Wednesday, June 23, 2021
CATATAN AUTOGRAFI
Sunday, April 25, 2021
PERPUSTAKAAN BERI IMPAK BESAR TAMADUN ISLAM
Bagi
pencinta buku, tarikh 23 April setiap tahun amat bermakna kerana tarikh
tersebut merupakan hari buku sedunia.
Dari segi sejarahnya tarikh ini dipilih bagi memperingati William
Shakespeare meninggal dunia pada tarikh tersebut pada tahun 1616.
Apabila menyebut tentang buku ianya selalu dikaitkan dengan perpustakaan. Dalam hal ini Ibn Khaldun dalam kitabnya ‘al-Mukaddimah’ menyebutkan bahawa teras utama peradaban manusia ialah ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan bermula dari buku dan seterusnya menjadi perpustakaan. Dalam peradaban Islam perpustakaan telah memberikan impak yang besar terhadap kemajuan dan peradaban manusia. Sesungguhnya ilmuwan Islam amat memberikan penghormatan yang besar terhadap buku dan perkara ini pernah dinyatakan oleh Muhyiddin Ibn Arabi dalam bukunya ; Muhadharat al-abrar wa musamarah al-akhyar’ yang dikutip oleh Ahmad Shalaby dalam bukunya ‘History of Muslim Education (1954) yang menyatakan bahawa, “buku ialah tetamu yang singgah sebentar, tinggal bersama, menjadi bayangan bahkan sebahagian dari anggota badan manusia dan di masa yang lain buku seumpama taman, sebagai lidah penyambung kata-kata dengan orang yang telah meninggal dunia dan menjadi juru bicara bagi orang yang masih hidup”.
__________________
Rencana yang telah diterbitkan dalam BERITA HARIAN 25 April 2021.
Saturday, March 27, 2021
IMPLEMENTATION OF ISLAMIC DA'WAH IN THE MALAYSIAN ARMED FORCES: THE EXPERIENCE OF THE ARMED FORCES RELIGIOUS CORPS
Artikel berkaitan peranan Kor Agama Angkatan Tentera dalam usaha-usaha dakwah Islamiah dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia. Telah di siarkan dalam Journal of Contemporary issues in Business and Government vol 27 no 2 Mac 2021
Wednesday, March 3, 2021
SINERGI TENTERA DARAT DAN RAKYAT: TUNJANG KEDAULATAN NEGARA”.
Peranan dan pertambahan tanggungjawab Tentera Darat terhadap negara dalam suasana negara sedang mendepani cabaran pandemikCOVID-19 turut diakui oleh Panglima Tentera Darat ke 28 Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain yang mula memegang jawatan tersebut pada 11 Jun 2020 yang lalu. Bagi memastikan Tentera Darat Malaysia (TDM) terus kekal relevan dengan peranan dan tugas yang telah sedia ada, Panglima Tentera Darat ke 28 itu, telah mengingatkan keseluruhan organisasi agar dapat berperanan dengan melaksanakan tiga prinsip utama iaitu laksanakan apa yang harus dilakukan, lakukan apa yang dikatakan akan dilaksanakan dan laksanakan perkara yang betul. Menurut beliau lagi kesemua prinsip ini hanya akan berjaya dilakukan oleh organisasi jika pihak dalam organisasi dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan melalui lima tonggak yang penting iaitu, kelangsungan misi dan kesiagaan, memperkasakan keutuhan organisasi, pelestarian kesejahteraan warga, pengukuhan perhubungan pertahanan dan peningkatan hubungan TDM dengan pihak awam.
_______________________
Rencana yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN pada 2 Mac 2021
Thursday, February 4, 2021
MEMANTAPKAN PENGURUSAN DAKWAH
Dakwah Islamiah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan dan penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan dakwah yang sistematik sesuai dengan saranan al-Quran supaya dakwah disampaikan dan disebar luaskan secara hikmat dan berkesan. Pelaksanaan dakwah juga memerlukan kesungguhan dan istiqamah.Matlamat dakwah tidak akan tercapai jika usaha dakwah hanya dianggap sebagai satu hobi masa lapang atau sekadar memenuhi keperluan sesuatu masa atau tempat. Sikap berpuas hati dengan usaha dakwah yang minimum tidak seharusnya wujud di kalangan pengikut Nabi Muhammad s.a.w.
Salah satu perkara penting yang menjayakan dakwah Islamiah ialah aspek pengurusan dakwah. Aspek pengurusan dakwah yang mantap dan sistematik adalah keperluan asas kepada kemajuan dan kecemerlangan dakwah. Perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek perancangan, pengorganisasian, pemantauan dan kepimpinan adalah antara aspek pengurusan yang perlu difahami oleh pendakwah dan organisasi. Pengurusan dakwah yang terancang akan memastikan objektif dakwah iaitu keselamatan dan kesejahteraan umat tercapai.
Bagi Syed Othman al-Habsyi (1998), Pengurusan dakwah adalah pengurusan yang mampu menentukan dakwah matlamat dakwah yang sebenar, menentukan objektif, strategi dan program yang wajar dilaksanakan, mengawal dan melaksanakan segala tugas yang telah ditentukan, mengenal pasti segala masalah serta strategi pelaksanaannya dan membiayai segala program yang dirancang. Berdasarkan kepada pengertian tersebut, pada umumnya pengurusan dakwah perlu mempunyai perkara-perkara seperti, penentuan matlamat, objektif dakwah, strategi dakwah, struktur pengurusan, perancangan program dan juga belanjawan.
__________________________
Telah diterbitkan dalam Dewan Tamadun Islam Terbitan DBP bulan Disember 2020
Tuesday, December 8, 2020
KESAN COVID-19 TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL MASYARAKAT
SECARA umumnya rakyat Malaysia kini telah lebih bersedia mendepani cabaran pandemik COVID-19. Pengurusan pengawalan pandemik COVIFD-19 gaya Malaysia ternyata berkesan dan memberikan impak yang jelas dalam mengawal penularan dan juga kaedah pencegahan serta rawatan kepada individu yang telah disahkan positif.
Pendekatan kerajaan Malaysia melalui
kaedah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah kawalan Pemulihan (PKP),
Perintah Kawalan Bersyarat (PKB) serta penjarakan fizikal pada peringkat awal
pengawalan penularan COVID-19 di negara ini tentunya berbeza dengan pendekatan lockdown dan juga penjarakan fizikal
yang digunakan di negara-negara lain yang ternyata agak keras dan menakutkan
rakyat seperti yang berlaku di negara China dan juga India.
Pelbagai peristiwa suka, duka kesan
dari pandemik COVID-19 ini telah kita lalui sejak 18 Mac yang lalu dan kita
kini sedang mengamalkan norma baru dalam pelbagai aspek kehidupan dan aktiviti
seharian dalam semua bidang ekonomi, politik dan juga sosial. Persoalannya apakah norma baru yang kita
bakal amalkan dalam usaha mengawal pandemik COVID-19 di negara ini akan
menimbulkan konflik sosial dalam masyarakat?
_______________________
Rencana telah disiarkan pada 4 Disember 2020 dalam BERITA HARIAN
BULI DALAM PERKHIDMATAN TENTERA
Temubual bersama wartawan BERITA HARIAN . Latifah Ariffin berkaitan dengan isu buli dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Telah disi...
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal Tokoh ilmuwan dan Gerakan Islam Dr. Yusuf al-Qardhawiy menyebutkan enam jenis ilmu yang perlu dipelajari d...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...








