Umat
Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia telah memasuki tahun baru Hijrah
1443. Walaupun majlis sambutan tahun baru hijrah atau sambutan Maal Hijrah
tahun ini tidak begitu meriah kerana negara masih mendepani cabaran pandemik
COVID-19 yang semakin mencabar dalam pelbagai aspek kehidupan individu dan juga
memberi kesan terhadap ekonomi dan kestabilan pelbagai aspek dalam pentadbiran
negara. Namun
demikian, amat penting bagi setiap individu Muslim mengambil berat atau cakna
terhadap penggantian tahun hijrah ini bagi melakukan perubahan seperti mana
perubahan yang berlaku dalam makna hijrah yang dilakukan oleh Baginda Nabi
Muhammad SAW.
____________
Rencana yang telah disiarkana dalam BERITA HARIAN pada 11 Ogos 2021.