Monday, February 28, 2011

1 ANGKATAN TETAP GAGAH TETAP SETIA

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Tarikh 1 Mac setiap tahun sentiasa dalam ingatan seluruh warga Tentera Darat Malaysia kerana tarikh tersebut merupakan tarikh ulangtahun Tentera Darat. Tahun ini Tentera Darat Malaysia meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke 78 dengan tema “ 1 Angkatan tetap gagah tetap setia”.
Menyentuh tentang aspek kesetiaan dalam budaya tentera darat, ternyata aspek kesetiaan itu sentiasa dititik beratkan mulai seseorang anggota itu memasuki perkhidmatan tentera darat. Salah satu amlan yang sering dilakukan oleh selurauh warga tentera darat dan warga ATM seluruhnya berhubung dengan kesetiaan ini ialah, amalan membaca ikrar kesatria. Dalam amalan harian anggota tentera, pada setiap pagi seluruh anggota tentera akan membaca ikrar kesateria yang kandungan ikrar tersebut adalah seperti di bawah:

a. Beriman kepada tuhan dan bertakwa kepadanya.
b. Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah.
c. Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
d. Mengutamakan pelaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
e. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

Berdasarkan sumpah perajurit atau ikrar Kesateria itu dapat dirangkumkan mengandungi unsur-unsur berikut:

a. Kepatuhan kepada pemerintah.
b. Keteguhan dalam menjalankan atau mengamalkan sesuatu.
c. Menyimpan segala rahsia tentera dengan teguh.

Berdasarkan ikrar tersebut, ternyata ia mempunyai nilai penghayatan Islam yang kuat dan mematuhi pemerintah adalah sesuatu yang wajib .Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Nisa’ (4:59) yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Kepada seluruh warga TD diucapkan selamat menyambut hari ulangtahun TD ke 78 dengan penuh semangat keperwiraan dan sentiasa di hadapan memegang cogan kata gagah setia.

Sunday, February 27, 2011

PERINGKAT PERUBAHAN DIRI DAN ORGANISASI

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Bercakap tentang perubahan atau transformasi, En. Ariffin Hassan dari PDN Resourcess dalam ceramahnya di Bengekel Peningkatan kerja pegawai KAGAT 16-18 Feb 2011 yang lalu telah menjelaskan tentang perubahan dan pentingnya persedian untuk menghadapi perubahan yang berlaku terhadap diri dan organisasi. Dalam konteks diri terdapat beberapa perubahan yang pasti berlaku iaitu:
 Perubahan paradigma ‘mind set’ atau cara berfikir.
 Perubahan tindakan harian.
 Perubahan di peringkat tabiat.
 Perubahan di tahap budaya.
 Perubahan keseluruhan hidup kita.

Selain dari itu dalam aspek organisasi pula, kita sebagai kakitangan, pengikut atau pemimpin organisasi juga perlu bersedia untuk melakukan perubahan dalam organisasi atau perlu berseda untuk menghadapi perubahan dalam organisasi. Pada umumnya terdapat langkah jangka panjang yang kita perlu lakukan untuk melakukan perunahan dalam organisasi jika inginkan organissai yang kita dokong itu menuju ke arah kecemerlangan dan kejayaan atau atau apa yang disebut oleh para pemimpin kita pada hari ini sebafgai “pencapaian diutamakan’. Antara langkah jangka panjang yang perlu dilakukan ke arah perubahan organisasi menurut En. Arifin Hassan ialah,

 PERTAMA- lebih terbuka dan peka dengan persekitaran baru - dapatkan maklumat baru.
 KEDUA- Menerapkan budaya inovasi & keterlibatan dalam organisasi - Mempertingkatkan idea yang lebih kreatif.
 KETIGA- Membuat pelaburan bijak dalam kursus latihan, latihan semula, kemahiran semula, pembelajaran & kemahiran baru.
 KEEMPAT- Membentuk sistem penghargaan dengan menggalakkan pekerja menyumbangkan idea contohnya skim cadangan pekerja.
 KELIMA- Wujudkan budaya yang berkualiti di kalangan pekerja dan organisasi keseluruhannya.

Untuk itu, bagi melakukan perubahn dan bersedia menghadapi perubahan, aspek yang perlu ada dalam diri kita ialah ilmu dan maklumat. Oleh itu mari kita sama-sama berusaha mencari ilmu dan maklumat dengan pelbagai cara dan kaedah yang pelbagai pada amasa kini. Dengan adanya ilmu kita lebih terbuka, bersedia dan berlapang dada dan tidak sentiasa menyalahkan orang lain atau hanya menegakkan benang basah sedangkan yang dipertahankan itu salah! Mari kita berubah sebelum kita rebah!

Thursday, February 24, 2011

TRANSFORMASI UMMAH MELALUI SUNNAH RASULULLAH

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Slogan tersebut tertera dikain rentang yang dibawa oleh kontigen ILMI dalam sambutan Maulidur rasul peringkat daerah Port Dickson yang di adakan di Masjid Pasir Panjang baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi sebarang hadaih dalam kotegri kontigen teramai atau sepanduk tercantik, tetapi slogan yang di bawa oleh kontigen ILMI itu, pada dasarnya merupakan slogan yang cukup bermakna dan terpenting jika diteliti secara mendalam. Perkataan tranformasi yang brmaksud perubahan itu sebenarnya mengajak kita untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih cemerlang seperti yang diutamakan oleh kepimpinan negara pada masa kini.

Tugas melakukan perubahan,pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar,tetapi ianya adalah tugas yang dituntut,kerana tugas memerangi pemikiran jahiliah,kerja memerangi kefahaman sesat,tugas memerangi amalan dan kerja munkar,tanggungjawab membetulkan amalan dan penghayatn jemaah yang lari jauh daripada syariat dan tuntutan islam adalah merupakan kerja-kerja jihad yang sangat tinggi ganjarannya.Hadis daripada Sahal bin Saad Saidi r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda:
"Satu hari menyumbang tenaga dengan berjihad dijalan allah itu adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada diatasnya".(Riwayat Al-bahari)
Sebenarnya Manhaj atau kaedah perubahan yang dibawa oleh rasulullah ialah islam,ciri-ciri islam itu sifatnya mengubah.Rub'i bin amir berkata kepada rustum (panglima tentera parsi) bahawa:
"Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari menjadi hamba sesama manusia,kepada menjadi hamba allah yang maha esa.Dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan diakhirat.Dari kezaliman kepada keadilan agama islam".

Perubahan yang dibawa oleh rasulullah s.a.w mempunyai ciri-ciri yang sangat penting,antaranya kata seorang pemikir islam Fathi Yakan dalam bukunya ialah:

Pertama - Perubahan itu mestilah menyeluruh
Perubahan dibawa oleh rasulullah s.a.w bukan setakat perubahan suatu sudut dari sudut-sudut kehidupan yang tertumpu kepada sosial sahaja atau ekonomi sahaja atau politik sahaja,tetapi merupakan cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.Kerana itu perubahan tidak mungkin tercapai dengan rekaan semata-mata,apatahlagi secara tangkap muat atau membuta tuli,bahkan tidak mungkin dengan cara rampasan kuasa kerana ia merupakan paksa dan perintah.

Kedua: Perubahan akidah

Akidah islam menentukan pendekatan dan perubahan,ia berpusat kepada dua tunggak asasi:
(1) Tujuan dan matlamat perubahan itu mestilah betul,benar kaedahnya dan betul juga minhajnya.
(2) Wasilah dan caranya betul,menepati syarak,bersesuaian dengan roh islam.
Perubahan yang dibawa oleh rasulullah s.a.w bukan sahaja dari segi tujuan,tetapi juga dari segi wasilah dan cara,iaitu sistem bagi menegakkan perintah allah dan melaksanakan hukumnya.

Ketiga : Perubahan yang berperikemanusiaan
Iaitu tidak melalui jalan keburukkan dan kehinaan untuk mencapai kebahagiaan,tidak membina bangunan diatas tengkorak manusia yang dizalimi dan penipuan.Islam agama perubahan yang dibawa oleh rasulullah s.a.w membawa sifat-sifat rahmat,berperi kemanusiaan,mesra dan belas kasihan.Tidak seperti Tacashoft,pemimpin agong komunis yang mahu menghapuskan semua orang rusia yang melebihi umur dua puluh lima tahun,kerana tidak mahu menerima pemikiran Karl Marx.Tidak juga seperti yahudi zionis,yang membunuh rakyat palestin,untuk menegakkan kerajaan haram israil dibumi palestin.
Tetapi sistem "Perubahan" yang dibawa oleh rasulullah s.a.w penuh dengan Minhaj yang lembut,telus dan beradab.Semasa pembukaan kota mekah,abu bakar As-siddiq r.a menemukan bapanya yang musyrik kepada rasulullah s.a.w.Apabila rasulullah s.a.w melihat,lalu baginda bersabda :"Kenapa orang tua ini tidak dibiarkan sahaja dirumahnya dan biar aku sendiri datang menemuinya".Jawab abu bakar,"wahai raslullah,dia lebih patut menemui engkau dari engkau menemuinya".Rasulullah s.a.w pun menyapu dada bapanya,lalu berkata:islamlah anda,maka beliau pun terus memeluk islam.Jelaslah,kesederhanaan rasulullah s.a.w itu merupakan "Perubahan" sebagai wasilah bagi menambat hati umat.
Sesungguhnya mengikut sistem dan minhaj "Perubahan" yang diasaskan oleh rasulullah s.a.w merupakan suatu kefardhuan yang dituntut syarak dan ia sangat penting dan sangat diperlukan untuk kebahagiaan hidup manusia.Sebab-sebab diperlukan untuk kebahagiaan hidup manusia.Sebab-sebab terbengkalainya kedaulatan syariat allah dimuka bumi dan berkuasanya sistem sikular dan perundangan ciptaan manusia,dan penguasaan politik nafsu yang berkepentingan keatas masyarakat umat manusia,adalah kerana tidak melaksanakan minhaj perubahan tersebut.Oleh itu,setiap orang islam wajib melakukan perubahan,berdasarkan minhaj yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w .Firman allah:
"Maka demi tuhanmu (wahai muhammad)!,mereka tidaklah disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka,kemudian mereka pula tidak merasa apa-apa keberkatan dihati mereka terhadap apa yang telah engkau putuskan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

Saturday, February 19, 2011

CABARAN DAN KEKUATAN UMAT UNTUK MASA DEPAN

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Bengkel peningkatan kerja Pegawai-pegawai KAGAT seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh En. Ariffin Hassan dari PDN Resources Sdn Bhd, sepanjang tiga hari lalu telah membeikan input yang amat berguna kepada para peserta. Pada umumnya peserta telah didedahkan dengan maklumat dan kesedaran perlunya untuk berubah bagi menghadapi cabaran masa depan yang kian mencabar. Pada umumnya umat Islam pada hari ini menghadapi beberapa cabaran utama iaitu:

• Perubahan pesat dari aspek social, perundangan, ekonomi, politik dan juga teknologi yang sedang berlaku di seluruh dun ia.
• Perubahan sedunia ini ternyata di luat kawalan umat Islam.
• Tahap kekuatan umat Islam adalah di peringkat rendah kesedaran dan kesatuan kurang,tambahan pula musuh – musuh Islam bekerja keras melawan
Islam sepanjang masa.

Namun demikian umat Islam pada umumnya juga mempunyai kekuatan. Perlu disedari bahawa penduduk Islam sekarang melebihi 1 billion atau hampir 20% dari penduduk dunia. Selain dari itu 61% dari minyak dan gas datang dari negara Islam seperti Saudi, Iraq, Iran, Brunei, Indonesia, Nigeria, Malaysia, Libya dan lain – lain. Ternyata umat Islam juga kuat dan punyai ‘kuasa’. Oleh itu mari kita bersatu juga meningkatkan martabat Islam diseluruh dunia dan kita perlu melakukan sesuatu mulai saat ini.

Tuesday, February 8, 2011

MEMAHAMI PRINSIP PEMBELAJARAN

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Berdasarkan bengkel kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang dihadiri minggu lalu, dapat difahami beberapa prinsip yang berhubung dengan pembelajaran. Pada dasarnya pembelajaran adalah sebagai usaha memperoleh perubahan perilaku. Ini bermaksud ciri utama proses pembelajaran adalah perubahan perilaku dalam diri individu. Ertinya seseorang yang telah mengalami pembelajaran akan berubah perilakunya. Tetapi tidak semua perubahan perilaku sebagai hasil pembelajaran. Perubahan perilaku sebagai hasil pembelajaran mempunyai ciri-ciri sebagai berikut :

Perubahan yang disedari. Individu yang melakukan proses pembelajaran menyedari bahawa pengetahuannya telah bertambah, ketrampilannya telah bertambah serta lebih yakin terhadap dirinya sendiri.
Perubahan yang bersifat berteruan. Perubahan perilaku sebagai hasil pembelajaran akan berlangsung secara berkesinambungan, ertinya suatu perubahan yang terjadi menyebabkan terjadinya perubahan perilaku yang lain.
Perubahan yang bersifat fungsional. Perubahan yang telah diperoleh sebagai hasil pembelajaran memberikan manfaat bagi individu yang lain.
Perubahan yang bersifat positif. Berlaku disebabkan pertambahan perubahan dalam diri individu. Perubahan yang diperoleh senantiasa bertambah sehingga berbeda dengan keadaan sebelumnya. Orang yang telah belajar akan merasakan sesuatu yang lebih luas dalam dirinya.
Perubahan yang bersifat aktif. Perubahan itu tidak terjadi dengan sendirinya, akan tetapi melalui aktivitas individu. Perubahan yang terjadi karena kematangan, bukan hasil pembelajaran karena terjadi dengan sendirinya, sesuatu dengan tahap-tahap perkembangannya. Dalam kematangan, perubahan itu akan terjadi dengan sendirinya meskipun tidak ada usaha pembelajaran.
Perubahan yang bersifat tetap. Perubahan yang terjadi sebagai hasil pembelajaran akan berada secara kekal dalam diri individu, setidak-tidaknya untuk masa tertentu. Ini bererti bahawa perubahan yang bersifat sementara, seperti sakit, keluar air mata karena menangis, berkeringat, mabuk, bersin atau sebagainya adalah bukan perubahan sebagai hasil pembelajaran, karena bersifat sementara saja.
Perubahan yang bertujuan dan terarah. Perubahan itu terjadi karena ada sesuatu yang akan dicapai. Dalam proses pembelajaran, semua aktivitas terarah pada pencapaian suatu tujuan tertentu.

Thursday, February 3, 2011

PENINGKATAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PARA DAIE

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Usaha penyampaian makumat Islam ada kaitannya debgan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menyedari hakikat tersebut, pihak pengurusan ILMI telah mengadakan bengkel pengajaran dan pembelajaran selama tiga hari (31 Jan hingga 2 Feb 2011 yang lalu bertempat di ILMI. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran kaedah pengajaran dan pembelajaran di kalangan tenaga pengar ILMI dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam aspek tersebut sekaligus ingin melonjakkan ILMI sebagai pusal latihann yang berwibawa dan berketrampilan.

Pada umumnya, kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.Terima kasih banyak kepada para konsultan dari INSTEAD UIAM yang diketuai oleh Dz Zainurin dan Dr Joharry.

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .