Sunday, September 13, 2015

PARA HUJAJ YANG MENJADI TETAMU ALLAH



Rencana berkaitan ibadah haji yang telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 10 Sep 2015. Semoga tulisan ini dapat dimanfaatkan. Selamat membaca.


BURHANUDDIN JALAL

Monday, June 22, 2015

MENGHAYATI MADRASAH RAMADAN

 
Selamat menjalani ibadah Ramadan 1436 dan kita terus menjadi insan yang soleh dengan mengambil pendidikan dari madrasah Ramadan khususnya aspek penggunaan masa, menambah modal pahala dan juga peningkatan ibadah.
 
Dr Burhanuddin Jalal

Tuesday, May 19, 2015

TELADANI ULAMA DALAM MEMPELAJARI ILMU

 
Rencana penulis yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN pada13 Mei 2015 berkaitan dengan meneladani ulama dalam mencari ilmu untuk panduan dan kesejahteraan umat manusia. Selamat membaca.

Friday, April 17, 2015

PENGUKUHAN DAKWAH DALAM ATM

Oleh: Dr Burhanuddin Jalal





Minggu ini 16 April 2015, Kor Agama Angkatan Tentera atau KAGAT akan menyambut ulangtahun ke 30.  Dalam tempoh 30 tahun yang lepas, pada asasnya KAGAT telah memainkan peranan yang penting dalam ATM dan telah berjaya mentarbiah atau mendidik anggota-anggota Islam dalam ATM untuk menghayati Islam. KAGAT mungkin antara agensi agama yang kompeten dalam kalangan agensi agama perkhidmatan awam Malaysia, mengatur dan melaksanakan pelbagai program untuk mendidik secara dalaman anggota atau staf dalam organisasi secara terancang dan teratur. Satu rencana berkaiatn dengan program pengukuhan dakwah oleh KAGAT  dalam ATM oleh penulis telah disiarkan adalam Utusan Malaysia pada 15 April 2015. Selamat membaca.

Tuesday, February 24, 2015

PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Oleh: Dr Burhanuddin Jalal


 



Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak asing lagi bagi guru ataupun pensyarah. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini. Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.
Namun, ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban kepada pensyarah apabila mereka tidak berjaya menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini. Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar disamping melahirkan pelajar kreatif.

Menyedari hakikat tersebut Jabatan Kenegaraan, kepimpinan dan Ketamadunan UPNM telah mengambil langkah awal bagi melaksanakan program peningkatan pengajaran bagi menggunakan  kaedah open learning yang dilaksanakan oeh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah melaksanakan pendekatan pengajian dan pembelajaran melalui atas talian atau dipanggil sebagai Massive Open Online Course –MOOC).    Program melalui MOOC ini adalah model penyampaian secara terbuka dengan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan menggunakan laman web yag telah disediakan dan kursus berstruktur ke arah satu matlamat yang telah ditetapkan. Dua kursus yang perlu dilaksanakan secara interaktif ini ialah kursus Tamadun Islam dan tamdun Asia serta Kursus Hubungan Etnik. Semoga pendekatan ini dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran dan terus menjadi pensyarah yang bitara.



 
 

Monday, February 16, 2015

ANGGOTA TENTERA SEJATI

Oleh: Dr Burhanuddin Jalal









Sejarah telah membuktikan bahawa tentera yang dididik di atas prinsip-prinsip Islam adalah perajurit atau tentera yang mantap dan berwibawa. Bagai contohnya terdapat kata-kata Abdullah bin Omar yang menyebut, “Kami menyanjung Jaafar bin Abi Talib (Panglima perang setelah Panglima Zaid bin Harithah mati syahid) dalam peperangan Mut’ah, kami dapati di bahagian hadapan badannya (termasuk muka) lebih dari 90 kesan pukulan, tikaman lembing dan panah, tidak termasuk bahagian belakangnya”.

Mati di medan perang merupakan cita-cita perajurit Islam, ia bukanlah sesesuatu yang membimbangkan bagi mereka, kerana mati syahid dalam perjuangan di jalan Allah adalah satu cara untuk mendapatkan keredaan, keampunan dan jaminan syurga.

Majoriti pejuang-pejuang atau tentera Islam zaman dahulu  memiliki peribadi istimewa, dalam menghadapi kesusahan, masa-masa kritikal., garang, tegas, bercita-cita tinggi mencapai  kemuliaan mati syahid, berdisiplin, taat, setia, tenang, bertimbang rasa, menghormati kewajipan dan berjuang berasaskan  akidah serta iman yang bersih. Sebab itu mereka sukar digugat, kerana Islam adalah rahsia di sebalik segala-galanya. Memadai dengan membandingkan keadaan bangsa Arab sebelum dan selepas Islam, untuk menilai dan mengetahui perubahan besar yang berlaku kepada mereka selepas Islam. Masyarakat  Arab sebelum Islam terkenal sebagai bangsa yang sentiasa berperang dan mereka mempunyai banyak pengalaman perang. Justeru itu  mereka memiliki ciri-ciri yang seharusnya ada pada setiap perajurit  seperti tidak takut mati, sanggup menumpahkan darah  secara murah untuk mempertahankan kumpulannya, Namun demikian mereka tidak dapat mencapai kejayaan sepenuhnya seperti mana selepas Islam. Tidak sampai 100 tahun mereka telah berjaya meluaskan kawasan pemerintahan dari Siberia di Utara hingga ke India di Selatan, dari China di utara  hinggalah ke Perancis di Barat.

Berdasarkan kenyataan tersebut jelaslah bahawa Islam merupakan perkara yang membawa perubahan besar kepada bangsa Arab sehingga mereka mampu menakluki sebahagian dari dunia ini. Kejayaan yang belum pernah  diperoleh oleh mana-mana bangsa sebelumnya. Dengan semangat dan penghayatan jihad yang unggul dan akhlak yang mulia, mereka telah merealisasikan firman Allah SWT yang bermaksud,“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara yang baik dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik” (Al-Quran Ali-Imran 3:110).
______________________
Sebahagian dari petikan dalam buku yang bakal diterbitkan.

Wednesday, February 11, 2015

MASA MASIH ADA MASA UNTUK MERANCANG BAGI MENCAPAI KEJAYAAN …

Oleh : DR BURHANUDDIN JALAL Suatu perkara yang penting dalam kerjaya adalah merancang kerjaya. Perancangan kerjaya bermaksud langkah-langkah yang perlu diambil dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat kerjaya. Dalam perspektif pemilihan kerjaya, ia sangat dibantu oleh kecenderungan setiap orang, faktor persekitaran yang mempengaruhinya dan didorong oleh nasihat daripada mentor atau rakan-rakan yang mempengaruhi dalam membuat pemilihan kerjaya. Namun begitu, secara realitinya tanggungjawab utama untuk merancang kerjaya terletak pada setiap diri individu. Ini jelas seperti yang pernah dinyatakan oleh Jerry Fox (2000) yang menyatakan, “Untung nasib (destiny) perkembangan kerjaya seseorang sebebarnya adalah tanggungjawab diri sendiri, bukan tanggungjawab orang lain. Kita perlu tahu apa yang kita hasratkan. Diri sendiri perlu tahu apa kemahiran atau keperluan yang perlu ada untuk mencapai atau menaiki tangga kejayaan.Tanggungjawab diri masing-masing adalah untuk merialisasikan pengalaman dan hasrat tersebut”. Untuk itu usaha tangga kejayaan dan “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri”- Ar-Ra’du ayat 11.

Friday, January 16, 2015

MENGHAYATI KHUTBAH JUMAAT

Oleh: Dr Burhanuddin Jalal ADA orang mendakwa khutbah Jumaat mengajak umat Islam ke arah ekstrem. Tetapi ramai juga para Jemaah yang tidak sedar atau terlena ketika mendegar khutbah! Namun apa yang penting bagi kita umat Islam perlu mengambil manfaat sepenuhnya khutbah jumaat yang disampaikan disamping meningkatkan mutu khutbah dalam aspek penyampaian, isi kandungan, persembahan, gaya retorik dan pelbagai aspek lagi dan bukan sekadar pelengkap atau memenuhi syarat sah Jumaat. Berikut rencana penulis yang telah disiarkan dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA baru-baru ini. Terima kasih kepada Pengarang Kanan Rencana Utusan Malaysia Ustaz Radzi Mohd Zin yang telah bersedia untuk menyiarkan tulisan penulis dalam akhbar tersebut untuk kesekian kalinya. Selamat membaca.

MUSIBAH BANJIR SEBAGAI UJIAN

Oleh: Dr Burhanuddin Jalal BARU-BARU ini beberapa buah negeri telah dilanda banjir. Sejarah manakah kita melihat musibah ini. Sejauh mana kita menghayati kata-kara Prof Muhd Kamil Ibrahim dalam bukunya 'Bersyukur saat diuji". Apa yang penting kita mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Bersama ini ini disertakan rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 12 Jan 2015 berkaitan dengan musibah dan pengajarannya. Selamat membaca.

Friday, January 2, 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436

Oleh Dr Burhanuddin Jalal
Beberapa hari lagi kita umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia akan memperingati sambutan Maulidur Rasul. Ternyata bahawa jarak masa peninggalan Nabi Muhammad dengan umatnya sehingga masa kini sudah menjangkau 15 abad lamanya. Namun demikian, berdasarkan beberapa hadis yang ditinggalkan ternyata Baginda masih memberi ruang kepada seluruh umatnya untuk berdamping dengan baginda di hari Kiamat kelak sekiranya umat-umatnya mampu melaksanakan sunnah yang ditinggalkan. Berdasarkan hadis-hadis nabi terdapat empat perkara yang digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi meraih kedudukan untuk bersama dengan nabi pada hari kiamat kelak, antaranya ialah: Pertama: Sentiasa memperbanyakkan membaca salawat ke atas nabi. Kedua: Memelihara dan mengasihi anak yatim. Ketiga: Menjadi pemimpin yang amanah, benar, bijaksana serta aspek penyampaian yang baik. Keempat: Mempunyai akhlak yang mulia

LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN MUSLIM HADAPI PERANG PEMIKIRAN

Arikel yang telah disiarkan dalam Ruangan Agama BERITA HARIAN - 28 Januari 2024 (Ahad). Selamat membaca .