Thursday, April 22, 2010

TIDAK SOLAT. MENGAPA?

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di Surau Kampung Jiboi, Ustaz Ahmad Damiri Yahya, Imam Besar Masjid Negeri, Serembah telah menyebut, "orang yang tahu sembahyang tak payah sembahyang!". Apa pemahaman anda dari ungkapan itu? Jangan salah sangka atau bersikap negatif dari ungkapan tersebut. Sebenarnya, maksud ungkapan itu ialah, orang yang tahu, faham dan mahir tentang ilmu sembahyang, ia tidak sukar, tidak susah atau sulit (payah)untuk melakukan solat. Payah dalam unggapan tersebut bermaksud 'susah' atau 'sukar'. Oleh yang demikian, 'tak payah'bermaksud tidak sukar. Saya timbulkan unggapan ini kerana ada kaitan dengan kajian yang telah lakukan mengapa seseorang itu sukar untuk menunaikan solat atau sembahnyang.

Dalam kajian yang dibuat oleh Anisah (2001) faktor seseorang itu meninggalkan sembahyang adalah disebabkan beberapa perkara:

1. Pertama: Cetek pengetahuan. Golongan ini berpendapat solat hanya untuk mereka yang tidak mempunyai kecerdasan dan ilmu pengetahuan. Bagi merekam yang telah memiliki pengetahuan tinggi (falsafah barat), mereka menyatakan tidak perlu kerana solat hanya untuk orang tertentu sahaja.
2. Kedua: Tidak mempunyai pengertian solat. Golongan ini tidak akan berasa bersalah atau berdosa meninggalkan solat, kerana mereka sama sekali tidak mempunyai pengertian dan kefahaman tentang solat. Biasanya mereka ini dilahirkan dalam keluarga atau masyarakat yang tidak pernah solat.
3. Ketiga: Sifat malas dan cuai. Biasanya golongan yang meninggalkan solat kerana malas, pada asasnya mengakui tentang kewajipan solat tetapi akibat dari pengaruh kesibukan, kecuaian, pengaruh rakan dan malas yang menguasai diri. Oleh itu mereka tidak mengendahkan tuntutan solat ini. Ini seperti yang didapati dari responden kajian yang menyatakan ada kalanya mereka malas untuk solat adalah ramai iaitu 321 orang atau 83.8 peratus.
4. Keempat: Usia Remaja. Golongan remaja biasanya meninggalkan solat kerana beranggapan bahawa ibadat solat hanya sesuai untuk orang tua atau lanjut usia dan bagi orang yang tidak lagi berminat dengan kehidupan dunia.
5. Kelima: Pengaruh keresahan jiwa. Terdapat juga golongan yang meninggalkan solat kerana pengaruh dari jiwa yang resah akibat kesedihan atau kesusahan. Sedangkan yang sebaiknya ialah dalam saat inilah kita dituntut untuk sembahyang dan memohon doa serta pertolongan dari Allah

No comments:

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024