Thursday, July 24, 2014
BERHIJRAH KE DUNIA AKADEMIK
Oleh: Dr Burhanuddin Jalal
Mulai 1 Julai 2014 lalu penulis telah mula bertugas di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Menjadi harapan penulis untuk meningkatkan kompetensi dalam bidang akademik ini dalam erti kata menjadi 'pensyarah' yang baik dan berkesan serta mampu untuk menyumbang kepada UPNM khususnya dan juga negara amnya. Ini penting untuk turut sama berganding dengan kepimpinan UPNM untuk merealisasikan misi mewujudkan "intelectual leaders of Characters". Doakan penulis untuk tabah dan mdempunyai kekuatan bagi mengharungi cabaran baru ini. Selamat menyambut Aidil Fitri Maaf zahir Batin.
Wednesday, May 7, 2014
BICARA DAKWAH KE 15 JPDK UKM
Oleh: Dr Burhanuddin Jalal
Penulis telah membentangkan kertas kerja bertajuk "Peranan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Sebagai Organisasi Dakwah Dan Usaha Pengukuhan Daya Juang Anggota Angkatan Tentera Malaysia" dalam Bicara dakwah ke15 Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam pada 6 Mei 2014 bertempat di Bilik Majlis, Canselori UKM Bangi. Abstak kertas kerja adalah seperti berikut:
ABSTRAK: Organisasi dakwah merupakan salah satu organisasi yang mengumpulkan pelbagai lapis sumber manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang. Kepelbagaian individu manusia ini bukan untuk dikumpulkan untuk meramaikan bilangan ahli dalam organisasi dakwah semata-mata tetapi kepelbagaian manusia ini perlu diuruskan dengan baik agar kepakaran serta potensi mereka dalam bidang masing-masing dapat dimanfaatkan dan disusun atur untuk maslahat dan kepentingan dakwah. Dalam konteks ini institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menubuhkan Kor Agama Angkatan Tentera pada tahun 1985, sebagai usaha untuk membina penghayatan Islam dalam kalangan anggotanya membentuk kekuatan anggota dari aspek spritual dan mental agar mempunyai daya tempur yang kuat bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, kertas ini ingin melihat sejauh manakah penghayatan Islam dalam kalangan anggota ATM berdasarkan usaha-usaha dakwah dan pendidikan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia melalui program Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM. Kajian perpustakaan, kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian telah digunakan bagi memperoleh data berkaitan dengan penghayatan Islam anggota ATM. Kajian soal selidik telah dijadikan instrumen kajian lapangan untuk melihat sejauh mana penghayatan Islam dari aspek akidah, ibadah dan juga akhlak. Kajian telah dilakukan terhadap 383 orang responden anggota ATM yang telah dijadikan sampel kajian. Teknik pengambilan sampel secara rambang telah digunakan dan keseluruhan hasil kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 16 secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan penghayatan Islam dalam kalangan anggota ATM adalah tinggi dan ini membuktikan bahawa usaha-usaha Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) untuk membina penghayatan Islam dalam kalangan anggota ATM tercapai.
Bagi pengunjung blog yang berhasrat untuk mendapat kertas penuh sila kunjungi: bicaradakwahjpdk.blogspot.com.

Tuesday, April 22, 2014
STRATEGI DAKWAH KAGAT DALAM ATM TERUS DIPERKUKUH
Oleh: Dr Burhanuddin Jalal
Rencana di atas telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 16 April 2014 sempena dengan sambulan ulang tahun KAGAT ke 29. Pada pengamatan penulis tidak ramai dalam kalangan warga KAGAT yang 'response' terhadap rencana tersebut. Adakah warga KAGAT tidak membacanya atau terus meninggalkan ahbar harian tempatan? Mohon pandangan warga KAGAT kalau terbaca tulisan ini. Terima kasih.

Thursday, March 27, 2014
MENGUASAI ILMU PERBANDINGAN AGAMA
Oleh: Dr Burhanuddin Jalal
SEJAUH manakah para
pendakwah kita telah menguasai ilmu
perbandingan agama? Perlu diakui bahawa
masyarakat Malaysia atau masyarakat dunia pada hari ini hidup di tengah kemajmukan
agama, bangsa dan budaya. Demi mewujudkan keharmonian dan kerukunan hidup,
pemahaman dan saling mengormati dalam aspek agama amat penting. Kegagaalan mengurus kemajmukan dalam aspek
agama, budaya dan juga bangsa akan memberi kesan kemusnahan yang jelas terhadap
keseimbangan hidup sejagat..
Salah
satu aspek yang penting untuk menghadapi kepelbagaian ini ialah dengan memahami
atau mengetahui ilmu perbandingan agama. Namun demikian, sejauh manakah para
pendakwah telah terdedah dengan ilmu perbandingan agama. Pada rata-ratanya kita
masih belum menguasai ilmu perbandingan ini secara jelas dan berkemahiran
tinggi, walaupun terdapat sebahagian besar
dari para pendakwah yang telah
terdedah dengan ilmu ini. Menurut Ghazali
Basri (2013) dalam bukunya ‘Ilmu Perbandingan Agama – Satu Pengenalan’,
terdapat lima persediaan yang perlu bagi setiap individu untuk mempelajari ilmu perbandingan agama.
·
Penguasaan bahasa.
Disebabkan sifat sesebuah agama yang menjadi anutan seseorang itu bukan sahaja
melibatkan aspek keimanan bahkan menyangkut soal amalan dan tindakan, nilai
budaya dan masyarakat sehingga membentuk sebuah sistem kehidupan. Oleh yang demikian,
seseorang itu perlu mempersiapkan kemampuan inteleknya dengan menguasai sebanyak mungkin
tentang agama tersebut. Pengusaan tersebut termasuklah dalam aspek
penguasaan bahasa dan juga aspek peristilahannya seperti bagi agama Hindu
Bahasa Sanskrit, agama Buddha Bahasa Pali, agama Yahudi Bahasa Hebrew dan Bahasa Arab bagi agama Islam.
·
Memahami secara objektif.
Persiapan emosi dan perasaan yang dapat mendorong kepada ikut serta dalam agama
yang dikaji. Perkataan turut serta (participate)
bukan maksud simpati atau mengimani ajaran agama tersebut, tetapi ia memahami
secara objektif yang tiada unsur bias atau diskriminatif dalam memahaminya,.
Umumnya setiap orang yang beriman dan beramal dengan agmanya akan bersikap eksklusif
terhadap agama anutannya. Dengan sikap eksklusif ini seseorang akan mengatakan agamanya
terbaik berbanding dengan agama orang
lain.
·
Bersikap terbuka.
Kesediaan untuk bersikap terbuka dan konstruktif dalam memahami agama-agama lain. Lazimnya dalam kajian perbandingan agama,
pengkaji akan sentiasa membandingkan (sama ada mahu mencari persamaan atau
sebaliknya) apabila membincangkan sesuatu aspek. Dalam hal inilah akan wujud
ruang untuk memperkaya maklumat atau pengalaman sama ada untuk dirinya (agama
anutannya) sendiri atau bagi orang yang menganut agamanya.
·
Anutan agama yang kuat.
Pengkaji ilmu perbandingan agama hendaklah mempunyai anutan agama yang kuat. Penghayatan
agama atau anutan agama yang kuat bermaksud gabungan antara ilmu (teori) dengan
amalan (praktik). Dalam perkataan lain, seseorang itu mestilah seorang yang
beramal dengan ajaran agama yang dianutnya. Dunia kesarjaanaan membuktikan bahawa penyelidik atau penulis agama yang
bukan agamanya, contohnya sebagai seeorang ateis, didapati tulisannya tidak
dapat memberikan gambaran sepenuhnya tentang agama yang ditulisnya. Sebagai
contoh, Cliford Geertz sarjana Belanda yang menulis buku mengenai masyarakat
Islam dalam kalangan orang Jawa telah gagal memberikan gambaran masyarakat
Islam yang dikaji, kerana beliau bukan seorang Muslim yang benar-benar mengusai
ajaran, perasan dan pemikiran orang Islam.
·
Bersikap toleransi.
Perlu mempunyai sikap tasamuh atau toleransi terutama berkaitan dengan hal-hal
yang menyentuh prinsip agama anutan pengkaji. Dalam hal inilah wujudnya
pendekatan ‘epoche’ dalam kaedah ilmu
perbandingan agama yang bermaksud penangguhan member hukuman atau membuat
penilaian mengenai apa juga aspek yang menyangkut agama yang dikaji. Penangguhan
ini mungkin mempunyai tenpoh tertentu.
Sesunguhnya
lima aspek yang dinyatakan di atas amat penting bagi para pendakwah atau dalam
kalangan kita yang berminat untuk memahami dan mengkaji agama lain khususnya
dalam usaha untuk menangkis pelbagai dakyah agama lain, tambahan pula pada masa
kini isu-isu semasa agama seperti
pluralisme agama,isu kalimah Allah, Kristianisasi dan juga isu-isu lain sering
menjadi pertikaian dan ketidak fahaman isu berkaitan. Selain dari itu menguasai
ilmu perbandingan agama dalam kalangan pendakwah dapat dijadikan satu kekuatan tambahan untuk melakukan dakwah
Islamiah iaitu dakwah kepada orang Islam serta dakwah Islahiah, dakwah kepada
sesama Islam dengan lebih berjaya dan berkesan serta dapat menepati apa yang
telah difirmankan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah An-Nahl ayat 125 yang
bermaksud, “serulah ke jalan
Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran
yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu), dengan cara
yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”
__________
Rencana telah disiarkan dalam Berita Harian 25 Mac 2014
Thursday, January 30, 2014
ADAB DAN TUJUAN PENDIDIKAN
Konsep adab dalam Islam disampaikan oleh Prof. Naquib al-Attas. Menurut Prof. Naquib, adab adalah “pengenalan serta pengakuan akan hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam rencana susunan berperingkat martabat dan darjat, yang merupakan suatu hakikat yang berlaku dalam tabiat semesta.”
Lebih jauh, Prof. Naquib menjelaskan, bahwa jatuh-bangunnya umat Islam,
tergangtung sejauh mana mereka dapat memahami dan menerapkan konsep adab
ini dalam kehidupan mereka. Lebih jauh, pakar filsafat Islam dan sejarah Melayu
ini menjelaskan,
”Ta’rif adab
yang dikemukakan di sini dan yang lahir dari pengertian Islam, dengan
sendirinya menjelaskan bukan sahaja harus dia itu ditujukan maksud pengenaannya
pada bangsa insani belaka; bahkan dia juga harus dikenakan pada keseluruhan
alam tabi’i dan alam ruhani dan alam ilmi. Sebab, adab itu sesungguhnya suatu kelakuan
yang harus diamalkan atau dilakukan terhadap diri, dan
yang berdasarkan pada ilmu, maka kelakuan atau amalan itu bukan sahaja harus
ditujukan kepada sesama insani, bahkan pada kenyataan makhluk jelata, yang
merupakan ma’lumat bagi ilmu. Tiap sesuatu atau seseorang memiliki hak yang
meletakkannya pada keadaan atau kedudukan yang sesuai bagin keperluannya.
Ilmulah, dibimbing serta diyakini oleh hikmat, yang memberitahu atau
memperkenalkan sehingga ketara tentang hak yang mensifatkan sesuatu atau
seseorang itu; dan keadilan pula yang menjelaskan hukum tentang di manakah atau
bagaimanakah letak keadaan atau kedudukannya. Apabila faham adab itu dirujukkan
kepada sesama insan, maka dia bermaksud pada kesusilaan akhlakiah yang
mencarakan kewajiban diri berperangai mengikut keperluan haknya dalam susunan
berperingkat darjat yang terencana, umpamanya, dalam keluarga, dalam
musharakat, dalam berbagai corak pergaulan kehidupan. Apabila dia dirujukkan
pada alam ilmi pula, maka dia bermaksud pada ketertiban budi menyesuaikan
haknya pada rencana susunan berperingkat martabat yang mensifatkan ilmu;
umpamanya pengenalan serta pengakuan akan ilmu bahawa dia itu tersusun
taraf keluhuran serta keutamannya, dari yang bersumber pada wahyu ke yang
berpunca pada perolehan dan perolahan akal; dari yang fardu ain ke yang fardu
kifayah; dari yang merupakan hidayah bagi kehidupan ke yang merupakan kegunaan
amali baginya. Dan adab terhadap ilmu itu iaitu mengenali serta mengakui taraf
keluhuran serta keutamaan yang terencana pada ilmu, nescaya dapat menghasilkan
dalam diri pencapaian yang seksama terhadap meramukan, menurut taraf
keperluannya, pelbagai macam ilmu yang membina keadilan dalam diri. Dan
keadilan dalam diri itu menyesuaikan haknya pada kewajiban membimbingnya ke
arah pengenalan serta pengakuan akan ilmu yang bersumberkan wahyu, yang
menyesuaii hak diri jua, dan yang dengannya dapat menjelmakan akibat amali
dalam diri sehingga menyelamatkannya dunia-akhirat.” .
IMARAH RABIULAWWAL TIUP SEMANGAT CINTA RASULULLAH
Oleh Dr Burhanuddin Jalal
Ibnu Kathir
dalam kitab `al-Bidayah wa an-Nihayah' menceritakan mengenai sahabat Rasulullah
SAW, Zaid bin Datsinah yang menjadi tawanan dan hendak dibunuh. Sebelum
dibunuh, ketua kafir Quraish, Abu Sufyan bin Harb, memberi tawaran kepadanya.Katanya, "Wahai Zaid, jika kamu mahu terlepas daripada pembunuhan ini,
kamu gantikan dengan Muhammad, kamu akan terselamat dan boleh kembali kepada
keluarga kamu". Zaid berkata, "Demi Allah, aku tidak akan rela Muhammad jadi galang
gantiku malah aku juga tidak rela Muhammad tercedera walaupun hanya tertusuk
sebilah duri."Apabila mendengar jawapan Zaid, Abu Sufyan berkata, "Aku tidak pernah
menjumpai seseorang yang mencintai orang lain, seperti cintanya sahabat
Muhammad terhadap Muhammad."
Kisah ini adalah bukti keagungan Muhammad SAW serta tingginya kasih sayang dan cinta sahabat terhadap Baginda. Hubungan rapat antara Nabi Muhammad SAW dan sahabat menjadikan cinta dan kasih sayang mereka amat besar. Kini kecintaan umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW ditunjukkan melalui pelbagai cara termasuk sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan baru-baru ini dan masih diraikan sepanjang Rabiulawal.
Amalan mudah dianjurkan untuk mengeratkan hubungan dengan Baginda SAW ialah berselawat kepadanya kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah al-Ahzab, ayat 56)
Rasulullah SAW bersabda, "Setiap kali umatku mengirim salam kepadaku, setelah aku tiada, Jibril menyampaikannya kepadaku laluku jawab `Waalaihi salam', semoga keselamatan dan kesejahteraan Allah kepadanya". Perasaan kasih kepada junjungan Nabi Muhammad SAW turut dipelbagaikan melalui penganjuran majlis zikir yang tidak dinafikan mendapat sambutan baik daripada umat Islam pelbagai lapisan umur serta latar belakang.
Pada masa sama, program dianjurkan mengambil pendekatan saling mengingatkan umat Islam pentingnya berpegang kepada ajaran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Semoga peringatan itu menyemarakkan semangat kita untuk mencontohi Baginda dalam setiap aspek kehidupan.
Sambutan Maulidur Rasul bertujuan membangkitkan semangat umat Islam dianjurkan pada zaman Salahuddin al-Ayubi ketika umat Islam berjuang mempertahankan Islam daripada serangan tentera salib. Salahuddin al-Ayubi telah mengeluarkan arahan menganjurkan majlis memperingati kelahiran Nabi Muhammad bermula tahun 580 Hijrah atau 1184 Masihi pada setiap 12 Rabiul. Awalnya cadangan Salahuddin itu ditentang oleh ulama.
Antara program dilaksanakan Salahuddin adalah pertandingan penulisan riwayat Nabi berserta pujian menggunakan bahasa yang indah. Pemenang pertandingan itu ialah Syeikh Jaafar al Barzanji, dan karyanya dikenali sebagai kitab al-Barzanji. Kitab itu terkenal di nusantara dan sering dibaca serta diperdengarkan dalam majlis keagamaan khususnya sambutan Maulidur Rasul.
Ternyata usaha Salahuddin itu mempunyai kesan besar terhadap umat Islam ketika itu dan pada 1187 Masihi (583 Hijrah), Salahuddin dan tentera Islam berjaya merampas semula Baitulmaqdis dari bangsa Eropah. Semangat kecintaan dan kebangkitan Islam seperti inilah yang dapat dijadikan inspirasi kepada pendakwah untuk terus melakukan inovasi dan transformasi dalam dunia dakwah. Kita perlu terus bergerak ke depan untuk membina pemahaman dan penghayatan agama dalam erti kata yang luas serta menghayati budaya ilmu dalam kehidupan. Demi mendepani cabaran Islam masa kini, kita perlu terus melahirkan lebih ramai Zaid bin Datsinah yang mencintai Rasulullah SAW.
Justeru, mengimarahkan Rabiulawal dengan program menjurus kepada semangat serta perasaan cinta Rasulullah SAW dilihat sebagai usaha murni yang perlu diberi sokongan supaya rasa kasih sayang kepada Baginda disemai secara berterusan.

________________
Rencana telah disiarkan dalam Berita Harian pada 21 jan 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
MENGORAK LANGKAH KE ERA DAKWAH DIGITAL
"Kajian tentang agama dan internet sudah banyak dilakukan, termasuklah kesan penggunaan internet terhadap agama serta pola kepelbagai...
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal Tokoh ilmuwan dan Gerakan Islam Dr. Yusuf al-Qardhawiy menyebutkan enam jenis ilmu yang perlu dipelajari d...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Istilah dakwah bil hal amat popular di kalangan umat Islam di Malaysia dan nusantara. Apakah yang dimaksudkan ...