Thursday, February 4, 2021

MEMANTAPKAN PENGURUSAN DAKWAH


 

Dakwah Islamiah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan dan penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan dakwah yang sistematik sesuai dengan saranan al-Quran supaya dakwah disampaikan dan disebar luaskan secara hikmat dan berkesan. Pelaksanaan dakwah juga  memerlukan kesungguhan dan istiqamah.Matlamat dakwah tidak akan tercapai jika usaha dakwah hanya dianggap sebagai satu hobi masa lapang atau sekadar memenuhi keperluan sesuatu masa atau tempat. Sikap berpuas hati dengan usaha dakwah yang minimum tidak seharusnya wujud di kalangan pengikut Nabi Muhammad s.a.w.

 

Salah satu perkara  penting yang menjayakan dakwah Islamiah  ialah aspek pengurusan dakwah. Aspek pengurusan dakwah yang mantap dan sistematik adalah keperluan asas kepada kemajuan dan kecemerlangan dakwah. Perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek perancangan, pengorganisasian, pemantauan dan kepimpinan adalah antara aspek pengurusan yang perlu difahami oleh pendakwah dan organisasi. Pengurusan dakwah yang terancang akan memastikan objektif dakwah iaitu keselamatan dan kesejahteraan umat tercapai.

Bagi Syed Othman al-Habsyi (1998), Pengurusan dakwah  adalah pengurusan yang mampu menentukan  dakwah matlamat dakwah yang sebenar, menentukan objektif, strategi dan program yang wajar dilaksanakan, mengawal dan melaksanakan segala  tugas yang telah ditentukan, mengenal pasti segala masalah serta strategi pelaksanaannya dan membiayai segala program yang dirancang. Berdasarkan kepada pengertian tersebut, pada umumnya pengurusan dakwah perlu mempunyai perkara-perkara seperti, penentuan matlamat, objektif dakwah, strategi dakwah, struktur  pengurusan, perancangan program dan juga belanjawan.

__________________________

Telah diterbitkan dalam Dewan Tamadun Islam Terbitan DBP bulan Disember 2020

 


LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .