Thursday, December 28, 2023

'Isu covid-19 dalam kandungan Ceramah Agama Pendakwah Malaysia di You Tube '




Satu lagi tulisan yang telah dimasukkan sebagai bab dalam buku ialah kajian yang berjudul 'Isu covid-19 dalam kandungan Ceramah Agama Pendakwah Malaysia di You Tube ' yang telah diterbutkan dalam buku yang berdudul ' Isu Dakwah Ketika Pandemik COVID-19' terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2023). Buku ini disunting oleh Siti Jamiaah Abdul Jalil, Hasanah Abd Khafiz dan Ahmad Irda Mokhtar.


PENGLIBATAN WANITA DALAM JIHAD KETENTERAAN - BAB DALAM BUKU


 

Untuk tahun 2023 terdapat tulisan dan kajian yang telah dimasukkan sebagai bab dalam buku iaitu tulisan yang bertajuk 'Penglibatan wanita dalam jihad ketenteraan. Tulisan  tersebut dalam buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2023). Buku disunting oleh Dr Muhammad Faisal Ashaari, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani dan Khazrin Osman yang berjudul 'Legasi dan Sumbangan Al-Qaradhawiy dalam Fiqah Dakwah'




Tuesday, April 25, 2023

DA'I KAGAT PERLU BERHIKMAH BIMBING 'INDIVIDU SUKAR'



KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA atau KAGAT akan menyambut ulangtahun ke 38 penubuhannya pada 16 April 2023 ini.  Dalam tempoh 38 tahun yang lepas, pada asasnya KAGAT telah memainkan peranan yang penting dalam ATM dan telah berjaya mentarbiah atau mendidik anggota-anggota Islam dalam ATM untuk menghayati Islam. KAGAT mungkin antara agensi agama yang kompeten dalam kalangan agensi agama perkhidmatan awam Malaysia, mengatur dan melaksanakan pelbagai program untuk mendidik secara dalaman anggota atau staf dalam organisasi secara terancang dan teratur. Dalam aspek ini, KAGAT perlu terus memainkan peranannya serta  perlu membuat anjakan paradigma pelaksanaan dalam pengurusan dakwah yang dilakukan masa kini, kerana banyak lagi  perkara yang perlu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia.  Bagi menghadapi cabaran tersebut KAGAT perlu mengukuhkan dan  memantapkan aspek pengurusan, modul dan juga pendekatan dalam berdakwah yang dilakukan oleh KAGAT  pada masa kini, serta perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, golongan sasar dan tempat. Pendekatan ini termasuklah apa yang disebut oleh Franklin Covey ‘The 7 habits effective people’ (2001) yang telah menyenaraikan aspek “Seek First to Understand, then to be Understood”. Aspek tersebut merupakan prinsip penting yang perlu dihayati oleh para pendakwah dan juga organisasi dakwah seperti KAGAT. Kegagalan memperkayakan pendekatan dakwah dan cara Islam dipersembahkan, bukan sahaja menjadikan manusia itu bosan dan menjauhkan diri apabila didekati, malah pendekatan yang tidak relevan itu bakal menjadi fitnah kepada agama. Selain dari aspek pendekatan atau program ceramah agama perlu dipertingkatkan  dan perlu mengenal pasti objektif dan hasil pembelajran yang bakal diperoleh setelah tamat program dan bukan sekadar memenuhi keperluan masa dan tempat. Secara umumnya syarahan agama.

______________________ 

Rencana telah disiarkan dalam BERITA HARIAN 17 April 2023 muka surat 18


Saturday, April 8, 2023

TRANSFORMASI DAKWAH DALAM PELBAGAI ETNIK

 






Dunia semakin maju dan cabaran dakwah Islamiah menghadapi pelbagai cabaran yang semakin hebat khususnya suasana kehidupan manusia yang semakin kompleks. Pada asasnya Islam mampu menjawab serta mendepani segala persoalan yang dihadapi oleh umat. Namun demikian, ia bergantung pada kemampuan para dai atau pendakwah serta wawasan pendakwah atau organisasi dakwah mengurus strategi dakwah terhadap sasaran dakwah yang berkait dengan masalah, budaya serta karakter yang berbeza. Oleh kerana masalah sasaran dakwah yang amat pelbagai dan kompleks sifatnya khususnya dari pelbagai etnik yang pelbagai, para pendakwah masa kini perlu mampu memainkan pelbagai peranan dalam masyarakat yang homogenous. Tujuan artikel untuk membincangkan tentang keperluan para pendakwah atau dai melakukan transformasi agar menjadi pendakwah yang relevan masa kini dan masa akan datang. Metod penulisan ialah secara analisis kandungan  dan juga  kajian perpustakaan. Bagi memenuhi keperluan tersebut, para pendakwah perlu bertindak sebagai kaunselor, penyelesai masalah, pengurus dan juga usahawan. Dengan cara yang sedemikian, proses dakwah Islamiah dalam pelbagai etnik akan terus berkembang dan pendakwah mampu menjadi agen perubahan sosial serta dapat membina masyarakat yang mantap dari segi akidah, akhlak, ibadah dan mualamat.

 

Kata Kunci: Cabaran, dakwah Islamiah, pendakwah, perubahan

 

Wednesday, January 4, 2023

Topik 10- Isu-isu dalam Etika dan Peradaban


 

Secara umumnya kandungan kursus Penghayatan etika dan peradaban ini menjelaskan tentang konsep etika dari peradaban yang berbeza. Ia bertujuan untuk mengenal pasti sistem, tahap perkembangan dan kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial dalam konteks negara Malaysia.

Negara Malaysia kini sedang mengorak langkah untuk menjadi negara Maju. Untuk mencapai matlamat tersebut selain dari kekuatan ekonomi. Malaysia perlu menjadi negara yang bersatu, masyarakat Malaysia yang yakin dan berpandangan jauh, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Bagi mencapai hasrat tersebut, terdapat sembilan cabaran dan isu yang perlu dihadapi bagi mencapai matlamat tersebut. Terdapat pelbagi cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha membina dan etika peradaban rakyat Malaysia. Bab ini menjelaskan isu-isu yang boleh merencatkan etika dan peradaban bangsa Malaysia ialah seperti:

a.     Rasuah

b.     Gangguan seksual

c.      Pembuangan bayi

d.     Penderaan

e.     Masalah sosial remaja


Bagi mendalami topik ini dan topik-topik yang lain boleh membac



a buku Modul Etika danPeradaban terbitan Penerbit UPNM 2022. 

Tuesday, January 3, 2023

RELIGIOUS ATTITUDES AND PERSPECTIVE AMONG MUSLIM COMMUNITY IN MALAYSIA REFLECTIVE ON COVID-19 PANDEMIC


Kertas berkaitan dengan sikap kalangan Muslim di Malaysia berkaitan sikap merreka terrhadap amalan ibadah semasa pandemik COVID-19. Artikel telah dibentang dalam persidangan antarabangsa anjuran UITM dan telah terpilih untuk terbitan  dalam Springer proceeding  December 2022. 

Dr Burhanuddin Jalal

OP BENTENG: PERANCANGAN MEDIA OLEH PASUKAN PETUGAS KEBANGSAAN (NTF)


 

Pihak kerajaan Malaysia telah menubuhkan National Task Force (NTF) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia dengan kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan lain usaha mengekang pelbagai ancaman dan jenayah khususnya ancaman keselamatan bukan tradisional (nontraditional treat) yang boleh menggugat keselamatan negara. 19 agensi bergabung dalam menjayakan operasi bersepadu yang dinamakan sebagai Operasi Benteng (OP BENTENG), yang sekali gus merealisasikan pendekatan pertahanan menyeluruh (HANRUH) yang telah diperkenal oleh pihak kerajaan sebelum ini. Objektif kajian ialah untuk menerangkan peranan organisasi National Task Force, menjelaskan pelaksanaan dan perancangan media dalam media kesedaran dalam kalangan rakyat untuk membanteras jenayah dan menganalisis keberkesanan perancangan media dalam OP BENTENG. Kajian perpustakaan, analisis dokumentasi, temu bual, soal sedik serta pemerhatian telah digunakan pada memperoleh serta menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan terdapat usaha-usaha dan pendekatan yang konstruktif yang dilakukan menerusi perancangan media (media planning) oleh National Task Force bagi membina kesedaran rakyat untuk bersama kerajaan untuk membanteras ancaman keselamatan yang berbentuk ancaman tradisional dan juga ancaman bukan tradisional.

Kertas yang telah dibentang dalam persidangan antarabangsa ICHISS 2022- anjuran bersama UPNM dan Prince of Songkla University Thailand. 

Burhanuddin Jalal

OP BENTENG


 Artilel berkaitan dengan OP BENTENG yamg dilaksanakan oleh National Task Force of Malaysia dalam mengekang COVID-19 di Malaysia dalam International Journal of Advanced Research (IJAR) IJAR 10(10) 2022 page 985-991

USAHA DAN PENDEKATAN PEMATUHAN SYARIAH DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1985 oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Dasar ini merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha kerajaan Malaysia yang telah dilakukan seperti penubuhan pelbagai organisai berteraskan Islam serta pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan itu, organisasi Angkatan Tentera Malaysia turut berusaha ke arah penerapan nilai dalam Islam dalam organisasi bagi menghakis pengaruh tradisi tentera British yang bertentangan dengan tradisi Melayu dan Islam. Penubuhan Kor Agama angkatan Tentera Malaysia  pada tahun 1985 merupakan salah satu usaha ke arah pematuhan syariah dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kertas ini akan membincangkan usaha-usaha KAGAT untuk memenuhi pematuhan syariah dalam organisasi ATM. Kajian perpustakaan, metod temu bual serta pemerhatian telah diguna pakai dalam menjayakan penyelidikan ini. Dapatan kajian menunjukkan usaha-usaha pematuhan syariah dalam pelbagai dasar, program dan aktiviti dalam ATM pada hari ini dalam memenuhi pematuhan syariat telah meningkat dan terus diusahakan sekaligus memberikan impak yang besar terhadap kejayaan KAGAT dalam pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan dalam usaha membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya tempur yang kuat serta rohani yang mantap.

Artikel yang telah dterbitkan dalam Jouranl of Contremporary Islamic Studies UITM Vol 8 2022. Selamat membaca.

------------------------------------
Burhanuddin Jalal
3 Jan 2023

 

Monday, January 2, 2023

TAMADUN DALAM PELBAGAI DIMENSI



Buku ‘Tamadun dalam pelbagai dimensi’ merupakan gabungan usaha sarjana pelbagai bidang dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, sebagai usaha yang berterusan pihak fakulti dan universiti untuk terus meningkatkan peranan dalam perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang ilmu serta memperkukuh peranan fakulti dalam bidang penerbitan akademik.

Dalam apa juga isu yang berkaitan dengan ketamadunan, apatah lagi isu-isu besar yang menyentuh pelbagai aspek kemasyarakatan dan kehidupan manusia, perspektif pemandangan yang terbaik dan yang paling utama ialah dilihat dari perspektif yang paling menyeluruh dan yang paling bersepadu. Ini adalah kerana peradaban atau tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar dan yang paling inklusif tebaran dan cakupannya. Sebagai sebuah entiti budaya, peradaban merangkumi kehidupan keagamaan, kehidupan sosial, kehidupan ekonomi, kehidupan politik, dunia pendidikan, alam kebudayaan dan adat resam, dunia kesenian, dunia sains dan teknologi dan kehidupan selainnya. Tidak ada bahagian kehidupan manusia yang terlepas daripada cakupan peradaban. Oleh yang demikian pelbagai tulisan dan tema yang dihasilkan oleh para sarjana dalam buku ini sekali gus dapat menggambarkan kepelbagaian dimensi tamadun yang dapat membangunkan serta memajukan manusia pada keseluruhannya.

Dalam buku ini para penulis telah cuba menjelaskan dengan ringkas sifat dan hakikat tamadun dalam pelbagai dimensi. Sebagai entiti budaya yang dihasilkan oleh manusia, tamadun adalah bersifat komprehensif dan menyeluruh, bersifat serba meliputi, mencakupi dan merangkumi, dan bersifat kait mengait di antara satu bahagiannya dengan bahagian yang lain. Sifat kait mengait itu wujud kerana ia berkehendakkan kesatuan dan kesepaduan selaras dengan kecenderungan tabii pembinanya, iaitu manusia, kepada penghayatannya dalam dirinya dan juga dalam hasil ciptaannya. Bagi semua bangsa manusia, tamadun ialah hasil ciptaannya yang paling agung dan yang paling dibanggakan. Darjah saling berkaitan di antara juzuk-juzuk dan dimensi-dimensi tamadun berbeza, daripada sebuah tamadun sebuah tamadun yang lain. Dengan kata lain, darjah penghayatan kesatuan dan kesepaduan berbeza daripada sebuah tamadun ke sebuah tamadun yang lain.

Terima kasih kepada penulis yang telah menyumbang artikel bagi menjayakan penerbitan buku ini. Terima kasih semua.

_______________________________


PROF MADYA KOLONEL DR BURHANUDDIN JALAL -  30 Dis 2022

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .