Friday, September 11, 2026

TERIMA KASIH PAHLAWAN - PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA









Rencana berkaitan dengan KAGAT sempena 40 tahun telah disiarkan dalam DEWAN TAMADUN ISLAM , keluaran Julai 2025. Dalam tempoh 40 tahun yang lepas, pada asasnya KAGAT telah memainkan peranan yang penting dalam ATM dan telah berjaya mentarbiah atau mendidik anggota-anggota Islam dalam ATM untuk menghayati Islam. KAGAT mungkin antara agensi agama yang kompeten dalam kalangan agensi agama perkhidmatan awam Malaysia, mengatur dan melaksanakan pelbagai program untuk mendidik secara dalaman anggota atau staf dalam organisasi secara terancang dan teratur.


 Namun demikian, KAGAT perlu terus memainkan peranannya serta perlu melaksana anjakan paradigma pelaksanaan dalam pengurusan dakwah yang dilakukan masa kini, kerana banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia. Bagi menghadapi cabaran tersebut KAGAT perlu mengukuhkan dan memantapkan aspek pengurusan, modul dan juga pendekatan dalam berdakwah yang dilakukan oleh KAGAT pada masa kini, serta perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, golongan sasar dan tempat. Pendekatan ini termasuklah apa yang disebut oleh Franklin Covey ‘The 7 habits effective people’ (2001) yang telah menyenaraikan aspek “Seek First to Understand, then to be Understood”. Aspek tersebut merupakan prinsip penting yang perlu dihayati oleh para pendakwah dan juga organisasi dakwah seperti KAGAT. Kegagalan memperkayakan pendekatan dakwah dan cara Islam dipersembahkan, bukan sahaja menjadikan manusia itu bosan dan menjauhkan diri apabila didekati, malah pendekatan yang tidak relevan itu bakal menjadi fitnah kepada agama. Selain dari aspek pendekatan atau program ceramah agama perlu dipertingkatkan dan perlu mengenal pasti objektif dan hasil pembelajaran yang bakal diperoleh setelah tamat program dan bukan sekadar memenuhi keperluan masa dan tempat.

 


Tuesday, September 8, 2026

KEMULIAAN PARA SAHABAT NABI



PARA sahabat Nabi merupakan manusia biasa dan bukanlah maksum, tetapi kedudukan mereka amat tinggi di sisi Allah berdasarkan perjuangan, pengorbanan dan keimanan mereka kepada Allah dan rasulNya. Para sahabat nabi telah melakukan pengorbanan jiwa raga dan harta dalam usaha menegak dan meninggikan syiar Islam semasa mereka bersama Nabi dan meneruskan perjuangan mereka setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW. Walaupun kemungkinan ada kesalahan atau kesilapan yang dilakukan, namun kesemuanya itu tidak  dapat dibanding dengan banyaknya kebaikan, kebaktian atau pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka.

Perlu diperjelaskan tidak ada seorang pun yang dapat menandingi ilmu dan amal mereka ataupun setara dengan apa yang telah para sahabat Nabi lakukan. Para sahabat nabi merupakan manusia terbaik dan terpiih, namun ini tidak bermakna mereka maksum,  kerana yang maksum adalah nabi dan para malaikat sahaja. Ini berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “ Sebaik-baik manusia adalah pada zaman generasiku, dan kemudian selepasnya, dan kemudian selepasnya” . (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Umat Islam selepas zaman sahabat dan juga generasi masa kini merupakan generasi yang memperoleh didikan dan mencontohi sifat kepahlawanan para sahabat nabi, kerana generasi sahabat merupakan generasi yang terbaik dan generasi yang paling dekat dengan Rasulullah kerana mereka mencontohi kehidupan nabi secara langsung dalam kehidupan mereka. 

____________________ sebahagian dari rencana yang telah diterbitkan dalam Dewan Tamadun Islam, September 2026 Bil 9 2026 muka surat 28 hingga 31. 



 

Sunday, April 12, 2026

BULI DALAM PERKHIDMATAN TENTERA


Temubual bersama wartawan BERITA HARIAN. Latifah Ariffin berkaitan dengan isu buli dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Telah disiarkan dalam BH -Ahad 12 April 2026

Thursday, July 24, 2025

MEMBINA 'LEADER OF CHARACTERS' - EBOOK


 Buku ini ditulis bertujuan untuk memberikan panduan dan bekalan kepada generasi muda khususnya para pelajar UPNM yang bakal menceburi kerjaya ketenteraan sama ada dalam perkhidmatan Darat, Laut atau Udara dalam Angkatan Tentera Malaysia.  Apa yang lebih penting ialah perlunya generasi muda hari ini menyediakan diri masing-masing untuk berkhidmat serta mempunyai nilai profesionalisme anggota (man), kemampuan menggunakan persenjataan dan peralatan (machine) serta keserasian metodologi atau doktrin ketenteraan (method). Konsep asas trilogi perlakuan ini terdiri dari tiga komponen utama iaitu komponen kognitif (keupayaan intelektual), komponen emosi atau perasaan dan komponen psikomotor (tingkah laku atau perlakuan). Hubungan yang saling melengkapi di antara kognitif atau sistem daya fikir dengan emosi atau perasaan akan melahirkan kesan (afektif) kepada psikomotor. 

https://kdb.onpay.my/order/form/kdb01





Friday, April 25, 2025

RENCANA AGAMA DALAM BTDM





Beberapa artikel yang telah diterbitkan dalam Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM). Terima kasih kepada Editor BTDM yang memberi ruang dan peluang untuk terus  menulis di BTDM. Terima kasih. 
 

Tuesday, September 17, 2024

Sunday, September 1, 2024

MEMPERKUKUH GERAKAN DAKWAH MENERUSI MALAYSIA MADANI


 

DAKWAH merupakan proses memperkasakan nilai-nilai Islam dalam kehidupan disegenap bidang. Para Nabi dan Rasul terdahulu telah memikul amanah ini dengan penuh komitmen walaupun menghadapai pelbagai rintangan dan dugaan. Nabi Muhammad SAW telah menyempurnakan tugas dakwah tersebut dengan pelbagai contoh teladan dalam segenap bidang kehidupan.

Rasulullah SAW telah memperkukuhkan akidah tauhid yang bersih dari syirik, meletakkan nilai-nilai Islam secara bertahap dalam masyarakat sehinggalah landasan iman tersebut dibangunkan kehidupan sosial, ekonomi, politik serta pembentukan negara Islam Madinah. Merujuk usaha-usaha dakwah di negara kita yang bermula pada tahun 1970 an atau pada era ‘gerakan dakwah’ atau ‘era kebangkitan Islam’ yang telah dipelopori oleh saudara Anwar Ibrahim melalui Angkatan Belia Islam (ABIM) dan kini usaha-usaha dakwah tersebut diteruskan dalam bentuk dakwah negara oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke 10 melalui pendekatan Malaysia Madani.

------------------------------------

Rencana yang telah disiarkan dalam DEWAN MASYARAKAT DBP BIL 8/2024 muka surat 26 dan 27. 

Friday, July 19, 2024

PENGLIBATAN WANITA DALAM JIHAD KETENTERAAN


 Rencana yang disiarkan dalam Berita Tentera Darat Malaysia Bilangan 236 Jan -Mac 2023

Monday, July 8, 2024

TENTERA DARAT DAN RAKYAT BERSAMA LINDUNGI NEGARA


 

IBADAH KORBAN DIDIK PEMIMPIN BERSIFAT RENDAH DIRI

PADA bulan Zulhijjah yang lalu umat Islam telah menyambut aidil adha dan seterusnya melaksanakan ibadah qurban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan sehingga 13 Zulhijjah. Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa melaksanakan qurban merupakan salah ibadah yang paling lama, sejak generasi awal umat Islam.

    Dalam al-Quran Allah SWT menjelaskan tentang ibadah qurban bermula dengan kisah amalan qurban yang dilaksanakan oleh anak Nabi Adam Qabil dan Habil. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 27 menjelaskan tentang pelaksanaan qurban yang dilakukan oleh anak Nabi Adam ini yang bermaksud, “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa”.

Berdasarkan kisah anak-anak Nabi Adam ini, terdapat perbezaan dalam pelaksanaan qurban yang mereka lakukan.  Pelaksanaan ibadah qurban oleh Habil diterima Allah kerana qurban yang dilakukan secara terbaik kerana dilakukan secara ikhlas, binatang qurban yang terbaik iaitu seekor kambing yang gemuk serta urusan yang sempurna, sedangkan Qabil bersifat berpura-pura, melaksanakan ibadah qurban dari bintang yang tidak berkualiti serta tidak  ikhlas. Melalui kisah ini dapat difahami bahawa melakukan ibadah kepada Allah perlu dilaksanakan  dengan penuh ketakwaan, keikhlasan berdasarkan kemampuan diri masing-masing dan juga sesuatu yang terbaik kita punyai atau mampu untuk dilakukan sesuai dengan firman Allah dalam ayat 92 Surah Ali-Imran yang bermaksud, “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. 

_________________

Rencana yang telah disairakan dalam BERITA HARIAN 16 JUN 2024

 

Sunday, February 4, 2024

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN


Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca

 

Saturday, January 20, 2024

IKRAR KESATRIA TERAS PERJUANGAN ANGGOTA ATM



Rencana yang telah di siarkan dalam Majalah Berita Tentera Darat Malaysia Bilangan 230/2022  terbitan Markas Tentera Darat- Cawangan Perisikan. 

Friday, January 19, 2024

MENDAMPINGI NABI SEPANJANG MASA


 Rencana yang telah di siarkan dalam Majalah Berita Tentera Darat Malaysia Bilangan 224/2022  terbitan Markas Tentera Darat- Cawangan Perisikan. 

KELAYAKAN AKADEMIK SEBAGAI TERAS KEPIMPINAN ORGANISASI KETENTERAAN MASA HADAPAN


Rencana yang telah di siarkan dalam Majalah Berita Tentera Darat Malaysia Bilangan 225/2022  terbitan Markas Tentera Darat- Cawangan Perisikan. 

 

HARGAI KEMAKMURAN DAN KEAMANAN NEGARA


Rencana yang telah di siarkan dalam Majalah Berita Tentera Darat Malaysia Bilangan 226/2022  terbitan Markas Tentera Darat- Cawangan Perisikan. 

 

MENGUKUH DAKWAH DALAM MASYARAKAT

Rencana yang telah di siarkan dalam Majalah Berita Tentera Darat Malaysia Bilangan 223/2022  terbitan Markas Tentera Darat- Cawangan Perisikan. 

 

MENERUS DAN MENGUKUH KESIAPSIAGAAN TENTERA DARAT MALAYSIA (TDM)


 
Rencana yang telah di siarkan dalam Majalah Berita Tentera Darat Malaysia Bilangan 222/2022  terbitan Markas Tentera Darat- Cawangan Perisikan. 

Sunday, January 7, 2024

LIKU KEMBARA xSIS76-80 Diukur Sama Tinggi, Dibanding Sama Putih


LIKU KEMBARA xSIS76-80 Diukur Sama Tinggi, Dibanding Sama Putih memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup sekelompok bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) Ipoh Perak yang bermula dari tahun 1976 sehingga persaraan kerjaya masing-masing. Usaha pembukuan segala kisah sekelompok pelajar seramai  94 orang ini bertujuan untuk merekod serta berkongsi pengalaman kehidupan untuk menjadi kenangan serta pembelajaran untuk generasi baru. Buku hasil tulisan Mohammad Rafee Majid, Mohamad Zaki Hj Mohd Isa dan Burhanuddin Jalal. Buku ada di pasaran,  dapatkan segera.  

TERIMA KASIH PAHLAWAN - PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Rencana berkaitan dengan KAGAT sempena 40 tahun telah disiarkan dalam DEWAN TAMADUN ISLAM , keluaran Julai 2025. Dalam tempoh 40 tahun yang ...