BLOG DR BURHANUDDIN JALAL
Wednesday, November 4, 2026
Monday, October 26, 2026
MENGORAK LANGKAH KE ERA DAKWAH DIGITAL
"Kajian tentang agama dan internet sudah banyak dilakukan, termasuklah kesan penggunaan internet terhadap agama serta pola kepelbagaian amalan beragama dalam masyarakat. Satu kajian yang dilakukan oleh Armfield dan Holbert (2003), menyatakan terdapatnya kaitan antara agama dengan pemodenan khususnya pengaruh internet dalam amalan dan kepercayaan dalam beragama, dan beliau menyatakan, “the more religious an individual is, the less likely he or she will use internet) (semakin tinggi tahap beragama seseorang, maka akan cenderung untuk tidak menggunakan internet).
Hilangnya kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa agama secara tradisional dan lemahnya kesedaran secara kolektif terhadap amalan beragama berpunca dari salah faham mereka terhadap peranan internet (Barker, 2005). Namun pandangan ini disangkal oleh Bunt (2003), yang menyatakan keyakinan serta penghayatan beragama seseorang itu tidak menghalang dirinya untuk menggunakan internet sebagai media komunikasi yang baru. Penghayatan beragama yang dimaksudkan oleh Bunt itu merujuk agama Islam penggunaan internet di negara-negara Islam telah menunjukkan angka yang memberangsangkan Beberapa kajian lain yang telah dilakukan oleh Campbell (2015), yang menyatakan masyarakat masa kini memandang agama, tidak sama seperti masyarakat dulu, kerana pada masa kini telah berlakunya transformasi dalam pemahaman dalam pengamalan beragama disebabkan pengaruh teknologi khususnya internet. Dalam ajaran agama secara tradisional, ritual atau amalan beragama merupakan sesuatu yang amat ketat fahamannya dan amat sukar untuk dipersoalkan, di bantah atau dilaksanakan di luar kebiasaan. Agama kadangkala dianggap bersifat peribadi dan tidak mudah untuk dipersoalkan secara umum.
Namun demikian, keadaan tersebut
telah berubah masa kini dan semua pihak boleh mendapatkan maklumat atau
informasi berkaitan agama dengan lebih mudah dan terbuka serta tidak perlu lagi
untuk hadir ke masjid atau pusat ibadah secara fizikal serta boleh mempelajari
ilmu agama melalui atas talian. Melalui kaedah internet juga sesiapa sahaja
boleh menyebarkan agama dan pada masa kini melalui media secara atas talian
terdapat sebahagian amalan agama yang boleh dilaksanakan secara langsung dan
bersama atas talian (Siti Suriani Othman, 2017)".
WASPADA TERHADAP SERANGAN PEMIKIRAN
Serangan pemikiran atau Ghazwul Fikri telah sekian lama melanda
dunia Islam. Ianya terdiri dari dua patah perkataan iaitu al-Ghazw
dan al-Fikr. Al-Ghazw bermakna perang atau serangan manakala al-Fikr
pula bermakna pemikiran (minda). Dari aspek definisi secara umum, ianya adalah
satu gagasan usaha yang dilakukan oleh satu pihak atau bangsa untuk menjajah
pihak atau bangsa yang lain dengan mempengaruhi mindanya sehingga mereka
menghala ke arah yang sama. Strategi al-Ghazwul fikri yang dilakukan
oleh pihak musuh Islam ini dalam mengawal minda umat Islam pada umumnya
boleh dikategorikan kepada empat aspek:
Pertama: – Tasykik, iaitu gerakan yang berupaya
menciptakan keraguan dan kedangkalan (superficiality) akidah umat Islam
terhadap ajaran agamanya. Misalnya, tindakan segelintir manusia yang menyerang
(memperlecehkan) Al-Qur’an dan Hadis, menghina Nabi Muhammad S.A.W atau
berkempen bahawa hukum Islam tidak sesuai dengan tuntutan cara hidup zaman
sekarang.
Kedua: – Tasywih, iaitu gerakan yang berupaya menghilangkan
kebanggaan umat Islam terhadap ajaran agamanya. Anologinya dengan memberikan
gambaran Islam secara buruk sehingga timbul rasa rendah diri (inferiority)
dalam kalangan umat Islam. Melalui kaedah ini, mereka melakukan penceritaan
atau naratif yang negatif tentang agama Islam melalui media massa dan ceramah
dengan menggambarkan bahawa agama Islam itu kelihatan menyeramkan, kejam,
sadis, radikal dan lain-lain istilah yang kurang menyenangkan pendengarnya.
Ketiga : – Tadzwib, iaitu usaha pencairan budaya dan
pemikiran (dilution of culture and thought). Melalui kaedah ini pihak kuffar
dan munafiqin telah mencampur-adukkan antara hak dan batil di antara
ajaran Islam dan bukan Islam. Sehingga umat Islam kekeliruan dan kebingungan
untuk mendapatkan bimbingan atau pedoman hidup.
Keempat : – Taghrib, iaitu usaha menceritakan kelebihan pihak
luar Islam dengan mengalak atau mendorong umat Islam untuk menerima pemikiran
dan budaya mereka seperti sekularisme, pluralisme, nasionalisme songsang, dan
liberalisme.
Friday, October 9, 2026
PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL DALAM ASPEK PERTAHANAN DAN PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Turut membentangkan kertas kerja dalam Simposium Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026
Pemikiran Dakwah Siddiq Fadzil: Sumbangan Terhadap Pertahanan dan Keselamatan Serta Pembinaan Bangsa Malaysia
[1] * Burhanuddin Jalal, [2] Amnah Saayah Ismail
[1] Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
[2] Akademi PertahananIslam dan Keselamatan,
Universi Pertahanan Nasional Malaysia, Kuala Lumpur
* drburhan63@gmail.com
ABSTRAK
Friday, September 11, 2026
TERIMA KASIH PAHLAWAN - PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


Rencana berkaitan dengan KAGAT sempena 40 tahun telah disiarkan dalam
DEWAN TAMADUN ISLAM , keluaran Julai 2025. Dalam tempoh 40 tahun yang lepas,
pada asasnya KAGAT telah memainkan peranan yang penting dalam ATM dan
telah berjaya mentarbiah atau mendidik anggota-anggota Islam dalam ATM untuk menghayati Islam. KAGAT mungkin antara agensi agama yang kompeten dalam kalangan agensi agama perkhidmatan awam Malaysia, mengatur dan melaksanakan pelbagai program untuk mendidik secara dalaman anggota atau staf dalam organisasi secara terancang dan teratur.
Namun demikian, KAGAT perlu terus memainkan peranannya serta perlu melaksana anjakan paradigma pelaksanaan dalam pengurusan dakwah yang dilakukan masa kini, kerana banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia. Bagi menghadapi cabaran tersebut KAGAT perlu mengukuhkan dan memantapkan aspek pengurusan, modul dan juga pendekatan dalam berdakwah yang dilakukan oleh KAGAT pada masa kini, serta perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, golongan sasar dan tempat. Pendekatan ini termasuklah apa yang disebut oleh Franklin Covey ‘The 7 habits effective people’ (2001)
yang telah menyenaraikan aspek “Seek First to Understand, then to be Understood”.
Aspek tersebut merupakan prinsip penting yang perlu dihayati oleh para pendakwah dan
juga organisasi dakwah seperti KAGAT. Kegagalan memperkayakan pendekatan dakwah dan cara Islam dipersembahkan, bukan sahaja menjadikan manusia itu bosan dan menjauhkan diri apabila didekati, malah pendekatan yang tidak relevan itu bakal menjadi fitnah kepada agama. Selain dari aspek pendekatan atau
program ceramah agama perlu dipertingkatkan dan perlu mengenal pasti objektif dan hasil pembelajaran yang bakal diperoleh setelah tamat program dan bukan sekadar memenuhi keperluan masa dan tempat.
Tuesday, September 8, 2026
KEMULIAAN PARA SAHABAT NABI
PARA sahabat Nabi merupakan manusia
biasa dan bukanlah maksum, tetapi kedudukan mereka amat tinggi di sisi Allah
berdasarkan perjuangan, pengorbanan dan keimanan mereka kepada Allah dan
rasulNya. Para sahabat nabi telah melakukan pengorbanan jiwa raga dan harta
dalam usaha menegak dan meninggikan syiar Islam semasa mereka bersama Nabi dan meneruskan
perjuangan mereka setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW. Walaupun kemungkinan ada
kesalahan atau kesilapan yang dilakukan, namun kesemuanya itu tidak dapat dibanding dengan banyaknya kebaikan,
kebaktian atau pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka.
Perlu diperjelaskan tidak ada
seorang pun yang dapat menandingi ilmu dan amal mereka ataupun setara dengan
apa yang telah para sahabat Nabi lakukan. Para sahabat nabi merupakan manusia
terbaik dan terpiih, namun ini tidak bermakna mereka maksum, kerana yang maksum adalah nabi dan para
malaikat sahaja. Ini berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “ Sebaik-baik
manusia adalah pada zaman generasiku, dan kemudian selepasnya, dan kemudian
selepasnya” . (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Umat Islam selepas zaman sahabat
dan juga generasi masa kini merupakan generasi yang memperoleh didikan dan
mencontohi sifat kepahlawanan para sahabat nabi, kerana generasi sahabat
merupakan generasi yang terbaik dan generasi yang paling dekat dengan
Rasulullah kerana mereka mencontohi kehidupan nabi secara langsung dalam
kehidupan mereka.
____________________ sebahagian dari rencana yang telah diterbitkan dalam Dewan Tamadun Islam, September 2026 Bil 9 2026 muka surat 28 hingga 31.
Sunday, April 12, 2026
BULI DALAM PERKHIDMATAN TENTERA
Temubual bersama wartawan BERITA HARIAN. Latifah Ariffin berkaitan dengan isu buli dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Telah disiarkan dalam BH -Ahad 12 April 2026
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal Tokoh ilmuwan dan Gerakan Islam Dr. Yusuf al-Qardhawiy menyebutkan enam jenis ilmu yang perlu dipelajari d...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Istilah dakwah bil hal amat popular di kalangan umat Islam di Malaysia dan nusantara. Apakah yang dimaksudkan ...













