Sunday, January 9, 2022

Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad - Tokoh Penggerak KAGAT


 

Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (Bersara) merupakan seorang tokoh ulama yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam kemajuan dan syiar Islam dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia. Kertas ini akan membincangkan secara khusus peranan beliau dalam kemajuan dan pembangunan dakwah Islam dalam organisasi Angkatan tentera Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Dalam usaha untuk memartabatkan KAGAT sebagai organisasi dakwah yang cemerlang, beliau telah menerapkan elemen ‘Dakwah melalui pendekatan secara harakah dan wasatiyyah’ dalam KAGAT melalui pelaksanaan dakwah secara bertahap iaitu tahap al-Taarif (tahap penyebaran fikrah secara umum kepada orang ramai), tahap al-takwim (era pembentukan organisasi dan bersedia untuk terus menyampaikan dakwah) dan tahap al-Tanfiz (tahap pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan). Selain dari itu beliau turut menekankan pembinaan daie askari dalam kalangan pegawai ada anggota KAGAT yang berperanan sebagai menyampaikan ilmu agama dan mengajak seluruh warga ATM menghayati ajaran Islam. Dapatan kajian terhadap tokoh ulama ini, yang dibuat melalui kajian perpustakaan telah mendapati bahawa tokoh ulama ini telah memberikan impak yang besar terhadap kejayaan KAGAT pada hari ini serta kemajuan pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan dalam usaha membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya tempur yang kuat serta rohani yang mantap.

 

Kata kunci: Angkatan Tentera Malaysia, daie askari, ulama, tokoh, wasatiyyah,

PERANAN KAGAT DALAM ISU ASIA BARAT



Dakwah Islamiah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan dan penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan dakwah yang sistematik sesuai dengan saranan al-Quran supaya dakwah disampaikan dan disebar luaskan secara hikmat dan berkesan. Sehubungan dengan itu, atas kesedaran bagi menyampaikan dakwah Islamiah dengan lebih berkesan dan untuk membina anggota tentera yang beriman dan bertakwa sekali gus dapat berkhidmat dengan cemerlang dan berkesan usaha-usaha dakwah Islamiah telah dilaksanakan dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia secara lebih meluas dan tersusun. Kertas ini akan menjelaskan  pelaksanaan dakwah yang dilakukan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha menyampaikan mesej Islam dan memberi pemahaman dan penghayatan agama Islam kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, hubungan diplomasi ketenteraan dengan negara sahabat serta peranan KAGAT bagi membantu Angkatan Tentera Malaysia untuk membendung kesan negatif dari konflik yang berlaku di Timur Tengah seperti fahaman terorisme, radikalisme, fahaman Syiah dan juga ketidak-fahaman konsep jihad dalam kalangan anggota ATM. 


 

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .