______________
Rencana yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN - 11 Mei 2022 Muka Surat 35
______________
Rencana yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN - 11 Mei 2022 Muka Surat 35
TARIKH 1 Mac setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna kepada seluruh warga organisasi Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana tarikh tersebut merupakan tarikh ulang tahun sambutan organisasi Tentera Darat Malaysia dan tahun ini Tentera Darat meraikan sambutan ulang tahun ke 89, dengan tema ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’. Sudah pasti tema itu dipilih bertepatan dengan komitmen berterusan tentera darat dalam memenuhi keperluan kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan warga tentera darat.
Perlu
diakui juga peranan dan tanggungjawab Tentera Darat semakin meningkat dan
mencabar khususnya dalam suasana negara sedang mendepani cabaran pandemik
COVID-19 dan perkara ini turut diakui oleh Panglima Tentera Darat ke 28 Jeneral
Datuk Zamrose Mohd Zain yang mula memegang jawatan tersebut pada 11 Jun 2020
yang lalu. Bagi memastikan Tentera Darat Malaysia (TDM) terus kekal relevan
dengan peranan dan tugas yang telah sedia ada, Panglima Tentera Darat ke 28
itu, telah mengingatkan keseluruhan organisasi agar dapat berperanan dengan
melaksanakan tiga prinsip utama iaitu laksanakan apa
yang harus dilakukan, lakukan apa yang dikatakan akan dilaksanakan dan
laksanakan perkara yang betul. Menurut beliau lagi kesemua prinsip ini hanya
akan berjaya dilakukan oleh organisasi jika pihak dalam organisasi dapat
melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan melalui lima tonggak yang penting
iaitu, kelangsungan misi dan kesiagaan, memperkasakan keutuhan organisasi,
pelestarian kesejahteraan warga, pengukuhan perhubungan pertahanan dan
peningkatan hubungan TDM dengan pihak awam dan rakyat seluruhnya.
Rencana telah disiarkan dalam BERITA HARIAN 1 MAC
2022 Muka surat 11
Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi
Haji Ahmad (Bersara) merupakan seorang tokoh ulama yang telah memberikan
sumbangan yang besar dalam kemajuan dan syiar Islam dalam organisasi Angkatan
Tentera Malaysia. Kertas ini akan membincangkan secara khusus peranan beliau
dalam kemajuan dan pembangunan dakwah Islam dalam organisasi Angkatan tentera
Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Dalam usaha untuk
memartabatkan KAGAT sebagai organisasi dakwah yang cemerlang, beliau telah
menerapkan elemen ‘Dakwah melalui pendekatan secara harakah dan wasatiyyah’
dalam KAGAT melalui pelaksanaan dakwah secara bertahap iaitu tahap al-Taarif
(tahap penyebaran fikrah secara umum kepada orang ramai), tahap al-takwim (era pembentukan organisasi
dan bersedia untuk terus menyampaikan dakwah) dan tahap al-Tanfiz (tahap pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan
berterusan). Selain dari itu beliau turut menekankan pembinaan daie askari dalam kalangan pegawai ada
anggota KAGAT yang berperanan sebagai menyampaikan ilmu agama dan mengajak
seluruh warga ATM menghayati ajaran Islam. Dapatan kajian terhadap tokoh ulama
ini, yang dibuat melalui kajian perpustakaan telah mendapati bahawa tokoh ulama
ini telah memberikan impak yang besar terhadap kejayaan KAGAT pada hari ini
serta kemajuan pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan dalam
usaha membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya
tempur yang kuat serta rohani yang mantap.
Kata kunci: Angkatan Tentera Malaysia, daie askari, ulama, tokoh,
wasatiyyah,
Dakwah
Islamiah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan dan penghayatan ajaran
dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan
perancangan dakwah yang sistematik sesuai dengan saranan al-Quran supaya dakwah
disampaikan dan disebar luaskan secara hikmat dan berkesan. Sehubungan dengan
itu, atas kesedaran bagi menyampaikan dakwah Islamiah dengan lebih berkesan dan
untuk membina anggota tentera yang beriman dan bertakwa sekali gus dapat
berkhidmat dengan cemerlang dan berkesan usaha-usaha dakwah Islamiah telah
dilaksanakan dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia secara lebih meluas dan
tersusun. Kertas ini akan menjelaskan
pelaksanaan dakwah yang dilakukan oleh Kor Agama Angkatan Tentera
(KAGAT) dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha menyampaikan
mesej Islam dan memberi pemahaman dan penghayatan agama Islam kepada seluruh warga
Angkatan Tentera Malaysia, hubungan diplomasi ketenteraan dengan negara sahabat
serta peranan KAGAT bagi membantu Angkatan Tentera Malaysia untuk membendung
kesan negatif dari konflik yang berlaku di Timur Tengah seperti fahaman terorisme,
radikalisme, fahaman Syiah dan juga ketidak-fahaman konsep jihad dalam kalangan
anggota ATM.
Pendakwah perlu terus membetulkan niat, pemikiran yang fokus, keazaman untuk membina penambahbaikan dalam berdakwah serta kesedaran untuk terus membina dan memperbetulkan umat ke arah kebaikan. Untuk mencapai ke arah tersebut para pendakwah perlu berwaspada terhadap beberapa halangan atau cabaran yang mungkin boleh memesongkan kesatuan pendakwah dalam usaha untuk bersama menggembleng tenaga dan usaha ke arah membantu negara seperti yang dihasratkan. Bagi mencapai matlamat tersebut para pendakwah perlu terus berpegang kepada matlamat utama dakwah iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan petunjuk, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar (al-amr bi al ma’ruf wa an-nahyl al-munkar) untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain ia merupakan satu tanggungjawab dan niat tersebut jangan bertukar berdakwah menjadi kepada kerjaya, dan inilah yang berlaku dan sekali gus akan mewujudkan banyak aspek luaran atau teknikal berbanding intipati dan hakikat dakwah, suka berlengah berbanding bergerak aktif, munculnya kelompok atau individu yang mengaku sebagai pendakwah tetapi lebih bersifat pura-pura berbanding sifat yang jujur dan benar. Musibah ini amat berbahaya kerana ia boleh menjauhkan umat Islam dari hakikat dakwah yang sebenar dan sekali gus memudahkan musuh Islam menentang kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan.
______________
Rencana yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN 28 Nov 2021
Temubual bersama wartawan BERITA HARIAN . Latifah Ariffin berkaitan dengan isu buli dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Telah disi...