Tuesday, March 13, 2018

DAKWAH ASKARI DI MALAYSIA



Profesion ketenteraan ialah kerjaya yang dipandang mulia dalam agama Islam, bahkan ia menjadi satu penghormatan tinggi terhadap orang-orang yang terlibat secara langsung dengan tugas-tugas ketenteraan. Orang-orang yang gugur di medan peperangan layak digelar ‘syuhada’ kerana mereka memikul amanah demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Gelaran ini jauh lebih baik daripada darjah kebesaran dan gelaran yang diperoleh di dunia. Rasulullah bersabda,  yang bermaksud, "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya digelar sebagai syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarga dan jiwa rakannya ia digelar sebagai syahid dan sesiapa yang mati kerana mempertahankan agamanya maka akan digelar sebagai syahid. (Riwayat Said bin Zayd, Sunan al-Tirmidhi, No. Hadis: 1421)

Kajian tentang ketenteraan dalam Islam masih sedikit jika dibandingkan dengan kajian-kajian Islam dalam bidang-bidang lain. Kajian dalam bidang ketenteraan Islam banyak dikaitkan dengan kekhalifahan, kepimpinan (imamah) serta isu-isu yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan dalam Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa konsep tentera dalam Islam pada mulanya hanyalah untuk mempertahankan agama (jihad) yang mempunyai kaitan dengan pemerintahan nilai-nilai keadilan, kemerdekaan dan juga kedamaian. Abu Hassan Ali Al-Mawardi (1960), dalam al-Ahkam al
Sultaniyyah, telah menyentuh aspek ketenteraan dan dihubungkan dengan aspek kepimpinan. Al-Mawardi menyebut bahawa apabila sesebuah negara dalam keadaan darurat atau perang pemimpin yang perlu dilantik adalah daripada kalangan tentera. Namun, jika negara menghadapi masalah yang berkaitan dengan penggunaan sumber tenaga manusia, maka pemimpin yang perlu dilantik adalah dalam kalangan ilmuwan.

Umumnya, tentera dianggap sebagai satu profesion / kerjaya yang merujuk tanggungjawab menjaga keamanan negara, selain berperanan sebagai sebuah agensi terpenting dalam negara. Bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan ketenteraan dalam Islam, pemahaman terhadap pengertian dan takrif tentang tentera dalam Islam seperti yang telah dijelaskan sebelum ini amat penting. Hal ini kerana, pemahaman terhadap konsep tersebut adalah sebagai landasan bagi membincangkan secara jelas dan dinamik berhubung dengan tentera Islam pada zaman Rasulullah dan seterusnya zaman Khulafa ar-Rasyidin. Tanggungjawab ketenteraan dalam Islam merupakan kewajipan bagi akidah dan jihad yang berlandaskan syariat serta akhlak Islam yang dilaksanakan melalui tanggungjawab kepimpinan negara Islam yang sah. Segala pelaksanaan dan tindakan dalam ketenteraan hendaklah dilakukan dengan kaedah-kaedah dan peraturan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, sunah dan perincian hukum oleh ijmak sahabat Rasulullah SAW. Tanggungjawab ketenteraan juga menjadi tuntutan iman, Islam dan ihsan sebagai salah satu ibadat yang tertinggi
demi mengagungkan kalimah Allah SWT.

Buku 'Dakwah Askari di Malaysia' terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia (USIM) berharga RM40,00. Dapatkan buku imi di Penerbit USIM atau hubungi penulis melalui emel: drburhan63@gmail.com

Saturday, March 3, 2018

BELIA DAN CABARAN TN 50

Rencana yang telah diterbitkan dalam Dewan Masyarakat Bulan Mac 2018 Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .