Wednesday, February 15, 2023
Wednesday, January 4, 2023
Topik 10- Isu-isu dalam Etika dan Peradaban
Secara umumnya kandungan kursus Penghayatan etika dan peradaban ini menjelaskan
tentang konsep etika dari peradaban yang berbeza. Ia bertujuan untuk mengenal
pasti sistem, tahap perkembangan dan kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa
dalam mengukuhkan kesepaduan sosial dalam konteks negara Malaysia.
Negara Malaysia kini sedang mengorak langkah untuk menjadi negara Maju. Untuk mencapai matlamat tersebut selain dari kekuatan ekonomi. Malaysia perlu menjadi negara yang bersatu, masyarakat Malaysia yang yakin dan berpandangan jauh, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Bagi mencapai hasrat tersebut, terdapat sembilan cabaran dan isu yang perlu dihadapi bagi mencapai matlamat tersebut. Terdapat pelbagi cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha membina dan etika peradaban rakyat Malaysia. Bab ini menjelaskan isu-isu yang boleh merencatkan etika dan peradaban bangsa Malaysia ialah seperti:
a.
Rasuah
b.
Gangguan
seksual
c.
Pembuangan
bayi
d.
Penderaan
e. Masalah sosial remaja
Bagi mendalami topik ini dan topik-topik yang lain boleh membac
a buku Modul Etika danPeradaban terbitan Penerbit UPNM 2022.
Tuesday, January 3, 2023
RELIGIOUS ATTITUDES AND PERSPECTIVE AMONG MUSLIM COMMUNITY IN MALAYSIA REFLECTIVE ON COVID-19 PANDEMIC
Kertas berkaitan dengan sikap kalangan Muslim di Malaysia berkaitan sikap merreka terrhadap amalan ibadah semasa pandemik COVID-19. Artikel telah dibentang dalam persidangan antarabangsa anjuran UITM dan telah terpilih untuk terbitan dalam Springer proceeding December 2022.
Dr Burhanuddin Jalal
OP BENTENG: PERANCANGAN MEDIA OLEH PASUKAN PETUGAS KEBANGSAAN (NTF)
Pihak
kerajaan Malaysia telah menubuhkan National
Task Force (NTF) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia dengan
kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan lain usaha mengekang pelbagai ancaman
dan jenayah khususnya ancaman keselamatan bukan tradisional (nontraditional treat) yang boleh
menggugat keselamatan negara. 19 agensi bergabung dalam menjayakan operasi
bersepadu yang dinamakan sebagai Operasi Benteng (OP BENTENG), yang sekali gus
merealisasikan pendekatan pertahanan menyeluruh (HANRUH) yang telah diperkenal
oleh pihak kerajaan sebelum ini. Objektif kajian ialah untuk menerangkan
peranan organisasi National Task Force,
menjelaskan pelaksanaan dan perancangan media dalam media kesedaran dalam
kalangan rakyat untuk membanteras jenayah dan menganalisis keberkesanan
perancangan media dalam OP BENTENG. Kajian perpustakaan, analisis dokumentasi,
temu bual, soal sedik serta pemerhatian telah digunakan pada memperoleh serta
menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan terdapat usaha-usaha dan
pendekatan yang konstruktif yang dilakukan menerusi perancangan media (media planning) oleh National Task Force bagi membina
kesedaran rakyat untuk bersama kerajaan untuk membanteras ancaman keselamatan
yang berbentuk ancaman tradisional dan juga ancaman bukan tradisional.
Kertas yang telah dibentang dalam persidangan antarabangsa ICHISS 2022- anjuran bersama UPNM dan Prince of Songkla University Thailand.
Burhanuddin Jalal
OP BENTENG
Artilel berkaitan dengan OP BENTENG yamg dilaksanakan oleh National Task Force of Malaysia dalam mengekang COVID-19 di Malaysia dalam International Journal of Advanced Research (IJAR) IJAR 10(10) 2022 page 985-991
USAHA DAN PENDEKATAN PEMATUHAN SYARIAH DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Monday, January 2, 2023
TAMADUN DALAM PELBAGAI DIMENSI
Buku ‘Tamadun dalam
pelbagai dimensi’ merupakan gabungan usaha sarjana pelbagai bidang dari
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia, sebagai usaha yang berterusan pihak fakulti dan universiti untuk
terus meningkatkan peranan dalam perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang ilmu
serta memperkukuh peranan fakulti dalam bidang penerbitan akademik.
Dalam
apa juga isu yang berkaitan dengan ketamadunan, apatah lagi isu-isu besar yang
menyentuh pelbagai aspek kemasyarakatan dan kehidupan manusia, perspektif
pemandangan yang terbaik dan yang paling utama ialah dilihat dari perspektif
yang paling menyeluruh dan yang paling bersepadu. Ini adalah kerana peradaban
atau tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar dan yang paling inklusif
tebaran dan cakupannya. Sebagai sebuah entiti budaya, peradaban merangkumi
kehidupan keagamaan, kehidupan sosial, kehidupan ekonomi, kehidupan politik,
dunia pendidikan, alam kebudayaan dan adat resam, dunia kesenian, dunia sains
dan teknologi dan kehidupan selainnya. Tidak ada bahagian kehidupan manusia
yang terlepas daripada cakupan peradaban. Oleh
yang demikian pelbagai tulisan dan tema yang dihasilkan oleh para sarjana dalam
buku ini sekali gus dapat menggambarkan kepelbagaian dimensi tamadun yang dapat
membangunkan serta memajukan manusia pada keseluruhannya.
Dalam
buku ini para penulis telah cuba menjelaskan dengan ringkas sifat dan hakikat
tamadun dalam pelbagai dimensi. Sebagai entiti budaya yang dihasilkan oleh
manusia, tamadun adalah bersifat komprehensif dan menyeluruh, bersifat serba
meliputi, mencakupi dan merangkumi, dan bersifat kait mengait di antara satu
bahagiannya dengan bahagian yang lain. Sifat kait mengait itu wujud kerana ia
berkehendakkan kesatuan dan kesepaduan selaras dengan kecenderungan tabii
pembinanya, iaitu manusia, kepada penghayatannya dalam dirinya dan juga dalam
hasil ciptaannya. Bagi semua bangsa manusia, tamadun ialah hasil ciptaannya
yang paling agung dan yang paling dibanggakan. Darjah saling berkaitan di
antara juzuk-juzuk dan dimensi-dimensi tamadun berbeza, daripada sebuah tamadun
sebuah tamadun yang lain. Dengan kata lain, darjah penghayatan kesatuan dan
kesepaduan berbeza daripada sebuah tamadun ke sebuah tamadun yang lain.
Terima kasih kepada penulis yang telah menyumbang artikel bagi menjayakan penerbitan buku ini. Terima kasih semua.
_______________________________
MENGORAK LANGKAH KE ERA DAKWAH DIGITAL
"Kajian tentang agama dan internet sudah banyak dilakukan, termasuklah kesan penggunaan internet terhadap agama serta pola kepelbagai...
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal Tokoh ilmuwan dan Gerakan Islam Dr. Yusuf al-Qardhawiy menyebutkan enam jenis ilmu yang perlu dipelajari d...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Istilah dakwah bil hal amat popular di kalangan umat Islam di Malaysia dan nusantara. Apakah yang dimaksudkan ...



.png)
.png)


