Tuesday, March 1, 2022

TENTERA DARAT, RAKYAT BERSAMA LINDUNGI NEGARA


 

TARIKH 1 Mac setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna kepada seluruh warga organisasi Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana tarikh tersebut merupakan tarikh ulang tahun sambutan organisasi   Tentera Darat Malaysia dan tahun ini Tentera Darat meraikan sambutan ulang tahun ke 89, dengan tema ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’. Sudah pasti tema itu dipilih bertepatan dengan komitmen berterusan tentera darat dalam memenuhi keperluan kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan warga tentera darat.

Perlu diakui juga peranan dan tanggungjawab Tentera Darat semakin meningkat dan mencabar khususnya dalam suasana negara sedang mendepani cabaran pandemik COVID-19 dan perkara ini turut diakui oleh Panglima Tentera Darat ke 28 Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain yang mula memegang jawatan tersebut pada 11 Jun 2020 yang lalu. Bagi memastikan Tentera Darat Malaysia (TDM) terus kekal relevan dengan peranan dan tugas yang telah sedia ada, Panglima Tentera Darat ke 28 itu, telah mengingatkan keseluruhan organisasi agar dapat berperanan dengan melaksanakan tiga prinsip utama iaitu laksanakan apa yang harus dilakukan, lakukan apa yang dikatakan akan dilaksanakan dan laksanakan perkara yang betul. Menurut beliau lagi kesemua prinsip ini hanya akan berjaya dilakukan oleh organisasi jika pihak dalam organisasi dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan melalui lima tonggak yang penting iaitu, kelangsungan misi dan kesiagaan, memperkasakan keutuhan organisasi, pelestarian kesejahteraan warga, pengukuhan perhubungan pertahanan dan peningkatan hubungan TDM dengan pihak awam dan rakyat seluruhnya.

 

 

Rencana telah disiarkan dalam BERITA HARIAN 1 MAC 2022 Muka surat 11

 

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .