Tuesday, January 3, 2023
OP BENTENG
Artilel berkaitan dengan OP BENTENG yamg dilaksanakan oleh National Task Force of Malaysia dalam mengekang COVID-19 di Malaysia dalam International Journal of Advanced Research (IJAR) IJAR 10(10) 2022 page 985-991
USAHA DAN PENDEKATAN PEMATUHAN SYARIAH DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Monday, January 2, 2023
TAMADUN DALAM PELBAGAI DIMENSI
Buku ‘Tamadun dalam
pelbagai dimensi’ merupakan gabungan usaha sarjana pelbagai bidang dari
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia, sebagai usaha yang berterusan pihak fakulti dan universiti untuk
terus meningkatkan peranan dalam perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang ilmu
serta memperkukuh peranan fakulti dalam bidang penerbitan akademik.
Dalam
apa juga isu yang berkaitan dengan ketamadunan, apatah lagi isu-isu besar yang
menyentuh pelbagai aspek kemasyarakatan dan kehidupan manusia, perspektif
pemandangan yang terbaik dan yang paling utama ialah dilihat dari perspektif
yang paling menyeluruh dan yang paling bersepadu. Ini adalah kerana peradaban
atau tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar dan yang paling inklusif
tebaran dan cakupannya. Sebagai sebuah entiti budaya, peradaban merangkumi
kehidupan keagamaan, kehidupan sosial, kehidupan ekonomi, kehidupan politik,
dunia pendidikan, alam kebudayaan dan adat resam, dunia kesenian, dunia sains
dan teknologi dan kehidupan selainnya. Tidak ada bahagian kehidupan manusia
yang terlepas daripada cakupan peradaban. Oleh
yang demikian pelbagai tulisan dan tema yang dihasilkan oleh para sarjana dalam
buku ini sekali gus dapat menggambarkan kepelbagaian dimensi tamadun yang dapat
membangunkan serta memajukan manusia pada keseluruhannya.
Dalam
buku ini para penulis telah cuba menjelaskan dengan ringkas sifat dan hakikat
tamadun dalam pelbagai dimensi. Sebagai entiti budaya yang dihasilkan oleh
manusia, tamadun adalah bersifat komprehensif dan menyeluruh, bersifat serba
meliputi, mencakupi dan merangkumi, dan bersifat kait mengait di antara satu
bahagiannya dengan bahagian yang lain. Sifat kait mengait itu wujud kerana ia
berkehendakkan kesatuan dan kesepaduan selaras dengan kecenderungan tabii
pembinanya, iaitu manusia, kepada penghayatannya dalam dirinya dan juga dalam
hasil ciptaannya. Bagi semua bangsa manusia, tamadun ialah hasil ciptaannya
yang paling agung dan yang paling dibanggakan. Darjah saling berkaitan di
antara juzuk-juzuk dan dimensi-dimensi tamadun berbeza, daripada sebuah tamadun
sebuah tamadun yang lain. Dengan kata lain, darjah penghayatan kesatuan dan
kesepaduan berbeza daripada sebuah tamadun ke sebuah tamadun yang lain.
Terima kasih kepada penulis yang telah menyumbang artikel bagi menjayakan penerbitan buku ini. Terima kasih semua.
_______________________________
Friday, September 16, 2022
PENDAKWAH PERLU BERWASPADA DALAM DAKWAH
Pendakwah perlu
terus berdakwah demi membina negara yang baik, makmur serta dalam
pengampunan dan pemeliharaan Allah. Dalam usaha ke arah tersebut para
pendakwah perlu terus membetulkan niat, pemikiran yang fokus, keazaman untuk
membina penambahbaikan serta kesedaran untuk terus membina dan memperbetulkan
umat ke arah kebaikan. Untuk mencapai ke arah tersebut para pendakwah perlu
berwaspada terhadap beberapa halangan atau cabaran yang mungkin boleh
memesongkan kesatuan pendakwah dalam usaha untuk bersama menggembleng tenaga
dan usaha ke arah membantu negara seperti yang dihasratkan.
Bagi mencapai matlamat
tersebut para pendakwah perlu terus berpegang kepada matlamat utama dakwah
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan petunjuk, menyuruh yang baik dan
melarang yang mungkar (al-amr bi al ma’ruf wa an-nahyl al-munkar)
untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain ia
merupakan satu tanggungjawab dan niat tersebut jangan bertukar berdakwah
menjadi kepada kerjaya, dan inilah yang berlaku dan sekali gus akan mewujudkan
banyak aspek luaran atau teknikal berbanding intipati dan hakikat dakwah, suka
berlengah berbanding bergerak aktif, munculnya kelompok atau individu yang
mengaku sebagai pendakwah tetapi lebih bersifat pura-pura berbanding sifat yang
jujur dan benar. Musibah ini amat berbahaya kerana ia boleh menjauhkan umat
Islam dari hakikat dakwah yang sebenar dan sekali gus memudahkan musuh Islam
menentang kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan.
-------------------
Rencana yang telah diterbitkan dalam Majalah Dakwah Isu 57- terbitan YADIM September 2022
Sunday, September 4, 2022
Religious Attitudes and Perspective Among Muslims Community in Malaysia Reflective on COVID-19 Pandemic
Artikel yang telah diterbitkan dalam In : Selected Proceedings from the 1st International Conference on Contemporary Islamic Studies (ICIS 2021.Sunday, July 31, 2022
KEPIMPINAN KETENTERAAN MALAYSIA: SEJARAH, NILAI DAN PRINSIP
Organisasi ketenteraan merupakan salah satu organisasi tertua di dunia dan ia mempunyai struktur kepimpinan yang tersendiri serta telah mempengaruhi corak serta gaya kepimpinan organisasi sosial yang lain. Artikel ini membincangkan aspek kepimpinan ketenteraan dari sudut sejarah, nilai dan prinsip yang membentuk kepimpinan berwibawa. Kajian perpustakaan, penelitian dokumentasi serta pemerhatian telah digunakan bagi memperoleh dan menganalisis data. Secara umumnya terdapat ciriciri keunikan tersendiri dalam kepimpinan ketenteraan dipelbagai negara dan juga di Malaysia. Kepimpinan ketenteraan di Malaysia telah memberikan kesan yang positif terhadap kepimpinan negara hasil hubungan tentera dan perkhidmatan awan atau disebut sebagai ‘civil military relations’ dan juga pelaksanaan aktiviti ketenteraan selain dari perang yang telah membantu memberikan kejayaan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
Artikel yang diterbitkan dalam Jurnal. Zulfaqar J. Def. Mgt. Soc. Sci. Hum. Vol. 5 Issue 1 (2022) 14-23
Wednesday, May 11, 2022
USAH BIAR KEHEBATAN BERIBADAH BERAKHIR PADA SYAWAL
______________
Rencana yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN - 11 Mei 2022 Muka Surat 35
BULI DALAM PERKHIDMATAN TENTERA
Temubual bersama wartawan BERITA HARIAN . Latifah Ariffin berkaitan dengan isu buli dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Telah disi...
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal Tokoh ilmuwan dan Gerakan Islam Dr. Yusuf al-Qardhawiy menyebutkan enam jenis ilmu yang perlu dipelajari d...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...



_page-0001.jpg)

