: BURHANUDDIN BIN ABDUL JALAL



BUKU “KEBANGKITAN GENERASI SALAHUDDIN DAN KEMBALINYA AL-AQSA KE PANGKUAN ISLAM” karya Dr. Majid Irsan al-Kaylani bukan sebuah buku yang mengisahkan tentang biografi tokoh popular dalam Perang Salib iaitu Salahuddin Al-Ayyubi semata-mata, tetapi ia lebih dari itu. Ini bermaksud buku ini memaparkan fenomena gerakan kebangkitan umat Islam secara menyeluruh selama 50 tahun sehingga mampu melahirkan tokoh yang berwibawa itu.

Tidak ada di kalangan ahli sejarah yang menolak bahawa kekalahan kaum Muslimin dalam Perang Salib yang berlaku pada akhir tahun ke 5 Hijrah, merupakan satu tragedi besar yang melanda umat Islam. Namun demikian, kita tidak sekadar untuk menangisi tragedi tersebut, tetapi kita perlu merenung dan melihat kembali secara kritis, apakah faktor yang menyebabkan umat yang terbaik (khaira ummah) ini tewas, bahkan gagal untuk menghalang tentera Salib untuk mengalahkan kerajaan Islam pada waktu itu. Kesimpulannya, mungkin ada sesuatu yang ‘tidak kena’ dengan umat Islam pada zaman tersebut. Kemungkinan terdapatnya penyelewengan atau berkurangnya penghayatan Islam yang dilakukan oleh generasi Islam ada waktu itu. Pengabaian agama yang mungkin dilakukan oleh pemerintah, ulama, golongan bangsawan ataupun rakyat biasa.

Namun demikian, sejarah juga telah mencatatkan bahawa 90 tahun kemudian muncul Salahuddin yang memimpin tentera Islam telah berjaya merebut Hiththin yang sekali gus sebagai pembuka jalan untuk merebut kembali Palestin. Apakah sebebarnya yang teradi? Apakah Salahuddin al-Ayyubi seorang yang diutus oleh Allah sebagai seorang pahlawan yang berjuang secara bersendirian? Jawapannya adalah tidak. Ini adalah kerana Salahuddin juga manusia biasa yang telah dididik oleh Nuruddin Zanki pada waktu itu yang ternyata telah mempunyai visi dan misi untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa pada satu hari nanti.

Di pihak yang lain, sejarah tentunya tidak melupakan peranan dan sumbangan ramai tokoh dan ulama ang hidup pada zaman itu seperti al-Ghazali, Abdul Qadir Jailani, Ibnu Qudamah al-Maqdisi dan sejumlah nama-nama ulama besar lain, yang telah berjaya mendidik dan melakukan perubahan dalam bentuk revolusi mental ke arah paradigma pemikiran dan pendidikan umat.

Tokoh-tokoh ulama dan pemerintah pada waktu itu telah berjaya mengikis sifat-sifat buruk umat, mengekang berlakunya perpecahan di kalangan umat dalam pelbagai bentuk seperti aliran kebatinan, mazhab, perbezaan aliran fikah ataupun tasawuf. Segala perbezaan yang besar dan boleh memecahbelahkan umat telah berjaya diketepikan demi membentuk umat yang bersatu dan menghayati nilai-nilai Islam dan boleh membawa kemenangan Islam dan untuk mengalahkan musuh Islam.

Sesungguhnya pengarang buku ini telah membicarakan tentang Salahuddin al-Ayubbi yang merupakan ‘salah seorang’ tokoh dari satu generasi yang telah mengalami proses pendidikan dan perubahan. Satu generasi yang telah lahir bagi mengubati kesilapan lampau yang telah dilakukan oleh umat sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, siapakah lagi tokoh-tokoh yang turut menyumbang dalam proses pengukuhan umat yang ternyata berjaya mengembalikan kegemilangan umat? Dari manakah perubahan itu dimulakan? Bagaimanakah cara mereka menghalang merebaknya penyakit-penyakit umat yang tersebar melalui fanatik mazhab, sufisme pasif, tasawuf, kebatinan dan juga penyimpangan pengajaran dari tokoh-tokoh ulama yang berwibawa? Bagaimanakah mereka berjaya membina penyatuan amal dan fikir sehingga melahirkan perpaduan yang kukuh dan mantap dalam segenap generasi dan merubahnya ke arah kekuatan yang terbilang? Ini adalah di antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam buku ini dan ternyata jawapan-jawapan yang dihuraikan oleh pengarang boleh dilakukan oleh kita. Sesungguhnya buku ini merupakan buku wajib oleh setiap Muslim sekali gus juga sebagai buku awal yang perlu dibaca untuk mengerakkan tindakan ke arah “berubah atau rebah’ seperti mana yang telah disebutkan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

Monday, May 25, 2009

UMUR YANG DIBERKATI

Oleh: Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Ramai orang yang umurnya singkat tetapi namanya diabadikan hingga dikenang orang hingga ratusan tahun. Sedangkan yang lain, lahir ke dunia ini tetapi ditutupi sejarah tersendiri. Usia seseorang tidak boleh ditentukan panjang atau pendek berdasarkan seperti mana anggapan ramai orang. Ia ditentukan oleh jasa atau karya besar yang telah dihasilkan.

Usamah bin Zaid telah memimpin pasukan tentera Islam ketika berusia 16 tahun. Pasukan yang turut mengandungi beberapa orang sahabat besar Nabi yang lain. Rasulullah bersabda, “ Dia lebih layak dan mampu”.

Selain dari itu Muhammad al-Fatih yang baru berusia 23 tahun telah berjaya menakluki Konstantinapole yang tidak dapat ditawan oleh pasukan tentera Muslimin pada waktu sebelumnya. Saad bin Mu’adz pula memeluk Islam pada usia awal 30 tahun dan meninggal dunia pada umur 37 tahun. Rasululullah bersabda, “ arsy bergetar sebab kematian Sa’ad bin Mu’adz . Jenazahnya begitu ringan. “”Para malaikat turut mengangkatnya” . Betapa beruntungnya Saad bin Mu’adz. Apakah yang telah dilakukan olehnya dalam tempoh tujuh tahun sehingga mendapat penghormatan yang tinggi? Tentunya ia telah mengabdikan seluruh kehidupan, jiwa dan raganya terhadap agama Allah.
Imam An-Nawawi, pengarang kitab “Riyad As-Syalihin”meninggal ketika berumur 40 tahun dan belum sempat mendirikan rumah tangga lantaran kesibukannya dengan ilmu pengetahuan. Tahukah kita berapa jumlah judul buku yang telah ditulis oleh Imam An-Nawawi? Imam Nawawi telah menghasilkan 500 judul buku. Bagaimanakah dalam kesibukan Imam Nawawi itu, beliau makan? “ Sesungguhnya aku tidak makan atau tidur kecuali aku terjatuh”. Kata Imam Nawawi. Disebabkan kesibukannya itu hampir-hampir beliau tidak mempunyai masa untuk perkara tersebut, sehingga ibunya berkata kepada Imam Nawawi, “Wahai anakku, aku telah menyiapkan makanan untuk mu”. “ibu, saya sedang sibuk dengan ilmu” kata Iman Nawawi. Ibunya telah menyuapkan makan ke mulut Imam Nawawi tanpa disedari oleh Imam Nawawi sendiri. Setelah azan subuh berkumandang, An-Nawawi bertanya kepada ibunya, “ Ibu di mana makanan yang telah disediakan tadi”, tanya Iman Nawawi. “ Aku telah menyuapkan ke mulut mu”, kata ibunya.”Oh, aku terlupa, oleh kerana kesibukanku ini”.

Inilah contoh umat Muhammad yang berjaya di dunia dan di akhirat dan kita perlu melahirkan orang-orang seperti ini untuk memajukan umat.

Saturday, May 23, 2009

GENERASI MUDA POTENSI BESAR UMAT

Oleh: Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Mengapakah generasi muda selalu disebut-sebut? Ini adalah kerana generasi muda merupakan kelompok besar dalam masyarakat. Di negara-negara di sebelah Timur golongan belia adalah seramai 70% dari jumlah penduduk sementara di negara-negara Barat jumlah generasi muda hanyalah 30%. Berdasarkan aspek tersebut generasi muda di sebelah Timur mempunyai peluang untuk membina tamadun yang lebih besar dalam abad-abad akan datang, kerana kita mempunyai sumber tenaga manusia yang lebih besar. Namun demikian apa yang berlakulah generasi muda Barat yang hanya 30% itu mempunyai kesungguhan dan kemampuan yang lebih besar, walaupun negara Timur mempunyai 70% generasi muda. Prestasi 70% milik kita tidak dapat menyamai 30% generasi muda Barat. Oleh yang demikian, apakah yang kita perlu lakukan untuk merubah keadaan ini?

Kita perlu sedari muda bahawa generasi muda mempunyai banyak kelebihan, ini adalah kerana generasi kanak-kanak tidak mempunyai daya intelektual dan kreativiti yang tinggi, sementara generasi tua telah kehilangan tenaga dan semangat, oleh yang demikian generasi muda perlu digerakkan untuk membina umat dan negara.

Masa depan umat bergantung kepada generasi muda

Masa depan sesuatu umat bergantung kepada generasi mudanya. Para pakar psikologi telah meramalkan bahawa kemajuan dan kehancuran sesebuah bangsa dapat dilihat melalui generasi mudanya. Bagaimanakah mereka mengetahui dan dapat meramalkannya? Apakan mereka membuat telahan secara melulu? Telah tersebut tidak dibuat secara melulu kerana mereka mempunyai fakta-fakta serta data-data yang empirikal untuk membuktikan perkara tersebut. Selain dari itu jawapannya juga adalah,

“ Sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”

Tahukah apa yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang sosiologi? Mereka telah melakukan penyelidikan dan tinjauan di universiti-universiti dan juga pusat-pusat pengajian tinggi berkaitan dengan kecenderungan, minat dan juga tujuan hidup generasi muda. Hasil kajian yang telah dilakukan dibentangkan serta di bincangkan. Jika mereka menyebut sesebuah negara tersebut bertahan dalam tempoh seratus tahun atau lebih ini bermakna generasi mudanya agak teruk, kerana pada fikiran mereka hanyalah wanita dan keseronokan semata-mata dan ini adalah perbuatan yang sia-sia. Firman Allah SWT,

“ Sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”

Percayakah anda bahawa kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar sosiologi ini telah dilakukan sejak 1400 tahun yang lalu di Andalus ( Sepanyol). Andalus yang ketika itu telah berada dalam pemerintahan Islam selama 800 tahun, telah jatuh ke tangan Portugal. Apa yang telah mereka lakukan? Pertama, Tentera Portugal tidak terus menyerang Andalus sebelum mengetahui apakah kelemahan orang-orang di Andalus pada ketika itu. Portugal telah menghantar pengintip-pengintip ke Andalus (Sepanyol) untuk mengawasi pergerakan dan kegiatan generasi muda dan menghantar laporan hasil pemerhatian dan penyelidikan mereka ke Portugal untuk di analisis. Ini tidak jauh bezanya dengan apa yang dilakukan oleh ahli sosiologi pada masa kini.

Oleh itu jelaslah kepada kita mengapa generasi muda menjadi sasaran dan oleh yang demikian,sesuatu tindak perlu dilakukan untuk menyelamatkan generasi muda.

Berbalik kepada perkara yang berlaku terhadap negara Islam Andalus ang disebutkan sebelum ini, bahawa para pengintip atau perisik Portugal mendapati bahawa pada satu peringkat, generasi muda Andalus sibuk dengan ilmu pengetahuan dan pengajian. Mereka dapati para belia saling berlawanan siapakah yang lebih hebat menghafaz hadis dan ilmu agama. Dialog seperti ini sering kedengaran, “ aku menghafaz hadis dari Sahih Bukahari lebih dari kamu”, kata salah seorang dari anak muda. “ Dalam bidang kimia aku yang lebih hebat”, balasnya dan seorang lagi berkata, “ siapakah yang lebih hebat menunggang kuda di antara kita?’, tanya seorang yang lain.

Meneliti dari keadaan tersebut, para perisik Portugal tidak menyerang Andalus ada waktu itu, Selang beberapa tahun kemudian, mereka kembali ke Andalus dan didapati generasi muda sibuk dengan kesusasteraan. Hingga pada tahun-tahun berikutnya didapati generasi muda Andalus tidak seperti generasi muda yang terdahulu, mereka telah tidak tahu manfaatkan masa lapang mereka dengan kegiatan yang berfaedah dan tidak lagi cinta kepada ilmu. Mereka telah bertemu dengan generasi muda yang lemah, dungu dan ketidaktentuan. Berdasarkan keadaan tersebut, para perisik Portugal melaporkan, “ Inilah masanya untuk kita menyerang mereka”.

Andalus telah dikuasai oleh pemerintahan Islam selama 800 tahun dan akhirnya jatuh ke tangan Portugal dalam tempoh tiga bulan sahaja. Mengapakah keadaan berlaku? Ternyata faktor generasi muda menjadi salah satu punca kekalahan tersebut dan ini menepati apa yang telah Allah firmankan,

“ Sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”

“Dan kepada orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu; dan tiadalah Kami menganiaya mereka (dengan pengharaman itu), tetapi merekalah Yang menganiaya diri mereka sendiri”


Sesungguhnya kita telah banyak mengalami kerugian dan kehilangan dalam kehidupan ini. Namun segala kerugian dan kehilangan itu bukalah disebabkan oleh generasi muda semata-mata dan banyak faktor lain yang turut menyumbang. Selain dari itu kita juga perlu mengakui bahawa banyak lagi nilai-nilai positif yang ada pada generasi muda yang boleh din dimanfaatkan dan diharapkan dari mereka. Apa pun pengajaran yang beleh di ambil dari segala peristiwa yang berlaku perlu diambil iktibar dan kita perlu menghindarkan sikap yang telah menyumbang kepada kejatuhan Islam secara sedar atau tidak iaitu sikap sambil lewa dan sikap tiada kesungguhan. Oleh itu kita perlu mendidik diri kita agar mengawasi sikap dan perlakuan tersebut dari terus merebak dan menguasai diri kita dan umat seluruhnya.

KEMENANGAN DATANG DARI PELBAGAI SUDUT

Oleh: Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Kita wajib meyakini bahawa Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya Allah jua yang akan menyelamatkan umat Islam dan Islam melalui musuh-musuhNya.

Tahukah kita bagaimana permulaannya penduduk Madinah memeluk Islam? Sejarah membuktikan bahawa faktornya adalah disebabkan orang Yahudi yang menyebabkan ramai penduduk Madinah memeluk Islam. Pada peringkat awal kaum Yahudi telah membuat provokasi kepada suku kaum Aus dan Khazraj dengan kata-kata, “ kelak akan muncul nabi akhir zaman, kami akan mengikutnya dan akan memerangi kamu sekalian”. Kemudian Nabi Muhammad dari kaum Arab telah dilantik menjadi nabi dan ini telah mengejutkan mereka, kerana mereka menyangka nabi akan dilantik dari kaum Yahudi. Ini menyebabkan mereka tidak memeluk Islam, tetapi bagi penduduk Madinah mereka tidak terkejut dengan pelantikan Nabi Muhammad kerana kaum Yahudi telah menyebarkan berita tersebut terlebih dahulu dan ini tidak mengejutkan penduduk Madinah.

Maha suci Allah yang telah menjadikan musuh-musuh Islam sebagai kumpulan yang memperkenalkan Islam. Sesungguhnya ini merupakan satu kemenangan yang tidak diduga sama sekali dan inilah kebesaran Allah SWT.

Friday, May 22, 2009

PERANAN TENTERA BAGI UMAT ISLAM

Oleh: Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Allah SWT telah menetapkan bahawa kepentingan dunia ini perlu dipertahankan dan juga kepentingan mempertahankan prinsip Islam di atas muka bumi ini. Ini adalah seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 251,

“ Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang dikehendakiNya. dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) Dengan setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam”.


Dalam kitab suci al-Quran telah dijelaskan tentang kepentingan jihad dan mengarahkan umat Islam supaya sentiasa berjihad di jalan Allah. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 41,

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.

Dalam surah ini juga khususnya dalam ayat 39, Allah telah memperingatkan kepada umat Islam tentang balasan di kalangan umat Islam yang tidak bersedia untuk berjihad di jalan Allah atau tidak sanggup untuk berjihad demi mempertahankan agama Allah. Firman Allah,

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikit pun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” .


Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya, Mukhtasar Ibn Kathir, dalam aspek jihad telah menjelaskan bahawa “ Allah SWT telah memerintahkan seluruh kaum Muslimin bergerak bersama Rasulullah SAW dalam perang Thabuk untuk memerangi musuh-musuh Allah, iaitu bangsa Romawi, sama ada yang senang atau susah atau yang muda atau yang tua kerana kaum Muslimin telah mendengar berita bahawa bangsa Romawi telah bersiap sedia untuk menyerang Madinah,

Dari pengalaman sirah Islam, telah membuktikan bahawa kaum Muslim khususnya pada zaman Rasullah, zaman sahabat, zaman khulafak ar-Rasyidin ataupun pada zaman Daulah Umaiyyah dan Daulah Abbasiyah. Kesan dari ketinggian semangat jihad yang wujud dalam diri umat Islam terdahulu terbukti dengan ketinggian dan kemuliaan umat Islam pada waktu itu. Keadaan sebaliknya pula berlaku apabila umat Islam telah mula mengabaikan semangat jihad ini, kaum Muslimin telah berubah umpama apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW, dalam sabdanya yang bermaksud,

“Kamu (umat Islam) hampir ditelan atau dikuasai oleh bangsa-bangsa seperti gelojohnya mereka menelan makanan, kelak Allah mencabut (menghapuskan) perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu ketika itu juga Allah menimbulkan perasaan lemah dalam hati-hati kamu”. Seorang sahabat bertanya: “ apakah bilangan kami (umat Islam sedikit pada ketika itu ya Rasulullah?’. Baginda menjawab : “Tidak. Malahan lebih ramai bilangan kamu, tetapi ramainya kamu ibarat buih-buih di permukaan air yang mengalir”. Seorang sahabat lagi bertanya: “Apakah kelemahan itu ya Rasulullah?”. Baginda menjelaskan: “Cinta kepada dunia dan benci takut) kepada mati”.


Berdasarkan keadaan tersebut umat Islam mempunyai peranan untuk mempertahankan Islam dan salah satu pendekatan yang penting ialah melalui ketenteraan Islam. Dalam hal ini Khalid Ahmad Syantut dalam bukunya al-Muslimun wa Tarbiyah al-askariah (1993), menjelaskan bahawa tentera merupakan sebahagian dalam masyarakat dan tentera mempunyai dua kategori iaitu:

a. Memasuki perkhidmatan Tentera secara sukarela iaitu individu yang memasuki perkhidmatan tentera secara sukarela dan memilih tentera sebagai satu bidang kerja dalam hidup. Mereka mendapat gaji bulanan dan dalam keadaan aman mereka berlatih dalam ilmu ketenteraan . Ini seperti mana yang kita dapat lihat di pusat-pusat latihan ketenteraan ataupun akademi ketenteraan di mana anggota belajar atau berlatih dalam tempoh yang tertentu dalam usaha menjadi tentera yang berketerampilan dan berwibawa sekali gus dapat membina sebuah angkatan tentera yang mantap.

b. Memasuki tentera secara kerahan wajib. Dalam bentuk ini setiap warga negara lelaki yang telah mencukupi umur 18 tahun, mereka diwajibkan memasuki akademi tentera untuk berlatih dan berkhidmat sebagai anggota tentera untuk tempoh yang ditetapkan. Biasanya dalam tempoh satu tahun hingga tiga tahun. Setelah tempoh tersebut mereka kembali menjadi orang awam, namun demikian dalam tempoh-tempoh tertentu mereka akan dipanggil untuk menjalani latihan ketenteraan.

KETENTERAAN DALAM ISLAM

Allah SWT telah memerintahkan umat Islam supaya membuat persiapan dan membentuk kekuatan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara . Ini seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah Taala yang bermaksudnya:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) Segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.

Berdasarkan ayat tersebut, dan untuk menghadapi semua keadaan ini kita perlu kepada kekuatan tentera agar kita tidak boleh dipandang remeh dan rendah oleh pihak musuh. Sumbangan ketenteraan amat besar ertinya kepada agama, bangsa dan tanah air. Kekuatan Islam 14 abad yang lampau telah mendekatkan kita kepada Islam, yang penting tentera kita perlu mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan kewajipan agama, menunaikan solat ada waktunya serta makan dan minum sesuatu yang dihalalkan oleh Allah agar segala amalan mereka diterima Allah dan disanjung oleh manusia. Demikian apa yang telah tersirat dari sepotong ayat al-Quran,

Maksudnya:

“Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan”.

Secara umumnya profesion ketenteraan adalah sesuatu yang di pandang mulia oleh Islam bahkan satu penghormatan yang tinggi terhadap orang-orang yang melibatkan secara langsung dengan tugas-tugas ketenteraan. Orang-orang yang gugur di medan peperangan atau tugas yang telah diamanahkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara dikalungkan sebagai ‘syuhada’ jauh lebih bernilai daripada penghargaan yang diberikan di dunia ini. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud,

“ Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya digelar sebagai syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarga dan jiwa rakannya ia digelar sebagi syahid dan sesiapa yang mati kerana mempertahankan agamanya maka akan digelar sebagai syahid ”- Riwayat Abu Daud.

Sehubungan dengan itu orang-orang yang berjuang pada jalan Allah Taala dengan penuh keikhlasan dan hanya mengharapkan keredaan Allah tetap akan mendapat ganjaran besar seperti mana yang Allah telah janjikan melalui firmannya,

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar”.


Islam agama perdamaian

Islam telah dianggap oleh pihak Barat sebagai agama yang disebarkan melalui mata pedang. Anggapan yang keliru dan mengelirukan serta mengandungi unsur-unsur prejudis ini telah lama di canang oleh musuh-musuh Islam dan ianya diterima oleh kebanyakan orang. Walau bagaimanapun hakikat Islam sebagai ad-din yang membawa gagasan rahmat dan keselamatan sejagat masih tetap asli. Dari itu ajaran Islam dan sirah Rasulullah SAW merupakan pembawa dan penyampai risalah Islam.

Ketenteraan atau tentera adalah satu kumpulan profesional yang perlu dimiliki oleh sesebuah negara. Tentera terdiri daripada satu kumpulan yang berorganisasi dan terurus yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa jua situasi kritikal khususnya perangan. Menurut Amus Permutter (2002) tentera merupakan satu ikatan persaudaraan dan perikatan sekali gus alat kekuasaan dan birokrasi. Bagi S.E Finer (1962) pula, kelompok tentera ini diwujudkan bagi menghadapi peperangan dan untuk mempertahankan serta memastikan kemenangan untuk mempertahankan kepentingan sebuah negara.

Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa peranan atau fungsi ketenteraan adalah untuk melakukan tugas dalam aspek pertahanan sesebuah negara dan ini disebut sebagai “peranan tentera”.

Dalam perjalanan sejarah Islam, masyarakat Islam klasik mula mengenal hal-hal yang berkaitan dengan ketenteraan apabila terbentuknya negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Kajian ketenteraan dari sudut fiqh siyasah agak jarang dilakukan. Para pengkaji banyak melihat ketenteraan sebagai satu cabang kajian iaitu dari sudut jihad. Para pengkaji ketenteraan biasanya membuat analisis taksonomi dan konseptual dalam mengkaji bidang ketenteraan. Aspek ini diperlukan untuk melihat kajian ketenteraan dari sudut jenis tentera, bentuk-bentuk hubungan tentera dan awam, dan aspek sejarah ketenteraan. Untuk itu, Samuel Huntington (1980) telah mengemukakan tiga bentuk ketenteraan. Pertama, tentera profesional, iaitu bentuk organisasi tentera yang menonjol di negara yang keadaan politiknya stabil. Kedua, ketenteraan pretorian, iaitu bentuk tentera yang berkembang di negara-negara yang keadaan politiknya tidak stabil dan ketiga, tentera revolusi iaitu bentuk yang terdapat di negara yang keadaan politiknya yang stabil, tetapi ia bermula dari suasana politik yang tidak stabil.

Jacques Van Den dalam bukunya Ideology and The Military telah membahagikan ketenteraan itu kepada tiga landasan ideologi iaitu ideologi politik, ideologi korporat dan ideologi operasi (Muhammad Najib Azca 1998: 47). Berbeza dengan Luckam dalam Civil Military Vol 12 (2000), yang melihat kuat atau tidaknya organisasi tentera di sesebuah negara itu bergantung pada tiga aspek iaitu:

a. Aspek organisasi dan struktur ketenteraan secara profesional.
b. Kemampuan menekan atau mengawal kuasa pemerintahan sesebuah negara khususnya kerajaan yang memerintah.
c. Mempunyai peranan politik dalam sesebuah negara. Ini bermaksud organisasi tentera sebagai “guardian of the state’. Oleh yang demikian tentera mempunyai peranan yang dominan dalam pemerintahan sesebuah negara.

Berdasarkan kepada pendapat di atas, ternyata ketenteraan Islam pada zaman awal Islam tidak hanya dilihat sebagai satu alat untuk menghadapi peperangan semata-mata tetapi ia juga sebagai alat atau mekanisme untuk perluasan politik Islam pada zaman tersebut.

Jeneral Carl Von Clauswentiz (1967: 36), pernah menyebut bahawa perang hanyalah lanjutan dari tindakan politik dengan cara yang lain. Bagi ahli fikah pula menjelaskan “ diwujudkan perang itu kerana ada sebab. Perang bukankah tujuan akhir, kerana menjadi tujuan akhir adalah memberikan hidayat kepada orang kafir. Maka membunuh orang kafir itu bukanlah tujuan, kerana apabila mereka telah mendapat hidayah, perang bukan cara yang terbaik” (Wahbah Zuhaili 1962: 62).

Selain dari itu terdapat beberapa kajian yang telah dibuat bagi melihat ketenteraan dari aspek keagamaan. Antaranya:

(a.) Muhammad Jamaluddin (t.th), dalam, Al-askariyyah al-Islamiah telah menekankan nilai-nilai ideal yang perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi ketenteraan menurut pandangan Islam.
(b) Wahbah Zuhaili (1962) Athasru al-Harb fil-Islam. Buku ini membahaskan tentang aspek peperangan dari perspektif Islam. Tidak banyak buku-buku fikah yang melihat peperangan dalam sejarah Islam sebahaginya dari sistem kenegaraan dalam Islam. Kebanyakan ahli fikah melihat peperangan sebagai sebahagian dari misi jihad fi sabilillah. Bagi Wahbah misi jihad sesungguhnya menegakkan nilai-nilai universal dalam Islam, sehingga jihad mengangkat senjata melawan orang kafir bukan satu-satunya bentuk jihad fi sabillah. Terdapat jihad dalam bentuk lain seperti melawan hawa nafsu. Namun Wahbah tetap mengakui terdapat konsep jihad dan peperangan dalam khazanah ilmu fikah kontemporari.

Wahbah telah membezakan antara jihad dengan peperangan. Jihad yang dimaksudkan dalam ilmu fikah ialah peperangan atau pertarungan antara umat Islam dengan bukan umat Islam dalam rangka menegakkan nilai-nilai dan agama Islam. Sejarah jihad dalam Islam dimulai sejak munculnya berbagai peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW. Manakala peperangan (harb) pula merupakan peperangan antara satu negara dengan satu negara yang lain. Konteks peperangan ini juga biasa dilihat dalam sejarah Islam ketika negara-negara atau kerajaan Islam mempertahankan negara masing-masing.

(c) Reuben Levy (1969) The Social Structure of Islam. Buku ini menjelaskan aspek-aspek sosial dalam Islam yang merangkumi strata sosial dalam Islam termasuk kedudukan wanita, kanak-kanak, aspek perundangan Islam, pendidikan moral, politik, agama dan pemerintahan Islam Selain dari itu terdapat juga bab yang menyentuh tentang ketenteraan Islam secara ringkas.

(d) Howards M. Federsphil (1973), Military and Islam in Indonesia, dalam Jurnal Fasific Affairs Vol 46. Kajian ini melihat korelasi antara Keislaman seseorang anggota tentera dalam kehidupan seharian. Islam yang difahami sebagai way of life dan pandangan hidup mengatur seluruh kehidupan manusia. Aspek ibadah ritual merupakan ciri-ciri keimanan seseorang yang dilihat secara zahirnya. Sedangkan ketakwaan sebagai inti penghayatan Islam.

Di kalangan tentera Islam Indonesia, aspek ritual keagamaan menjadi sangat penting dalam melihat perkembangan Islam di dalam Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Apa yang dilakukan oleh Jeneral Abdul Haris Nasution, pada waktu itu ialah dengan mewujudkan kelompok tentera yang dapat menguruskan aspek pembinaan mental anggota tentera, dalam usaha untuk mengekalkan anggota tentera Muslim mengamalkan ajaran Islam sesuai dengan tempat dan keadaan.
(e). Muhammad Yassin Mahdzar Siddigue (1988), Organization of Goverment under the Holy Prophet. Kajian yang telah dilakukan oleh Mahdzar ialah beliau melihat berkaitan dengan aspek-aspek politik Islam klasik yang amat komprehensif. Buku tersebut telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian ketenteraan, bahagian perkhidmatan awam bahagian pengurusan agama. Buku ini juga telah menjelaskan organisasi ketenteraan di zaman Rasullah berdasarkan buku-buku sejarah utama dalam Islam iaitu seperti Sirah an-Nabawi oleh Ibn Ishak, Tarikh Islami oleh at-Tabari serta buku tulisan Montogomery Watt menerusi bukunya, “Prophet and the statesmen”.
(f) Afzalur Rahman (1990), Muhammad as military leader. Buku ini menjelaskan nilai-nilai universal ketenteraan Islam yang selama ini disalah fahami oleh ramai orang. Khususnya golongan bukan Islam. Buku ini juga menjelaskan bahawa Islam disebarkan melalui konsep ketenteraan Islam yang amat murni dan bukan melalui pedang (Islam is a sword). Secara umumnya Rahman menjelaskan tentang prinsip-prinsip peperangan dalam Islam dengan banyak mengemukakan dalil-dalil naqliah sama ada dari al-Quran ataupun dari al-Hadis. Berkembangnya organisasi ketenteraan dalam Islam tidak terlepas dari aspek semangat dan nilai-nilai agama yang menjadi landasan perjuangan tentera Islam. Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan keizinan untuk berperang turut dikaitkan dalam konteks peperangan yang berlaku dalam zaman Nabi Muhammad SAW.

Merujuk kepada Madinah sebagai sebuah negara Islam yang pertama, peperangan bukanlah satu-satunya strategi dalam melakukan perluasan wilayah negara Islam. Ini terbukti dengan ramainya orang Yahudi yang menjadi warga negara di Madinah. Walaupun mereka terpaksa membayar jizyah (cukai) kepada pihak pemerintah Islam. Peperangan dilakukan jika sekiranya tiada jalan lain untuk perdamaian.

(g) Daniel Pipes (1993), Slave soldier and Islam, yang telah mengkaji perkembangan ketenteraan pada zaman Abbasiyyah, di mana Pipes telah melihat kumpulan tentera pada zaman kerajaan Mamluk (129-205 H). Pipes, menjelaskan tentang maksud “Slaves soldier”, itu adalah kumpulan anggota tentera pada zaman kerajaan Mamluk yang telah dapat dididik dan dilatih sehingga menjadi tentera Muslim yang berwibawa, terlatih serta telah menghayati Islam sepenuhnya hingga mampu menjaga kerajaan Abbasiyyah.

Tuesday, May 19, 2009

PENGERTIAN DAKWAH

Pengertian dakwah secara etimologi, dakwah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu da’a, yad’u, da’wan, du’a (Majma al-Lughah al-Arabiyah 1972) yang bererti mengajak, menyeru, memanggil, seruan, permohonan dan permintaan. Istilah ini sering diberi erti yang sama dengan istilah-istilah tabligh, amar maaruf dan nahi mungkar, mauizzah hasanah, tabsyir, inzar, washiah, tarbiyah, taa’lim dan khutbah.

Dalam pengertian lain dakwah dimaksudkan dengan ibadah, ajakan, permohonan ( al-istighatahah) permintaan dan azam. Mengikut terminologi bahawa pengertian dakwah ialah mengajak manusia kepada kebaikan dan petunjuk, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar ( al-amr bi al ma’ruf wa an-nahyl al-munkar) untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dan kategori ini terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, dakwah umat Nabi Muhammad SAW kepada sekalian umat untuk memeluk agama Islam. Kedua, dakwah kepada sesama umat Islam agar sentiasa melakukan kebaikan, ketiga, dakwah kepada diri masing-masing untuk menggerakkan kebaikan sekali gus mendorong untuk melakukannya( Ali Mahfuz t.th).

Berdasarkan pengertian di atas baik secara etimologi atau terminologi, dakwah dapat diertikan dengan setiap ajakan baik melalui perkataan, tulisan ataupun sikap sama ada ajakan tersebut ke arah kebaikan ataupun kejahatan. Pengertian ini telah terdapat dalam al-Quran di mana dakwah tidak sahaja dimaksudkan terhadap hal-hal yang baik, bahkan ajakan kepada perkara-perkara yang tidak baik juga disebut dengan dakwah. Ini sebagaimana yang terdapat dalam surah al-Mukmin ayat 41, yang bermaksud,


"Dan Wahai kaumku! apa halnya Aku Dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka? Kamu mengajakku supaya Aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya Dengan apa Yang Aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal Aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampu”


Berdasarkan ayat di atas dapat difahami bahawa kata dakwah dalam bentuk yang neutral iaitu mengajak sesatu perkara yang baik atau yang tidak baik. Menurut al-Syawkani (1973) dakwah kepada kebaikan ialah mengajak manusia untuk masuk syurga dan menghindari masuk neraka dengan iman kepada Allah dan mematuhi seruan-seruan Rasulullah. Sementara dakwah yang tidak baik pula ialah mengajak manusia untuk masuk ke neraka dengan cara mempersekutukan Allah atau syirik.

Pandangan al-Syawkani itu tidak jauh bezanya dengan pandangan al-Razi (t.th) dalam kitab tafsirnya Mafatih al-Ghayb yang menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah kepada kebaikan ialah menyeru manusia kepada keimanan yang dapat memberikan keselamatan kepada mereka, sedangkan yang dimaksudkan dengan dakwah kepada kejahatan ialah mengajak manusia kepada kekufuran sehingga seseorang itu terjerumus ke dalam neraka.

Berhubung dakwah ke jalan Allah SWT, Ali Mahfuz (t.th) telah membahagikannya kepada empat tahap iaitu yang pertama, melaksanakan dakwah ke jalan Allah menerusi pedang atau peperangan. Kedua melaksanakan dakwah dengan cara pendekatan yang telah dilakukan seperti para nabi dan rasul iaitu dengan memberikan contoh-contoh kebaikan. Ketiga, dakwah dengan memberikan penumpuan kepada persoalan hati dengan mendidik dan memberikan rangsangan dan kehidupan kepada hati. Keempat, dakwah menuju ketuhanan yang bermaksud mendahulukan segala kepentingan dan ketetapan yang telah ditentukan Allah SWT berbanding dengan yang lain.

Dakwah juga merupakan usaha perpindahan paradigma umat manusia kepada suatu tahap yang sesuai dengan tabiat semula jadi manusia ciptaan Allah SWT (Bahi al-Kulli 1983: 52). Ini bermaksud, perpindahan berasaskan kesedaran daripada kekufuran kepada keislaman, kejahatan kepada kebaikan, kesesatan kepada kebaikan, kesesatan kepada hidayah, negatif pada positif dan perkara-perkara buruk kepada kebaikan.

Selain dari itu, dakwah juga bermaksud sebagai usaha mengubah suatu situasi kepada situasi yang lebih baik dan sempurna, baik terhadap peribadi, organisasi ataupun masyarakat. Dakwah bukan sahaja sekadar usaha peningkatan pemahaman keagamaan, tingkah laku dan pandangan hidup sahaja, tetapi juga menuju sasaran yang lebih luas. Apatah lagi pada masa kini dakwah harus lebih berperanan menuju kepada pelaksanaan ajaran Islam secara lebih holistik dalam pelbagai aspek kehidupan (Abdul Aziz Mohd Zin et.al: 2006).

A. Hasjmy dalam bukunya Dustur Dakwah menurut al-Quran (1994), menegaskan dakwah ialah satu kurikulum dan penerangan yang lengkap, juga satu kegiatan ajakan, baik dalam bentuk lisan, tulisan, mahupun tingkah laku, yang dilakukan secara sedar dan terencana dalam usaha untuk mempengaruhi orang lain.
.
Menurut Syamsul Bahri (199:208) dakwah mengandungi erti seruan atau ajakan, jemputan atau panggilan, arahan atau dorongan untuk melakukan suatu tindakan tertentu. Beliau menyatakan lagi, dakwah dan tarbiah itu dipergunakan untuk menunjuk suatu aktiviti yang dipergunakan untuk mengembangkan suatu tata kehidupan sosial sebagi aktiviti sosialisasi sistem ajaran Islam.

Oleh itu jelas bahawa dakwah merupakan satu usaha serius yang dijalankan dalam usaha mengajak manusia kepada agama Islam dan hidayah-Nya demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat, serta melaksanakan tuntutan-Nya dan menjauhi perkara yang dilarang.

Dalam pelaksanaan dakwah ia melibatkan tiga unsur yang penting iaitu penyampai dakwah, maklumat yang disampaikan dan penerima dakwah. Namun dakwah mengandungi pengertian yang lebih luas dari istilah tersebut, kerana istilah dakwah mengandungi makna atau pengertian sebagai aktiviti menyampaikan ajaran Islam, menyuruh berbuat baik, mencegah perbuatan mungkar dan juga memberi khabar gembira serta peringatan kepada manusia (M. Munir 2006).

Istilah dakwah dalam al-Quran diungkapkan dalam bentuk fi’il (kata perbuatan) atau masdar (kata terbitan) sebanyak lebih 100 kali. Dalam Al-Quran perkataan dakwah dalam erti mengajak terdapat 46 kali, 39 kali sebut dalam erti mengajak kepada Islam dan kebaikan dan tujuh kali pengertian membawa ke neraka atau kejahatan ( Mu’jam Mufaris lil kalimat al-Quran 2000).

Oleh kerana itu secara terminologi pengertian dakwah dari aspek positif bermaksud ajakan kepada kebaikan dan keselamatan dunia dan akhirat. Selain dari itu terdapat definisi yang berbeza yang telah di berikan oleh ilmuwan dan ulama dalam pengertian dakwah. Antaranya:

a. Ali Makhfudh (.t.th) dalam bukunya Hidayatul Mursyidin ila Thuruq al Wa’izana al-Khitabath ‘ menyatakan, “ dakwah adalah mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan mengikuti petunjuk (agama), menyeru mereka kepada kebaikan dan mencegah mereka dari perbuatan mungkar agar memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
b. Muhammad Khidr Husain dalam bukunya ‘al-Dakwah ila al-islah’ “mengatakan,dakwah adalah tindakan untuk memotivasikan orang lain agar berbuat baik dan mengikuti jalan petunjuk dan melakukan amar makruf nahi mungkar dengan tujuan mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
c. Ahmad Ghalwassy dalam bukunya ‘ad-dakwah al-Islamiyyah’ menyatakan bahawa ilmu dakwah adalah ilmu yang digunakan untuk mengetahui berbagai-bagai seni menyampaikan kandungan ajaran Islam, baik akidah, syariat ataupun akhlak.
d. Nasaruddin Latiff (t.th) dalam bukunya Teori dan praktik dakwah Islamiah, menyatakan bahawa dakwah adalah setiap usaha atau aktiviti dengan menggunakan lisan ataupun tulisan yang bersifat menyeru, mengajak, memanggil manusia lainnya untuk beriman dan mentaati Allah SWT selaras dengan garis-garis akidah dan syariat Islamiah.
e. Toha Yahaya Omar menyatakan bahawa dakwah adalah mengajak manusia dengan cara bijaksana kepada jalan yang benar sesuai dengan perintah tuhan untuk kemaslahatan dan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat.
f. Quraish Shihab (1992) dalam bukunya, Membumikan al-Quran mendefinisikan dakwah sebagai seruan atau ajakan kepada keinsafan atau usaha mengubah situasi yang tidak baik kepada situasi yang lebih baik dan sempurna terhadap peribadi ataupun masyarakat.

Berdasarkan definisi yang telah diberikan, walaupun agak berbeza, namun dapat disimpulkan bahawa inti pati dakwah merupakan aktiviti dan tindakan untuk mengubah manusia, baik individu ataupun masyarakat dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Selain dari itu istilah dakwah mencakupi pengertian berikut:

a. Dakwah adalah suatu aktiviti atau kegiatan yang bersifat menyeru atau mengajak orang lain untuk mengamalkan ajaran Islam.
b. Dakwah adalah proses penyampaian ajaran Islam yang dilakukan secara sedar dan sengaja.
c. Dakwah adalah suatu aktiviti yang pelaksanaannya dilakukan dengan berbagai-bagai cara dan kaedah.
d. Dakwah adalah kegiatan yang dirancang dengan tujuan mencari kebahagiaan hidup dengan mencari keredaan Allah.
e. Dakwah adalah usaha peningkatan pemahaman keagamaan untuk mengubah pandangan hidup, sikap batin dan perilaku manusia yang tidak sesuai dengan ajaran Islam menjadi sesuai dengan tuntunan syariat bagi memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

USAHA KAGAT DALAM PEMBINAAN KEKUATAN TEMPUR SPIRITUAL DI KALANGAN ANGGOTA ATM

Seperti mana yang telah diperjelaskan sebelum ini, kekuatan sesebuah angkatan tentera itu dapat dibina dari pelbagai aspek kekuatan dan kekuatan itu pula dapat dilihat dari pelbagai sudut dan aspek. Dari segi bahasa ”kekuatan” bermaksud: ”Tenaga, daya, kekuasaan, keteguhan dan kekukuhan. Tempur bermaksud berjuang, berperang.” Manakala ”spirituil” pula bermaksud: ”mengenai roh, kejiwaan atau bersifat rohaniah, kerohanian” (Kamus Dewan 2005).

Dari segi istilah kekuatan tempur spirituil (”spiritual combat power”) bermaksud: ”Elemen berkaitan roh dan kejiwaan atau kerohanian yang menjadi pendorong dalam perjuangan dan peperangan bagi mencapai matlamat yang dicita-citakan”. Dalam ertikata yang lain ia juga boleh didefinisikan sebagai: ”Semangat juang atau ”spiritual strength” iaitu kekuatan tersembunyi yang wujud dalam diri anggota tentera yang mampu bertindak sebagai penggerak yang menjadikan mereka tabah dan berani mengharungi apa jua bentuk kesusahan, kepayahan dan bahaya meskipun tekanan perang bertambah iaitu sebagaimana yang dinyatakan oleh Brigedier Jeneral Hazim Abdul Qahar al-Rawi:

“A secret power that exists within military personnel which acts as a ‘driving force’ to keep them steadfast and courageous in any kind of hardship, difficulty, or danger, despite the increased degree of pressure during battle.”

Anggota tentera yang berkualiti memerlukan satu pengisian yang jelas dan bersepadu dari aspek fizikal, mental dan spirituil. Kekuatan fizikal akan menjamin daya mobiliti dan kepantasan bertindak khasnya sewaktu semasa operasi dan peperangan. Kekuatan mental pula menjadi faktor penentu ketahanan seseorang anggota menghadapi ujian semasa mengharungi situasi gawat dan getir (“combat stress”) dan sebagainya. Kekuatan spirituil menjamin wujudnya daya tempur (“spiritual combat power”) operasi dan latihan dan ia sekali gus menjadi benteng yang kukuh.

KEPENTINGAN KEKUATAN TEMPUR SPIRITUAL

Kekuatan tempur spirituil dilihat amat penting dalam menjayakan misi peperangan mahupun perjuangan organisasi. Prof Dr Gay Hendrick dan Kate Ludemen dalam bukunya The Corporate Mystic (2002) menyatakan: “Lately, the concern of the big corporation toward ethical and even spiritual aspect of their employee has grown rapidly, in the global market in the future, you wil find saint mystics or sufis in the big corporation or modern organization, not in the viharas, monosteries, sinogogues, temples, church or mosques.”

Kekuatan tempur spirituil dikenal pasti sebagai faktor penting apabila dikaitkan dengan kekuatan pertahanan berdasarkan aspek-aspek berikut:

a. Kekuatan Tempur Spirituil Sebagai Asas dan Aset Utama Pembentukan Kekuatan Angkatan Pertahanan. Ilmu ketenteraan telah menegaskan bahawa kekuatan sesuatu angkatan pertahanan dibina berasaskan lima faktor utama iaitu:

(1) Keupayaan seseorang anggota pejuang.
(2) Peralatan (logistik) yang cukup.
(3) Disiplin.
(4) Kekuatan rohani (spirituil).
(5) Semangat berpasukan (esprit de corps).

Jika diamati keseluruhan faktor-faktor tersebut, faktor rohani mendominasi faktor-faktor material. Logiknya adalah seperti berikut:

(1) Disiplin, kekuatan rohani dan semangat berpasukan merupakan faktor rohani.
(2) Walaupun seorang perajurit terdiri dari unsur rohani dan jasmani tetapi unsur rohani adalah asas dan penggerak terhadap segala tindakan.
(3) Persenjataan merupakan peralatan material, tetapi ia tidak berguna tanpa manusia.
(4) Slogan (moto) ada menyatakan ”Persenjataan bukan ukuran, kerana mereka yang berada di sisinya yang menentukan.” (Jabatan Arah KAGAT 1992).



b. Kekuatan Tempur Spirituil Sebagai Kekuatan Tempur Hakiki.

(1) Kekuatan spirituil adalah unsur kejiwaan yang menjadi kekuatan tempur hakiki menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang dalam menghadapi perjuangan. Ini disebabkan kerana dalam suasana perjuangan hanya faktor kekuatan spirituil/rohani yang akan melahirkan keberanian dan kesanggupan sebenar untuk mara ke barisan hadapan. Anggota yang memiliki kekuatan tempur kerohanian akan terus mengekal bara semangat perjuangannya.

(2) Kekuatan spirituil/rohani amat diperlukan untuk mengekalkan semangat juang anggota tentera. Perjuangan yang didasari kekuatan tempur rohani adalah merupakan pemulih yang menyelamatkan seseorang yang sakit dan menjamin seseorang itu dengan kesihatan dan kesejahteraan

c. Kekuatan Tempur Spirituil Pemangkin Kemenangan.

(1) Abdullah al-Namiri dalam bukunya Al-Harb `Abra al-Tarikh mencatat perakuan Field Marshal Montgomery yang memperakui kekuatan spiritual adalah elemen terpenting yang menentukan kecemerlangan seseorang anggota di medan tempur. Beliau menjelaskan:

“Spiritual strength is that fighting spirit which is considered to be the first of the vital factors for success in battle, because in it reflected all the attributes which should be found in military personnel, including character, discipline, courage, truthfulness, ability and capacity to face difficult conditions, and which prevents the loss of faith or motive for struggle.” (Abdullah An-Namiri, “Al-Harb `Abra al-Tarikh)


”Kekuatan kerohanian (spiritual) iaitu semangat bertempur adalah dianggap sebagai faktor utama menentukan kejayaan dalam sesuatu peperangan kerana ia memancarkan keseluruhan sifat yang wujud dalam diri anggota tentera termasuk sifat peribadi, disiplin, keberanian, kejujuran, kebolehan dan keupayaan untuk menghadapi keadaan yang sukar, dan (merupakan faktor) yang akan menghalang kehilangan kepercayaan dan penggerak untuk berjuang.”

Kekuatan tempur spirituil dilahirkan daripada keimanan dan kepercayaan kepada agama dan kepercayaan masing-masing. Kekuatan ini akan melahirkan barisan tentera yang kuat, berdisiplin, mempunyai semangat juang dan kerjasama yang utuh untuk memenangi sesuatu perjuangan mahupun peperangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa elemen kekuatan kerohanian ini lazimnya terhasil daripada asuhan, pendidikan serta ajaran agama atau sesuatu ideologi perjuangan yang dianuti oleh seseorang anggota tentera. Bagi kalangan anggota yang beragama Islam khasnya, elemen agama memainkan peranan penting di dalam mencetuskan kekuatan tempur spirituil anggota. Hal ini telah dibuktikan menerusi sejarah kepahlawanan dan kecemerlangan anggota tentera Islam lampau yang telah mencapai kemenangan yang menakjubkan dalam peperangan yang telah ditempuhi.

Keseimbangan antara kekuatan fizikal dan spirituil akan amat diperlukan bagi menjamin keupayaan maksimum sesebuah angkatan tentera. Hal ini sangat dititik beratkan oleh Nabi Muhammad SAW yang bukan sahaja seorang rasul bahkan juga seorang panglima tentera yang terbilang dalam sejarah ketenteraan. Baginda telah memimpin tentera Islam menerusi dua puluh lapan peperangan di mana dua puluh enam daripadanya mendapat kemenangan, sementara dua peperangan mengalami kekalahan iaitu Peperangan Uhud dan Hunain disebabkan masalah disiplin anggota dan kelekaan dengan bilangan anggota yang ramai.

Keseimbangan membina angkatan tentera di zaman Nabi Muhammad telah dinyatakan oleh Al-Fazlur Rahman di dalam bukunya “Muhammad as a Military Leader”:

“Muhammad was very realistic, so he did not ignore preparations for war or slacken in his efforts. He achieved wonderful balance between the spiritual and the material power .”

(“Muhammad sangat bersikap realistik, oleh kerana itu baginda tidak mengabaikan aspek persiapan peperangan atau kepincangan dalam usaha-usaha baginda. Baginda telah mencapai keseimbangan yang menakjubkan antara kekuatan spiritual dan kekuatan material.”)

Friday, May 15, 2009

BERSAMA MENGELAK MUSIBAH

Barangkali kita masih mengingati kisah Habbab bin Mundzir yang berbincang dengan Rasulullah berkaitan dengan strategi untuk menghadapi perang Badar. Rasulullah bersabda, “ di mana kita berhenti, di situlah kita membuat segala keperluan untuk berperang”. Mendengar penjelasan Rasulullah itu, Habab bertanya’ adakah ini wahyu atau strategi perang ya,Rasulullah?” “ Tidak, ia bukan wahyu”. Jika ini bukan wahyu kita perlu menempatkan pasukan kita dengan supaya berdekatan dengan tempat air. Ini penting kerana pasukan kita akan mencukupi bekalan air sedangkan pasukan musuh tidak mempunyai bekalan air”, jelas Habbab. Setelah mendengar pendapat Habbab Rasulullah pun bersetuju dan Baginda bersabda, “cadangan yang amat bagus”.

Ternyata pandangan yang diberikan dengan penuh berhemah dan menghormati pandangan orang lain, akan mudah diterima dan dipersetujui.

Dalam kisah yang lain pula, seorang sahabat yang bernama Nu’aim bin Mas’ud telah memeluk Islam telah hampir berlakunya peperangan Ahzab. Beliau telah berjumpa Rasulullah dan berkata, “wahai Rasulullahlah, aku telah masuk Islam, apakah yang aku boleh tolong untuk engkau dan Islam?”. Rasullah bersabda, “ engkau telah Islam dan engkau sebahagian kami, maka bantulah kami”. Nua’im telah berjumpa kaum kafir dan menjelaskan kekuatan dan kehebatan tentera Islam. Kesan dari itu tentera Muslimin memang peperangan hasil usaha yang dibuat oleh Nu’aim.

Dari kisah ini dapat diambil pengajaran bahawa sumbangan seseorang itu boleh menyelamatkan orang Islam yang lain dan juga agama Islam. Kita juga mampu untuk melakukan demikian, oleh itu apa yang hendak ditunggu lagi? Lakukan dan berubahlah!

MENYELAMATKAN ORANG LAIN DARI MUSIBAH

Oleh: Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Barangkali kita masih mengingati kisah Habbab bin Mundzir yang berbincang dengan Rasulullah berkaitan dengan strategi untuk menghadapi perang Badar. Rasulullah bersabda, “ di mana kita berhenti, di situlah kita membuat segala keperluan untuk berperang”. Mendengar penjelasan Rasulullah itu, Habab bertanya’ adakah ini wahyu atau strategi perang ya,Rasulullah?” “ Tidak, ia bukan wahyu”. Jika ini bukan wahyu kita perlu menempatkan pasukan kita dengan supaya berdekatan dengan tempat air. Ini penting kerana pasukan kita akan mencukupi bekalan air sedangkan pasukan musuh tidak mempunyai bekalan air”, jelas Habbab. Setelah mendengar pendapat Habbab Rasulullah pun bersetuju dan Baginda bersabda, “cadangan yang amat bagus”.

Ternyata pandangan yang diberikan dengan penuh berhemah dan menghormati pandangan orang lain, akan mudah diterima dan dipersetujui.

Dalam kisah yang lain pula, seorang sahabat yang bernama Nu’aim bin Mas’ud telah memeluk Islam telah hampir berlakunya peperangan Ahzab. Beliau telah berjumpa Rasulullah dan berkata, “wahai Rasulullahlah, aku telah masuk Islam, apakah yang aku boleh tolong untuk engkau dan Islam?”. Rasullah bersabda, “ engkau telah Islam dan engkau sebahagian kami, maka bantulah kami”. Nua’im telah berjumpa kaum kafir dan menjelaskan kekuatan dan kehebatan tentera Islam. Kesan dari itu tentera Muslimin memang peperangan hasil usaha yang dibuat oleh Nu’aim.

Dari kisah ini dapat diambil pengajaran bahawa sumbangan seseorang itu boleh menyelamatkan orang Islam yang lain dan juga agama Islam. Kita juga mampu untuk melakukan demikian, oleh itu apa yang hendak ditunggu lagi? Lakukan dan berubahlah!

Thursday, May 14, 2009

MEMBINA SIKAP OPTIMIS DALAM DIRI

Sikap optimis bukanlah satu sikap yang melampau atau melewati batas-batas yang telah ditetapkan. Namun demikian, kita tidak boleh terjebak dalam sikap optimis yang melampau dan melulu, iaitu melakukan tindakan-tindakan berani yang sia-sia tanpa mengambil kira keadaan sekeliling atau keperluan-keperluan yang tertentu. Sikap optimis adalah melakukan perubahan secara bijak dan waras. Ini bermaksud mengubah sesuatu perkara yang buruk kepada yang baik atau sesuatu yang baik menjadi ang lebih baik. Allah SWT berfirman,

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk”.


Tidak ada sesuatu tindakan yang dilakukan dengan cara yang melampau atau dengan kaedah atau pendekatan yang tidak boleh diterima oleh akhlak dan adat kebiasaan. Perkara yang lebih penting ialah kaedah atau metode dalam melakukan sesuatu perubahan itu amat penting sekali.

Kita memang hendak berubah dan membina sikap optimis dalam masyarakat kerana keadaan amat mendesak pada waktu ini. Apabila komponen masyarakat tidak bekerjasama di antara satu sama lain dan juga tidak sama-sama membina generasi muda, bagaimana mungkin kita dapat memotivasikan golongan muda bagi mencapai sesuatu matlamat? Atas asas ini kita menolak fahaman atau pendapat yang menyatakan, “sikap saya tidak akan mengubah dunia” tetapi kata-kata pesimis itulah yang menyebabkan timbulnya kata-kata ini, “Sikap anda itu yang akan mengubah seluruh dunia”.

Percayalah bahawa perubahan masa depan akan dipimpin oleh generasi muda yang penuh bertenaga yang mempunyai kaedah atau pendekatan yang hebat di samping bantuan dan pertolongan Allah SWT. Dengan bergantung dan berserah kepada Allah SWT, ketinggian martabat (izzah) akan dapat dicapai dengan cepat.

Oleh yang demikian, kita tidak boleh berlengah lagi dan perlu terus berusaha mengubah keadaan sukar umat pada masa kini ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya dengan sikap optimis yang ada alam diri, umat akan bangun dan akan dapat menikmati kehidupan yang terhormat dan bebas dari penjajahan hawa nafsu. Firman Allah SWT,

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha bera dan bencana azab seksaNya”.

Kini adalah masanya untuk berubah dan tidak perlu berlengah-lengah lagi. Bukankah semua orang mengharapkan kebahagiaan? Ya, Islam menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat, oleh itu apa yang hendak ditunggu lagi? Oleh itu marilah kita sama-sama membina harapan demi kedamaian dan meminggirkan segala konflik dan bencana yang kita hadapi selama ini.

KAEDAH MENGHINDARI MAKSIAT

Dalam perkara ini Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,

“ Terdapat di kalangan umatku pada hari kiamat kelak, mereka mempunyai bekal kebajikan yang banyak sebesar Gunung Tihamah, tetapi Allah menjadikan semua pahala kebajikan itu seumpama debu-debu yang berterbangan”. Thautban bertanya, “ Mungkin seperti kami kerana kami tidak tahu”. Rasullah bersabda lagi “ Mereka adalah saudara-saudara kamu sekalian. Mereka melakukan solat malam seperti kamu semua, namun bila mereka bersendirian mereka melakukan larangan-larangan Allah”.

Oleh yang demikian, kita perlu berwaspada dan sentiasa beramal ibadat dena penuh ikhlas dan keyakinan kepada Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kita!


Bagaimanakah kita boleh menghindari atau menjauhi maksiat? Untuk itu kita memerlukan niat dan tekad untuk meninggalkan maksiat. Langkah selanjutnya ialah kita perlu bergaul dengan orang-orang yang soleh, baik, dan juga orang-orang yang mempunyai komitmen dengan ajaran agama iaitu komuniti atau kelompok orang yang beriman.

Selain dari itu kita juga perlu menyibukkan diri kita dengan kegiatan-kegiatan yang dapat manfaatkan kepada Islam, kaum Muslim atau masyarakat setempat. Jika kita sibuk dengan perkara-perkara kebajikan ini, sudah tentu tidak ada masa untuk melakukan perkara-perkara maksiat. Bagaimana mungkin melakukan maksiat, jika diri kita disibukkan dengan amal kebajikan, ketaatan kpada Allah dan seluruh masa dan tenaga kita dihabiskan untuk umat.

Kedua, banyak bergaul dengan orang-orang yang soleh melakukan ketaatan kepada Allah. Ini telah terbukti sebagi satu alternatif untuk menghindari maksiat. Sedar dan ketahuilah bahawa umat tidak akan mampu maju, berubah atau melangkah ke hadapan untuk cemerlang, gemilang dan terbilang jika kita masih tenggelam dalam kemaksiatan.

AKIBAT MAKSIAT

Secara sedar atau tidak pada hari ini banyak sekali perbuatan-perbuatan maksiat dilakukan secara terbuka ataupun tertutup.Mengapa ini berlaku? Apakah kita tidak tahu kesan atau akibat dari perbuatan maksiat? Berikut dijelaskan beberapa akibat atau kesan dari perbuatan maksiat terhadap diri, keluarga atau umat. Antara akibat atau kesan dari perbuatan maksiat, dian antaranya ialah:

a. Kemurkaan Allah SWT. Dalam sebuah hadis Qudsi Sallah SWT berfirman yang bermaksud, “Aku adalah tuhan, tidak ada tuhan selain aku. Bila dipatuhi aku akan senang dan bila di derhaka, aku akan murka. Apabila murka aku akan melaknat tujuh keturunan”.

b. Kebencian kaum Mukminin. Imam Syafie pernah berkata. “Kamu sekalian perlu menghindari kebencian dari kaum Muslimin”. “Bagaimana keadaan tersebut boleh berlaku”, tanya yang lain. Seseorang yang melakukan maksiat, kemudian Allah akan menimbulkan perasaan benci di hati kaum Muslimin yang lain terhadapnya”.


c. Terhalangnya bagi mendapat ilmu. Imam Malik pernah berkata kepada Imam Syafie, “Allah telah mencerahkanmu dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu janganlah sekali-kali memadamnya dengan kemaksiatan”. Salah seorang murid telah mengadu kesukarannya untuk menghafal al-Quran dan memahami pelajarannya dan dia berkata, “Aku mengadu kesukarannya untuk menghafal dan memahami pelajaran kepada guruku Waqi’ dan diajarkan kepadaku ajar meninggalkan maksiat. “ Kerana sesungguhnya ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang sentiasa membuat dosa”.

d. Malapetaka yang dahsyat. Imam Malik pernah berkata bencana kerap terjadi disebabkan kemaksiatan dan hanya taubat yang akan dapat menghindarkannya”.

e. Ada Jarak dengan Allah. Terdapatnya seolah-olah jarak yang memisahkan diri kita dengan Allah dan kita berasa kesukaran dan kebingungan untuk mendekat diri dengan Allah SWT.

f. Terdapatnya jarak antara diri dengan masyarakat atau individu sekeliling. Meskipun kita berada di tengah-tengah keluarga atau masyarakat, namun kita merasa kesepian dan kesunyian. Dalam hal ini terdapat satu ungkapan yang menarik pernah dinyatakan oleh seorang ulama, “Aku dapat melihat akibat maksiat dari tingkah laku isteriku, anak dan kenderaanku. Ada sesuatu yang ganjil terhadap mereka. Kenderaanku sering bermasalah, anak-anak mempamerkan perangai dan tingkah laku yang buruk dan isteriku yang tidak patuh dan taat kepada lagi. Mengapa ini berlaku? Kesemuanya disebabkan oleh maksiat yang dilakukan”.

g. Hati dan wajah menjadi gelap. Ibnu Abbas berkata, “Maksiat menyebabkan kegelapan di wajah, kegelapan di hati, kebencian orang lain, menurunnya daya kesihatan badan dan kesulitan dari aspek ekonomi. Sebaliknya, kebajikan akan mencerahkan wajah, menjernihkan hati, akan dikasihi oleh rang lain, meningkatkan ekonomi dan memurahkan rezeki”.

h. Berat dalam melakukan ibadah. Tidak mudah bagi seserang yang bergelumang dengan maksiat untuk melakukan ibadah. Sebagai contoh, untuk menunaikan solat subuh, walaupun telah berniat untuk melakukannya tetapi sukar untuk melakukannya. Semangat dan kemanisan untuk beribadah telah menurun.

i. Melakukan maksiat-maksiat lain. Terus melakukan maksiat-maksiat lain kerana maksiat itu seperti mata rantai yang saling berkaitan dan panjang.

j. Mendapat kehinaan di hadapan Allah SWT. Seseorang Muslim itu amat mulia di sisi Allah SWT, dan ia akan menjadi hina apabila melakukan maksiat. Hassan al-Basri pernah berkata, “ mereka hina di hadapan Allah hingga mereka engkar. Jika mereka mulia sudah pasti Allah melindungi mereka”.

k. Mempunyai hati yang kerdil. Orang-orang yang melakukan maksiat mempunyai hati yang kecil atau kerdil. Walaupun memakai pakaian yang hebat, kenderaan yang mewah atau disegani oleh ramai orang, tetapi kehinaan maksiat tidak pernah lenyap dari hati mereka. Mereka lalai dan jauh dari Allah dalam kemaksiatan dan ini merupakan satu kehinaan terhadap mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud

“Sesiapa Yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya Dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah Segala kemuliaan. kepada Allah lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya). dan sebaliknya: orang-orang Yang merancang kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa Yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa”.

l. Maksiat boleh menyebabkan pelakunya menjadi lemah akal. Seorang ulama perah mengungkapkan, “Barang siapa yang melakukan maksiat, maka sebahagian dari akalnya akan hilang dan bahagian yang hilang itu tidak akan kembali”.

m. Keburukan maksiat dan akibatnya disebut oleh Allah dalam al-Quran. Firman Allah,

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

“ Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah Yang menganiaya diri sendiri. maka berhala-berhala Yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan Yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka”.

n. Pengkhianatan lidah berterusan setiap hari. Bagi individu yang melakukan maksiat, lidahnya juga secara berterusan melakukan maksiat. Apakah yang dimaksudkan dengan pengkhianatan lidah yang berterusan? Sebagi contoh jika kita gagal mengucapkan dua kalimah Syahadah ‘ Asyahadu Alla Illaha iIallah”. Ungkapan ini kita tahu dan pernah mengucapkannya, tetapi tiba-tiba sukar untuk melafazkannya. Ya gagal, seolah-olah terdapat gunung yang besar di lidah atau mulut untuk mengucapkannya. Ternyata kita bergelumang dengan dosa dan maksiat, oleh yang demikian kita perlu bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah.


Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang diberikan akibat atau kesan dari perbuatan maksiat adalah amat sukar diterima jika seseorang itu terus bergelumang dengan maksiat dan dosa. Mungkinkan hatinya telah tertutup seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT. Fikir-fikirkanlah!

”(dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.

MAKSIAT MENGAKIBATKAN BENCANA

Adakah kita ingin Allah SWT mengubah nasib dan keadaan kita ke arah yang lebih baik? Jika kita ingin ke arah tersebut, salah satu tindakan yang perlu dilakukan ialah dengan menjauhkan maksiat. Setiap insan Muslim juga perlu bersepakat untuk tidak membiarkan perkara maksiat berlaku dan bersama-sama bertaubat kerana tidak ada orang yang tidak melakukan kesalahan dan dosa melainkan Rasulullah yang bersifat maksum. Untuk itu kita perlu bermunajat kepada Allah SWT memohon keampunan, mengharapkan pertolongan dan menyesali segala tindakan buruk yang kita lakukan. Adakah Allah SWT sedia menerima taubat dan permohonan kita? Sesungguhnya kita meyakini bahawa Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba dan juga Allah Maha Pengampun dan Penerima taubat.

Selain dari itu kita juga perlu meyakini bahawa musibah yang musibah yang berlaku kepada diri kita atau yang berlaku di sekeliling kita adalah disebabkan perbuatan maksiat, dan bencana atau musibah itu dapat dihindarkan dengan melakukan banyak taubat dan memohon keampunan dari Allah SWT. Ini seperti ungkapan dari Sayidina Ali Abi Talib yang bermaksud,

“ Bencana yang sering berlaku disebabkan oleh kemaksiatan dan taubat kepada Allah yang dapat menghindarkannya”.

Ternyata pada masa kini umat Islam sedang menghadapi pelbagai bencana dan musibah yang amat dahsyat di merata tempat dan cara yang terbaik untuk memberhentikan atau menghingari musibah dari terus melanda umat ialah dengan cara bertaubat dan kembali ke jalan Allah.


Maksiat faktor kebinasaan umat

Sejarah telah membuktikan bahawa terdapat umat-umat terdahulu dibinasakan oleh Allah SWT disebabkan maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah SWT dari syurga adalah disebabkan maksiat yang dilakukan begitu juga kisah umat Nabi Noh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat. Firman Allah SWT yang bermaksud,

”Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, Dengan menurunkan hujan Yang mencurah-curah Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara Yang telah ditetapkan”


Allah SWT menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan. Firman Allah SWT yang bermaksud,

” Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke Dalam laut; maka perhatikanlah Bagaimana buruknya kesudahan orang-orang Yang zalim”.


Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan ketetapan Allah. Orang-orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama lelaki iaitu liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh Sallah SWT. Allah SWT telah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan Malaikat Jibrail menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan kembali ke bumi. Firman Allah SWT yang bermaksud,

”Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya Dengan batu dari tanah Yang dibakar”


Selain dari itu, Allah SWT juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang hebat itu. Allah SWT menjelaskan yang bermaksud,


“Wahai orang-orang Yang beriman, Kenangkanlah nikmat Allah Yang dilimpahkanNya kepada kamu. semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) Yang kamu tidak dapat melihatnya. dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa Yang kamu lakukan.”


Selanjutnya apakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat dari maksiat yang dilakukan oleh kaum Bani Israil. Allah SWT telah memberikan gambaran tentang hukuman yang dikenakan terhadap Bani Israil. Allah berfirman yang bermaksud,
“ Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali Yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami Yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji Yang tetap berlaku”


Berdasarkan kisah-kisah umat yang diberikan hukum oleh Allah SWT, tentu sekali ita dapat menganalisis atau muhasabah diri kita atau umat kita pada hari ini tentang dosa-dosa atau maksiat yang telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dos-dosa seratus tahun yang lalu, dan semuanya akan menjadi sebab musabab malapetaka atau musibah yang perlu kita hadapi selagi kita keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah SWT. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Bila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua”

Oleh yang demikian, sewajarnya bagi kita untuk merenung pengertian yang tersurat dan yang tersirat dari hadis yang telah di sabda oleh nabi. Ini adalah kerana bahawa secara realitinya memang berlaku terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah SWT. Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan musuh dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan tentera Islam bergembira merayakan kemenangan, tetapi Abu Dardak seorang sahabat besar menangis. Apabila ditanya mengapa beliau dalam keadaan kesedihan, Abu Dardak menjawab, “ aku menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah meminggirkan mereka”.

KISAH TOKOH TERKEMUKA ISLAM

Banyak kisah dan teladan yang boleh kita ambil dari kisah para sahabat yang telah berjuang demi Islam. Antaranya kisah tersebut adalah:

a. Jabir bin Abdullah. Dalam peristiwa persiapan tentera Islam untuk menghadapi tentera kafir Quraisy, iaitu dalam peperangan Khandak, Nabi dan para sahabat bekerja keras menggali parit dan kubu selama 15 hari. Bagi menahan lapar akibat kekurangan makanan, nabi dan para sahabat mengikut perut dengan tali. Pada satu hari sahabat Nabi bernama Jabir bin Abdullah berjumpa Nabi dan berkata. “ Wahai Rasulullah, di rumahku ada sedikit daging dan roti, aku ingin menjemputmu datang ke rumah untuk makan bersamaku”.

Rasulullah memandang wajah Jabir dan bertanya, “ hanya aku seorang?”, Rasulullah boleh mengajak seorang atau dua orang untuk pergi bersama”.Rasulullah kemudian naik ke atas bukit dan berkata, “ Wahai kaum Muhajirin, kaum Ansar, hari ini kita akan makan di rumah Jabir bin Abdullah”. Selepas itu Jabir bin Abdullah bergegas balik ke rumah dan menyatakan kepada isterinya, “ tolong aku, Rasulullah akan datang bersama semua tentera Muslimin untuk makan di rumah kita”, dengan nada kebingungan. “Apakah engkau memaklumkan kepada Rasulullah?” Tanya isterinya. “Ya”. Jawab Jabir. “ Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Jawab isteri Jabir. Apabila sampai pada waktu yang dijanjikan, Rasulullah datang ke rumah Jabir dan terus berjumpa Jabir, “ Wahai Jabir tugasmu menjaga pintu pada hari ini”, perintah Rasulullah. Seterusnya Rasulullah mencedok makan dan Jabir mempersilakan sepuluh orang demi sepuluh orang tentera untuk menikmati jamuan secara bergilir sehingga semua dapat makan dan kenyang. Jabir kemudian masuk dan berkata kepada Rasulullah, “ aku fikir makanan ini tidak cukup untuk semua orang makan dan ada orang yang tidak dapat menikmati makanan, tetapi ternyata mereka dapat makan semuanya”. Rasulullah menjawab, “ Allah memberkatimu dan keluarga serta makanan yang kamu hidangkan”. Jabir kemudian melihat periuk makanan yang dimasak dan makanan tersebut tidak berkurang sedikit pun.


b. Umar al-Khattab Terdapat beberapa kisah berhubung dengan Umar al-Khattab khalifah Islam kedua. Sebagai seorang khalifah kedudukannya mulia dan tinggi di kalangan masyarakat dan umat pada waktu itu. Pada satu hari Umar melihat beberapa orang budak kecil dan terus mendukung budak kecil itu tanpa segan silu atau masalah.

Pada kisah yang lain pula, ketika menjelang saat-saat akhir hayatnya, Umar yang sakit terbaring di atas katil, masih sempat bertanya ,“ sudahkah orang-orang itu menunaikan solat?’.

Berdasarkan kisah di atas ternyata terdapat gambaran tentang kesatuan umat, kasih sayang, kekhuatiran terhadap umat serta tiadanya sikap egoisme dalam diri.


c. Anak-anak Jaafar bin Abu Thalib. Setelah Jaafar bin Abu Thalib meninggal dunia secara syahid di medan perang, Rasulullah bertanya keada para sahabat,”sesiapakah yang bersedia untuk menjaga anak-anak yatim itu?”.
Seorang sahabat berkata, “ Saya ya Rasulullah”.
Seorang sahabat lain turut berkata, “ Saya ya, Rasulullah”.
Seterusnya seorang lain sahabat juga menyatakan kesediaannya dan berkata, “Saya ya, Rasulullah”. Berdasarkan sirah, ketiga-tiga sahabat itu adalah antara yang termiskin di kalangan para sahabat yang lain. Tidaklah menghairankan terjadi kepada ketiga-tiga sahanat untuk menjadi bapa kepada anak yatim itu kerana Jaafar Abu Tha,ib ketika hidupnya sangat bersikap kasih sesama Muslim dan mendapat gelaran ‘bapa kaum miskin’ daripada Rasulullah.

Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah telah mempersaudarakan orang Ansar (penduduk Madinah) dengan orang-orang Muhajirin (Orang yang berhijrah bersama Rasulullah). Setelah berlaku penghijrahan tersebit, orang-orang Ansar menyatakan kepada orang-orang Muhajirin, “Marilah kita berkongsi rumah, pakaian dan makanan”.

Dalam kisah yang lain di catatkan bahawa Salahudin al-Ayubi tidak pernah ketawa semasa hayatnya. Ketika ditanya tentang keengganannya untuk ketawa, ia menjawab, “ Bagaimana aku hendak ketawa, sedangkan Aqsa masih tertawan. Aku malu untuk senyum di hadapan Allah, ketika saudara-saudara ku di sana sedang menghadapi penderitaan”.

Jelas sekali tujuan hidup kita adalah untuk mempersembahkan sesuatu yang terbaik untuk umat dan menghindarkan sikap dan sifat egoisme atau kepentingan diri semata-mata. Hidup yang individualistik adalah kehidupan yang sempit. Orang yang hidup sedia berkorban demi umat, usianya akan bertambah dengan bertambahnya usia umat.

Wednesday, May 13, 2009

ISLAM PENYATU UMAT

Ibadat solat fardu amat dituntut dilaksanakan secara berjemaah di masjid dan ini menunjukkan Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk sentiasa hidup bermasyarakat dan berhubungan di antara satu sama lain. Selain dari itu solat fardu Jumaat setiap minggu mengukuhkan lagi tujuan dan hasrat untuk membina masyarakat Islam yang bersatu dan mempunyai hubungan silaturahim dan ukhuwah Islamiah. Pada bulan Ramadan, seluruh umat Islam berbuka dan bersahur pada waktu yang sama.

Perkara-perkara di atas menggambarkan realiti yang terdapat dalam Islam. Apakah lagi yang perlu dilakukan untuk menyatukan umat ini? Selanjutnya dalam ibadat haji, Allah telah menyatukan kita khususnya yang menunaikan haji selama 10 hai untuk menunaikan ibadat haji dan amalan-amalan yang berkaitan dengan ibadah haji secara bersama, memakai pakaian yang sama serta melaungkan bacaan talbiah ( Labbaikallhumma Labbaik) secara serentak dan sama. Lebih tegas lagi Islam adalah agama tauhid yang mengesakan Allah SWT. Oleh yang demikian, ternyata Islam adalah yang terbaik dalam segenap segi dan tidak ada undang-undang lain yang lebih baik dari Islam. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,

“ Mukmin dan Mukmin yang lainnya adalah seumpama sebuah bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain”.


Jelas sekali itulah wajah dan ajaran Islam. Oleh yang demikian sewajarnya setipa individu Muslim atau setiap umat Islam perlu membebaskan diri dari mementingkan diri sendiri atau bersifat egoistik. Oleh kita marilah kita bertekad dan bersatu untuk bersedia mengorbankan diri demi kepentingan umat berbanding kepeningan diri dan keluarga semata-mata. Oleh yang demikian, ternyata Islam menyuruh dan menuntut kita umat Islam bersatu, tetapi kita kini berpecah- belah, mengapa?

Rasulullah SAW amat cinta dan kasih kepada umatnya. Sirah menjelaskan bahawa ketikan hampir wafat Nabi Muhammad SAW masih mengingati umatnya dengan linangan air mata. Baginda sentiasa menyebut,

“Ya Allah, umatku, umatku...”Kemudian Jibrail berkata kepada Nabi Muhammad menyampaikan aman Allah SWT, Allah menyatakan kepadamu bahawa Kami tidak akan menyakiti umatmu”. Baginda bersabda, “Para nabi mempunyai doa yang mendapat pengabulan di dunia, kecuali aku. Aku menunda doaku sebagai syafaat bagi umatku di hari kiamat kelak”.


Kisah tokoh-tokoh Islam terkemuka

a. Jabir bin Abdullah. Dalam peristiwa persiapan tentera Islam untuk menghadapi tentera kafir Quraisy, iaitu dalam peperangan Khandak, Nabi dan para sahabat bekerja keras menggali parit dan kubu selama 15 hari. Bagi menahan lapar akibat kekurangan makanan, nabi dan para sahabat mengikut perut dengan tali. Pada satu hari sahabat Nabi bernama Jabir bin Abdullah berjumpa Nabi dan berkata. “ Wahai Rasulullah, di rumahku ada sedikit daging dan roti, aku ingin menjemputmu datang ke rumah untuk makan bersamaku”.

Rasulullah memandang wajah Jabir dan bertanya, “ hanya aku seorang?”, Rasulullah boleh mengajak seorang atau dua orang untuk pergi bersama”.Rasulullah kemudian naik ke atas bukit dan berkata, “ Wahai kaum Muhajirin, kaum Ansar, hari ini kita akan makan di rumah Jabir bin Abdullah”. Selepas itu Jabir bin Abdullah bergegas balik ke rumah dan menyatakan kepada isterinya, “ tolong aku, Rasulullah akan datang bersama semua tentera Muslimin untuk makan di rumah kita”, dengan nada kebingungan. “Apakah engkau memaklumkan kepada Rasulullah?” Tanya isterinya. “Ya”. Jawab Jabir. “ Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Jawab isteri Jabir. Apabila sampai pada waktu yang dijanjikan, Rasulullah datang ke rumah Jabir dan terus berjumpa Jabir, “ Wahai Jabir tugasmu menjaga pintu pada hari ini”, perintah Rasulullah. Seterusnya Rasulullah mencedok makan dan Jabir mempersilakan sepuluh orang demi sepuluh orang tentera untuk menikmati jamuan secara bergilir sehingga semua dapat makan dan kenyang. Jabir kemudian masuk dan berkata kepada Rasulullah, “ aku fikir makanan ini tidak cukup untuk semua orang makan dan ada orang yang tidak dapat menikmati makanan, tetapi ternyata mereka dapat makan semuanya”. Rasulullah menjawab, “ Allah memberkatimu dan keluarga serta makanan yang kamu hidangkan”. Jabir kemudian melihat periuk makanan yang dimasak dan makanan tersebut tidak berkurang sedikit pun.


b. Umar al-Khattab Terdapat beberapa kisah berhubung dengan Umar al-Khattab khalifah Islam kedua. Sebagai seorang khalifah kedudukannya mulia dan tinggi di kalangan masyarakat dan umat pada waktu itu. Pada satu hari Umar melihat beberapa orang budak kecil dan terus mendukung budak kecil itu tanpa segan silu atau masalah.

Pada kisah yang lain pula, ketika menjelang saat-saat akhir hayatnya, Umar yang sakit terbaring di atas katil, masih sempat bertanya ,“ sudahkah orang-orang itu menunaikan solat?’.

Berdasarkan kisah di atas ternyata terdapat gambaran tentang kesatuan umat, kasih sayang, kekhuatiran terhadap umat serta tiadanya sikap egoisme dalam diri.


c. Anak-anak Jaafar bin Abu Thalib. Setelah Jaafar bin Abu Thalib meninggal dunia secara syahid di medan perang, Rasulullah bertanya keada para sahabat,”sesiapakah yang bersedia untuk menjaga anak-anak yatim itu?”.
Seorang sahabat berkata, “ Saya ya Rasulullah”.
Seorang sahabat lain turut berkata, “ Saya ya, Rasulullah”.
Seterusnya seorang lain sahabat juga menyatakan kesediaannya dan berkata, “Saya ya, Rasulullah”. Berdasarkan sirah, ketiga-tiga sahabat itu adalah antara yang termiskin di kalangan para sahabat yang lain. Tidaklah menghairankan terjadi kepada ketiga-tiga sahanat untuk menjadi bapa kepada anak yatim itu kerana Jaafar Abu Tha,ib ketika hidupnya sangat bersikap kasih sesama Muslim dan mendapat gelaran ‘bapa kaum miskin’ daripada Rasulullah.

Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah telah mempersaudarakan orang Ansar (penduduk Madinah) dengan orang-orang Muhajirin (Orang yang berhijrah bersama Rasulullah). Setelah berlaku penghijrahan tersebit, orang-orang Ansar menyatakan kepada orang-orang Muhajirin, “Marilah kita berkongsi rumah, pakaian dan makanan”.

Dalam kisah yang lain di catatkan bahawa Salahudin al-Ayubi tidak pernah ketawa semasa hayatnya. Ketika ditanya tentang keengganannya untuk ketawa, ia menjawab, “ Bagaimana aku hendak ketawa, sedangkan Aqsa masih tertawan. Aku malu untuk senyum di hadapan Allah, ketika saudara-saudara ku di sana sedang menghadapi penderitaan”.

Jelas sekali tujuan hidup kita adalah untuk mempersembahkan sesuatu yang terbaik untuk umat dan menghindarkan sikap dan sifat egoisme atau kepentingan diri semata-mata. Hidup yang individualistik adalah kehidupan yang sempit. Orang yang hidup sedia berkorban demi umat, usianya akan bertambah dengan bertambahnya usia umat.

KESATUAN UMAT ISLAM

Keadaan umat Islam pada masa kini agak mencemaskan terutamanya sejak 100 tahun kebelakangan ini. Berbagai-bagai bencana telah menimpa umat Islam dan yang paling menakutkan sekali ialah wujudnya jurang yang jauh antara hubungan umat Islam dengan Allah SWT. Selain dari itu terdapat juga masalah-masalah lain yang melanda umat Islam, khususnya yang berkaitan dengan maslah akhlak dan moral serta masalah ketandusan ilmu pengetahuan dan juga ketinggalan dari segi kemajuan sains dan teknologi.

Semua penyakit atau masalah tersebut bermula dari masalah sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Masalah-maslah seperti kegelisahan, tidak bersemangat, putus asa, kecewa, tidak mempunyai matlamat dan juga hilang kepercayaan terhadap diri sendiri. Selain dari itu pengaruh yang kuat terhadap cara hidup seperti orang Barat, turut menguasai pemikiran dan tingkah laku anak-anak muda dan juga sebahagian besar masyarakat. Sehingga umat Islam merasakan mereka adalah umat yang kerdil. Mengapakah keadaan seperti ini terjadi. Oleh yang demikian sewajarnya kita melakukan perubahan dalam diri kita, kerana Allah SWT telah mengingatkan melalui firmannya yang bermaksud,


”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri”.

Persoalan pasti timbul di fikiran kita, apa dan bagaimanakah bentuk perubahan yang diinginkan? Jawapan yang pati adalah perubahan ke arah yang lebih baik. Untuk mencapai perubahan ke arah yang lebih baik, tindakan yang perlu diambil ialah dengan menghayati kembali ajaran Islam yang suci dan murni ke arah umat Islam terdahulu pernah mencapai kegemilangan kerana menghayati Islam, oleh yang demikian tidak mustahil sejarah tersebut akan berulang!


Umat yang mulia

Apabila sesuatu umat atau bangsa selain dari umat Islam menghadapi keadaan yang sama seperti umat Islam, sudah pasti umat atau bangsa tersebut akan lenyap, tetapi tidak bagi umat Islam. Walaupun umat Islam menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, namun umat Islam tetap wujud. Mengapakah umat Islam sering dalam keadaan yang lemah dan tertekan. Namun demikian, kita hendaklah merenungi apa yang telah difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud,

“Dan Kami hendak berihsan Dengan memberikan pertolongan kepada kaum Yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang Yang mewarisi (Apa Yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan Yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa Yang mereka bimbangkan dari golongan Yang tertindas itu”


Berdasarkan kisah tersebut, ternyata terdapat golongan yang lemah, terapi yang sebenarnya Allah ingin meninggikan darjat orang-orang yang lemah itu. Selain dari itu adalah diharapkan dari ayat di atas dapat dijadikan pengajaran agar umat Islam dapat memperbaiki keadaan serta berusaha untuk mencapai kegemilangan dan menjadi umat yang terbaik sebagaimana yang pernah disebut oleh sejarah. Perlu dijelaskan bahawa Islam pernah memerintah dunia selama lebih 1,300 tahun. Dalam tempoh tersebut dunia berada dalam keadaan aman dan suasana kehidupan yang lebih baik dan makmur.

Oleh yang demikian, marilah kita bangkit dan bersatu membangunkan kembali peradaban umat Islam yang hebat dan cemerlang. Untuk itu marilah kita mengubah keadaan dalam diri kita dan berharap dengan usaha atau tindakan tersebut Allah akan mengabah keadaan kita dan akan memberi pertolongan kepada diri

Thursday, May 7, 2009

MENERUSKAN SYIAR DAN USAHA DAKWAH

OLEH : MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI dalam kabinet baru, khusus bertanggungjawab menjaga Hal ehwal Islam, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir Bin Baharom, menyatakan dalam Mingguan Malaysia 12 April 2009 yang lalu, bahawa beliau akan meneruskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh menteri yang terdahulu iaitu YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kini Menteri Pertahanan), dalam peningkatan syiar Islam dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam meningkat imej Islam serta membina kekuatan umat Islam di Malaysia bertunjangkan kekuatan akidah Islam yang murni.

Salah satu program yang diwujudkan semula selepas 30 tahun dihentikan ialah program Bulan Dakwah yang dikendalikan bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta dibantu oleh semua agensi pusat kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri. Ternyata program tersebut mampu menyemarakkan semula semangat dan komitmen dakwah di negara ini, dan walaupun program tersebut telah berakhir ini tidak bermakna matlamat yang ingin dicapai melalui program tersebut selesai atau tamat begitu sahaja. Usaha-usaha penerusan perlu dicari melalui program atau kaedah lain bagi kesinambungan untuk mencapai hasrat atau matlamat yang telah digariskan. Antara matlamat Bulan Dakwah yang telah dilaksanakan itu adalah untuk:


• Mendidik, membina kesedaran dan penghayatan cara hidup mengikut ajaran Islam secara menyeluruh dan kontemporari dengan cara memberi penjelasan dan penghayatan kepada masyarakat Islam tentang pentingnya mengamalkan prinsip-prinsip kehidupan dalam Islam (nizamul hayah) berasaskan kepada ketamadunan (hadharah).

• Merealisasikan Islam sebagai agama yang membentuk penyatuan ummah dan fikrah ke arah membangunkan tamadun sejagat dengan kaedah menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu antara agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO's)agar dapat mewujudkan kesepaduan dalam 'wehdatul fikri ' dan 'wehdatul amal’ dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

• Membina nilai pembangunan insan dari aspek intelektual (IQ), emosi (EQ) dan rohani (SQ) bagi melahirkan umat yang berdaya saing dengan cara menyatukan antara gerakan usaha dakwah 'bil lisan ' dengan usaha dakwah 'bil hal' dalam satu perancangan program yang tersusun selama sebulan menerusi program-program ceramah, forum, seminar serta khidmat sosial yang mencakupi aspek keagamaan, kebajikan, ekonomi dan keusahawanan, kesihatan, pendidikan, kesenian dan sebagainya.

Perlu ditegaskan bahawa dalam Perlembagaan Negara Malaysia, terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan negara dengan jelas menzahirkan kedudukan istimewa kepada agama Islam. Perkara 3 telah menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Perkara 160 pula dengan jelas mendefinisikan seorang Melayu itu sebagai seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya dengan budaya kehidupan seorang Melayu. Peruntukan ini nyata sekali menzahirkan hakikat keterikatan umat Melayu dengan agama Islam di negara ini. Perkara 11 pula menjamin kebebasan agama kepada semua individu, namun dengan jelas melarang agama-agama lain daripada disebarkan kepada seorang Muslim sebagaimana yang dinyatakan secara jelas dalam peruntukan tersebut.

Berdasarkan fakta tersebut ternyata dakwah Islamiah di Malaysia telah sekian lama memasuki apa yang disebut sebagai ‘ marhalah mihwar muasasi’ iaitu tahap atau era dakwah aktif dalam pemerintahan negara. Berdasarkan tahap yang telah jauh itu, ia tidak bererti kita perlu meninggalkan tahap atau sejarah yang lama. Memasuki tahap yang baru ini, juga bererti kita akan memasuki era dakwah yang lebih berat, penuh cabaran dan memerlukan komitmen yang lebih kuat dan mantap dalam usaha menyampaikan dakwah. Oleh yang demikian semua isu yang berkaitan dengan dakwah sama ada kecil atau besar perlu ditangani oleh dengan penuh hikmat dan kebijaksanaan.

Bagi menjayakan usaha-usaha dakwah dalam sesebuah negara, Syaikh Abul Rahman Abdul Khaliq (2004) dalam bukunya telah memetik pendapat Syaikh Sayid Sabiq tentang perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam usaha-usaha pembinaan dan kebangkitan dakwah Islamiah di antaranya:

Pertama: Kebangkitan dakwah sangat memerlukan pemahaman Islam yang menyeluruh. Semangat yang tinggi sahaja tidak mencukupi dan semangat itu juga perlu diiringi dengan pemahaman yang benar dan menyeluruh.

Kedua: Kebangkitan dakwah ini juga memerlukan sistem pengurusan dan pengorganisasian yang baik.

Ketiga: Sistem pengurusan yang baik itu juga memerlukan kepimpinan yang berkesan dan berwibawa. Kesemua sistem itu akan dapat meletakkan berbagai perencanaan dan aturan yang akan menghasilkan dakwah yang berkesan.


. Oleh yang demikian dalam memenuhi keperluan dakwah di tahap yang tinggi ini, semua pihak memerlukan kematangan iman dan takwa serta kematangan ilmu. Bagi memperoleh kematangan iman dan takwa, ia hanya dapat dicapai, apabila kita berjaya menempuhnya. Menurut Said Hawa dalam bukunya al-Mustaklashah yang merupakan syarah atau ulasan dari kitab Ihya Ulumudin oleh Imam al-Ghazali, telah menyenaraikan 13 perkara yang dapat membina kematangan iman dan takwa yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu Muslim secara berterusan iaitu solat, zakat, dan infak, puasa, haji, tilawah al-Quran, zikir, tafakur, mengingati mati dan sedikit angan-angan, muraqabah,muhasabah, mujahadah, muaqabah, amar makruf, nahi mungkar, jihad, khidmat dan tawaduk.

Dalam aspek kematangan pengukuhan ilmu pula, tidak ada jalan lain melainkan belajar mendalami ilmu, membaca dan terus belajar sehingga akhir hayat. Proses tersebut perlu diteruskan sehingga mencapai tahap rabbani seperti yang telah firman oleh Allah yang bermaksud,

‘Tidaklah patut bagi seseorang manusia Yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang menyembahku Dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - Dengan ilmu dan amal Yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya”. Ali-Imran: 79)


Komitmen dan pelaksanaan menegakkan amal ibadat dalam Islam telah dilaksanakan secara sempurna oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan generasi salafus-saleh yang terdahulu. Sebagai contoh, Umar bin al-Khattab akibat dari terlalai melaksanakan solat asar secara berjemaah, maka beliau telah menghukum dirinya sendiri dengan menginfakkan kebunnya yang telah melalaikannya. Begitulah perwatakan generasi terbaik dari umat Islam sebagaimana langsung diceritakan langsung dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Fath ayat 29 yang bermaksud,

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar”.

Amalan-amalan lain juga perlu dilaksanakan dengan penuh keimanan. Zakat dan sedekah dapat menyembuhkan penyakit kedekut atau bakhil serta menerbitkan sifat kedermawanan, ibadat puasa sebagai pengawal hawa nafsu, ibadah haji membina jiwa pengorbanan, tilawah al-Quran melembutkan hati dan menguatkan iman, zikir dan doa mendekat diri kepada Allah,amar makruf dan nahi mungkar melatih keberanian, mengenal berbagai-bagai penyakit hati dan pintu-pintu syaitan agar ita tidak jatuh kepada maksiat dan kesesatan, tawaduk dan berhemah sebagai sarana penghalang kesombongan, tafakur untuk menajamkan pemikiran dan mengingatkan kematian agar tidak lalai dengan keseronokan dan nikmat keduniaan.

Dalam aspek mematangkan penghayatan ilmu, umat Islam perlu sentiasa belajar dan terus membaca. Tokoh ilmuwan dan Gerakan Islam Dr. Yusuf al-Qardhawiy menyebutkan enam jenis ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap individu Muslim khususnya para pendakwah iaitu, ilmu syariah, ilmu sejarah, ilmu bahasa, ilmu sosial, ilmu sains dan teknologi serta ilmu yang berkaitan informasi atau malah realiti. Selain dari itu dalam suasana alat baru masa kini, yang turut membawa pelbagai cabaran dan kerenah yang perlu dihadapi oleh semua generasi manusia. Dalam hal ini organisasi dan juga para pendakwah yang terlibat dengan usaha-usaha dakwah tidak dapat mengelak diri dari berdepan dengan cabaran yang muncul di abad ini. Sehubungan dengan itu, para pendakwah, organisasi dakwah memerlukan persiapan dari segi mental, fizikal dan juga spritual. Selain dari itu para pendakwah perlu meningkatkan lagi aspek keintelektualan dengan menguasai enam jenis fikah yang pernah disebut oleh Dr. Yusuff al-Qardhawiy dalam beberapa buah bukunya. Penguasaan ilmu fikah yang dimaksudkan di sini bukanlah ilmu fikah sebagaimana kita maklum, iaitu melibatkan ilmu ibadah, muamalat, jenayah, akhlak dan lain-lainnya, tetapi ilmu fikah di sini bermaksud penguasaan terhadap al-Quran dan ilmu Islam iaitu memahami sesuatu perkara secara mendalam dan tidak terbatas kepada ilmu fikah dalam bentuk memberi hukum dari nas yang berbagai-bagai dalam menghadapi sesuatu isu yang tidak didapati nas terhadapnya. Enam jenis fikah yang dimaksudkan ialah Fiqh al-Ikhtilaf (Fikah perbezaan), Fiqh al-Muwazanat (Fikah keseimbangan), Fiqh al-Nusus (Fikah nas-nas syarak), Fiqh al-Awlawiyat (Fikah keutamaan), Fiqh al-Waqi’ (Fikah realiti atau semasa) dan Fiqh al-Taghir (Fikah perubahan). Dengan mengetahui keenam-enam jenis fikah ini, pendakwah akan dapat mengetahui aspek yang perlu didahulukan dan aspek mana yang perlu dikemudiankan serta mana aspek yang bersifat dasar dan mana aspek dakwah bersifat ranting. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya penumpuan tenaga kepada perkara yang kurang penting atau berbalah sesama sendiri sedangkan perkara yang lebih besar diketepikan begitu sahaja.

Oleh yang demikian dalam ruang dan peluang yang terbuka untuk meningkatkan syiar dan usaha-usaha dakwah seluruh umat Islam khususnya para pendakwah atau individu yang terlibat dalam organisasi dakwah atau sesiapa sahaja, perlu berjuang untuk melaksanakan objektif meninggikan syiar Islam di negara ini seperti mana yang telah disebut oleh Muhammad Abduh (2004) dalam bukunya ‘Madza ya’ni intimaai lid-dakwah’ menjelaskan tiga aspek penting dalam kejayaan dakwah iaitu:
• Iman yang kukuh.
• Organisasi dan kepimpinan yang mantap.
• Aktiviti atau gerak kerja yang berterusan.

Untuk itu dalam pelbagai strategi dan pendekatan yang digunakan dalam dakwah, kita juga sentiasa perlu menghayati firman Allah dalam surah firman Allah dalam ayat 125 Surah Al-Nahl yang bermaksud,

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk”.


Mejar Burhanuddin Abdul Jalal adalah pegawai KAGAT yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .