Sunday, April 25, 2021

PERPUSTAKAAN BERI IMPAK BESAR TAMADUN ISLAM



Bagi pencinta buku, tarikh 23 April setiap tahun amat bermakna kerana tarikh tersebut merupakan hari buku sedunia.  Dari segi sejarahnya tarikh ini dipilih bagi memperingati William Shakespeare meninggal dunia pada tarikh tersebut pada tahun 1616.

     Apabila menyebut tentang buku ianya selalu dikaitkan dengan perpustakaan. Dalam hal ini Ibn Khaldun dalam kitabnya ‘al-Mukaddimah’ menyebutkan bahawa teras utama peradaban manusia ialah ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan bermula dari buku dan seterusnya menjadi perpustakaan. Dalam peradaban Islam perpustakaan telah memberikan impak yang besar terhadap kemajuan dan peradaban manusia. Sesungguhnya ilmuwan Islam amat memberikan penghormatan yang besar terhadap buku dan perkara ini pernah dinyatakan oleh Muhyiddin Ibn Arabi dalam bukunya ; Muhadharat al-abrar wa musamarah al-akhyar’ yang dikutip oleh Ahmad Shalaby dalam bukunya ‘History of Muslim Education (1954) yang  menyatakan bahawa, “buku ialah tetamu yang singgah sebentar, tinggal bersama, menjadi bayangan bahkan sebahagian dari anggota badan manusia dan di masa yang lain buku seumpama taman, sebagai lidah penyambung kata-kata dengan orang yang telah meninggal dunia dan menjadi juru bicara bagi orang yang masih hidup”. 

__________________

Rencana yang telah diterbitkan dalam BERITA HARIAN 25 April 2021. 

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .