Sunday, September 13, 2015
PARA HUJAJ YANG MENJADI TETAMU ALLAH
Rencana berkaitan ibadah haji yang telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 10 Sep 2015. Semoga tulisan ini dapat dimanfaatkan. Selamat membaca.
BURHANUDDIN JALAL
Monday, June 22, 2015
MENGHAYATI MADRASAH RAMADAN
Selamat menjalani ibadah Ramadan 1436 dan kita terus menjadi insan yang soleh dengan mengambil pendidikan dari madrasah Ramadan khususnya aspek penggunaan masa, menambah modal pahala dan juga peningkatan ibadah.
Dr Burhanuddin Jalal
Tuesday, May 19, 2015
TELADANI ULAMA DALAM MEMPELAJARI ILMU
Rencana penulis yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN pada13 Mei 2015 berkaitan dengan meneladani ulama dalam mencari ilmu untuk panduan dan kesejahteraan umat manusia. Selamat membaca.
Friday, April 17, 2015
PENGUKUHAN DAKWAH DALAM ATM
Oleh: Dr Burhanuddin Jalal
Minggu ini 16 April 2015, Kor Agama Angkatan Tentera atau KAGAT akan menyambut ulangtahun ke 30. Dalam tempoh 30
tahun yang lepas, pada asasnya KAGAT telah memainkan peranan yang penting dalam
ATM dan telah berjaya mentarbiah atau mendidik anggota-anggota Islam dalam ATM
untuk menghayati Islam. KAGAT mungkin antara agensi agama yang kompeten dalam
kalangan agensi agama perkhidmatan awam Malaysia, mengatur dan melaksanakan
pelbagai program untuk mendidik secara dalaman anggota atau staf dalam
organisasi secara terancang dan teratur. Satu rencana berkaiatn dengan program pengukuhan dakwah oleh KAGAT dalam ATM oleh penulis telah disiarkan adalam Utusan Malaysia pada 15 April 2015. Selamat membaca.
Tuesday, February 24, 2015
PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak asing lagi bagi guru ataupun pensyarah. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini. Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.
Namun, ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban kepada pensyarah apabila mereka tidak berjaya menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini. Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar disamping melahirkan pelajar kreatif.
Menyedari hakikat tersebut Jabatan Kenegaraan, kepimpinan dan Ketamadunan UPNM telah mengambil langkah awal bagi melaksanakan program peningkatan pengajaran bagi menggunakan kaedah open learning yang dilaksanakan oeh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah melaksanakan pendekatan pengajian dan pembelajaran melalui atas talian atau dipanggil sebagai Massive Open Online Course –MOOC). Program melalui MOOC ini adalah model penyampaian secara terbuka dengan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan menggunakan laman web yag telah disediakan dan kursus berstruktur ke arah satu matlamat yang telah ditetapkan. Dua kursus yang perlu dilaksanakan secara interaktif ini ialah kursus Tamadun Islam dan tamdun Asia serta Kursus Hubungan Etnik. Semoga pendekatan ini dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran dan terus menjadi pensyarah yang bitara.
Menyedari hakikat tersebut Jabatan Kenegaraan, kepimpinan dan Ketamadunan UPNM telah mengambil langkah awal bagi melaksanakan program peningkatan pengajaran bagi menggunakan kaedah open learning yang dilaksanakan oeh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah melaksanakan pendekatan pengajian dan pembelajaran melalui atas talian atau dipanggil sebagai Massive Open Online Course –MOOC). Program melalui MOOC ini adalah model penyampaian secara terbuka dengan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan menggunakan laman web yag telah disediakan dan kursus berstruktur ke arah satu matlamat yang telah ditetapkan. Dua kursus yang perlu dilaksanakan secara interaktif ini ialah kursus Tamadun Islam dan tamdun Asia serta Kursus Hubungan Etnik. Semoga pendekatan ini dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran dan terus menjadi pensyarah yang bitara.
Monday, February 16, 2015
ANGGOTA TENTERA SEJATI
Oleh: Dr Burhanuddin Jalal
Sejarah
telah membuktikan bahawa tentera yang dididik di atas prinsip-prinsip Islam
adalah perajurit atau tentera yang mantap dan berwibawa. Bagai contohnya
terdapat kata-kata Abdullah bin Omar yang menyebut, “Kami menyanjung Jaafar bin
Abi Talib (Panglima perang setelah Panglima Zaid bin Harithah mati syahid)
dalam peperangan Mut’ah, kami dapati di bahagian hadapan badannya (termasuk
muka) lebih dari 90 kesan pukulan, tikaman lembing dan panah, tidak termasuk
bahagian belakangnya”.
Mati di
medan perang merupakan cita-cita perajurit Islam, ia bukanlah sesesuatu yang
membimbangkan bagi mereka, kerana mati syahid dalam perjuangan di jalan Allah
adalah satu cara untuk mendapatkan keredaan, keampunan dan jaminan syurga.
Majoriti
pejuang-pejuang atau tentera Islam zaman dahulu
memiliki peribadi istimewa, dalam menghadapi kesusahan, masa-masa
kritikal., garang, tegas, bercita-cita tinggi mencapai kemuliaan mati syahid, berdisiplin, taat,
setia, tenang, bertimbang rasa, menghormati kewajipan dan berjuang
berasaskan akidah serta iman yang
bersih. Sebab itu mereka sukar digugat, kerana Islam adalah rahsia di sebalik
segala-galanya. Memadai dengan membandingkan keadaan bangsa Arab sebelum dan
selepas Islam, untuk menilai dan mengetahui perubahan besar yang berlaku kepada
mereka selepas Islam. Masyarakat Arab
sebelum Islam terkenal sebagai bangsa yang sentiasa berperang dan mereka
mempunyai banyak pengalaman perang. Justeru itu
mereka memiliki ciri-ciri yang seharusnya ada pada setiap perajurit seperti tidak takut mati, sanggup menumpahkan
darah secara murah untuk mempertahankan
kumpulannya, Namun demikian mereka tidak dapat mencapai kejayaan sepenuhnya
seperti mana selepas Islam. Tidak sampai 100 tahun mereka telah berjaya
meluaskan kawasan pemerintahan dari Siberia di Utara hingga ke India di
Selatan, dari China di utara hinggalah
ke Perancis di Barat.
Berdasarkan
kenyataan tersebut jelaslah bahawa Islam merupakan perkara yang membawa
perubahan besar kepada bangsa Arab sehingga mereka mampu menakluki sebahagian
dari dunia ini. Kejayaan yang belum pernah
diperoleh oleh mana-mana bangsa sebelumnya. Dengan semangat dan
penghayatan jihad yang unggul dan akhlak yang mulia, mereka telah merealisasikan
firman Allah SWT yang bermaksud,“Kamu
(Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara yang baik dan
melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab
(Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman)
itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik” (Al-Quran Ali-Imran
3:110).
______________________
Sebahagian dari petikan dalam buku yang bakal diterbitkan.
Wednesday, February 11, 2015
MASA MASIH ADA MASA UNTUK MERANCANG BAGI MENCAPAI KEJAYAAN …
Oleh : DR BURHANUDDIN JALAL
Suatu perkara yang penting dalam kerjaya adalah merancang kerjaya. Perancangan kerjaya bermaksud langkah-langkah yang perlu diambil dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat kerjaya. Dalam perspektif pemilihan kerjaya, ia sangat dibantu oleh kecenderungan setiap orang, faktor persekitaran yang mempengaruhinya dan didorong oleh nasihat daripada mentor atau rakan-rakan yang mempengaruhi dalam membuat pemilihan kerjaya.
Namun begitu, secara realitinya tanggungjawab utama untuk merancang kerjaya terletak pada setiap diri individu. Ini jelas seperti yang pernah dinyatakan oleh Jerry Fox (2000) yang menyatakan, “Untung nasib (destiny) perkembangan kerjaya seseorang sebebarnya adalah tanggungjawab diri sendiri, bukan tanggungjawab orang lain. Kita perlu tahu apa yang kita hasratkan. Diri sendiri perlu tahu apa kemahiran atau keperluan yang perlu ada untuk mencapai atau menaiki tangga kejayaan.Tanggungjawab diri masing-masing adalah untuk merialisasikan pengalaman dan hasrat tersebut”.
Untuk itu usaha tangga kejayaan dan “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri”- Ar-Ra’du ayat 11.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BULI DALAM PERKHIDMATAN TENTERA
Temubual bersama wartawan BERITA HARIAN . Latifah Ariffin berkaitan dengan isu buli dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Telah disi...
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal Tokoh ilmuwan dan Gerakan Islam Dr. Yusuf al-Qardhawiy menyebutkan enam jenis ilmu yang perlu dipelajari d...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...







