Tuesday, February 24, 2015

PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Oleh: Dr Burhanuddin Jalal


 



Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak asing lagi bagi guru ataupun pensyarah. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini. Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.
Namun, ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban kepada pensyarah apabila mereka tidak berjaya menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini. Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar disamping melahirkan pelajar kreatif.

Menyedari hakikat tersebut Jabatan Kenegaraan, kepimpinan dan Ketamadunan UPNM telah mengambil langkah awal bagi melaksanakan program peningkatan pengajaran bagi menggunakan  kaedah open learning yang dilaksanakan oeh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah melaksanakan pendekatan pengajian dan pembelajaran melalui atas talian atau dipanggil sebagai Massive Open Online Course –MOOC).    Program melalui MOOC ini adalah model penyampaian secara terbuka dengan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan menggunakan laman web yag telah disediakan dan kursus berstruktur ke arah satu matlamat yang telah ditetapkan. Dua kursus yang perlu dilaksanakan secara interaktif ini ialah kursus Tamadun Islam dan tamdun Asia serta Kursus Hubungan Etnik. Semoga pendekatan ini dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran dan terus menjadi pensyarah yang bitara.



 
 

Monday, February 16, 2015

ANGGOTA TENTERA SEJATI

Oleh: Dr Burhanuddin Jalal









Sejarah telah membuktikan bahawa tentera yang dididik di atas prinsip-prinsip Islam adalah perajurit atau tentera yang mantap dan berwibawa. Bagai contohnya terdapat kata-kata Abdullah bin Omar yang menyebut, “Kami menyanjung Jaafar bin Abi Talib (Panglima perang setelah Panglima Zaid bin Harithah mati syahid) dalam peperangan Mut’ah, kami dapati di bahagian hadapan badannya (termasuk muka) lebih dari 90 kesan pukulan, tikaman lembing dan panah, tidak termasuk bahagian belakangnya”.

Mati di medan perang merupakan cita-cita perajurit Islam, ia bukanlah sesesuatu yang membimbangkan bagi mereka, kerana mati syahid dalam perjuangan di jalan Allah adalah satu cara untuk mendapatkan keredaan, keampunan dan jaminan syurga.

Majoriti pejuang-pejuang atau tentera Islam zaman dahulu  memiliki peribadi istimewa, dalam menghadapi kesusahan, masa-masa kritikal., garang, tegas, bercita-cita tinggi mencapai  kemuliaan mati syahid, berdisiplin, taat, setia, tenang, bertimbang rasa, menghormati kewajipan dan berjuang berasaskan  akidah serta iman yang bersih. Sebab itu mereka sukar digugat, kerana Islam adalah rahsia di sebalik segala-galanya. Memadai dengan membandingkan keadaan bangsa Arab sebelum dan selepas Islam, untuk menilai dan mengetahui perubahan besar yang berlaku kepada mereka selepas Islam. Masyarakat  Arab sebelum Islam terkenal sebagai bangsa yang sentiasa berperang dan mereka mempunyai banyak pengalaman perang. Justeru itu  mereka memiliki ciri-ciri yang seharusnya ada pada setiap perajurit  seperti tidak takut mati, sanggup menumpahkan darah  secara murah untuk mempertahankan kumpulannya, Namun demikian mereka tidak dapat mencapai kejayaan sepenuhnya seperti mana selepas Islam. Tidak sampai 100 tahun mereka telah berjaya meluaskan kawasan pemerintahan dari Siberia di Utara hingga ke India di Selatan, dari China di utara  hinggalah ke Perancis di Barat.

Berdasarkan kenyataan tersebut jelaslah bahawa Islam merupakan perkara yang membawa perubahan besar kepada bangsa Arab sehingga mereka mampu menakluki sebahagian dari dunia ini. Kejayaan yang belum pernah  diperoleh oleh mana-mana bangsa sebelumnya. Dengan semangat dan penghayatan jihad yang unggul dan akhlak yang mulia, mereka telah merealisasikan firman Allah SWT yang bermaksud,“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara yang baik dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik” (Al-Quran Ali-Imran 3:110).
______________________
Sebahagian dari petikan dalam buku yang bakal diterbitkan.

Wednesday, February 11, 2015

MASA MASIH ADA MASA UNTUK MERANCANG BAGI MENCAPAI KEJAYAAN …

Oleh : DR BURHANUDDIN JALAL Suatu perkara yang penting dalam kerjaya adalah merancang kerjaya. Perancangan kerjaya bermaksud langkah-langkah yang perlu diambil dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat kerjaya. Dalam perspektif pemilihan kerjaya, ia sangat dibantu oleh kecenderungan setiap orang, faktor persekitaran yang mempengaruhinya dan didorong oleh nasihat daripada mentor atau rakan-rakan yang mempengaruhi dalam membuat pemilihan kerjaya. Namun begitu, secara realitinya tanggungjawab utama untuk merancang kerjaya terletak pada setiap diri individu. Ini jelas seperti yang pernah dinyatakan oleh Jerry Fox (2000) yang menyatakan, “Untung nasib (destiny) perkembangan kerjaya seseorang sebebarnya adalah tanggungjawab diri sendiri, bukan tanggungjawab orang lain. Kita perlu tahu apa yang kita hasratkan. Diri sendiri perlu tahu apa kemahiran atau keperluan yang perlu ada untuk mencapai atau menaiki tangga kejayaan.Tanggungjawab diri masing-masing adalah untuk merialisasikan pengalaman dan hasrat tersebut”. Untuk itu usaha tangga kejayaan dan “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri”- Ar-Ra’du ayat 11.

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .