Monday, July 30, 2012
IBADAH RAMADAN
“wahai orang-orang yang beriman diwajibkan kepada kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas umat yang terdahulu mudah-mudahan dengannya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”
(Surah al-Baqarah ayat 183).
Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak kepada semua rakan dan sahabat dengan iringan doa dan harapan, semoga Ramadhan yang kita tempuhi dan harungi berbekalkan semangat iman dan taqwa serta membawa impak dan erti yang sangat besar dalam kehidupan, khususnya dalam konteks menjalin dan mengukuhkan hubungan kita dengan Allah (hablun minAllah) dan hubungan kita sesama manusia (hablun Minannas) melalui melalui proses pentarbiahan dan pendidikan madrasah Ramadhan.
Sebagai seorang Mukmin, marilah kita menghayati Ramadhan yang ianya sinonim dengan ibadah puasa. Konotasi puasa membawa maksud yang tersurat dan tersirat. Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil
Ramadhan dengan segala amal penghayatannya akan memberikan pengalaman rohaniah yang unik dan istimewa. Menjadi harapan kita bersama agar Ramadan kali ini dapat menggerakkan hati nurani kita untuk melakukan pembaikan diri (self-improvement) serta meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif taqwa. Selamat menjalani ibadah Ramadan.
Friday, July 13, 2012
PENGERTIAN KONSEP HABLUN MINALLAH DAN HABLUN MINNAS
Pada asasnya manusia (man) mempunyai empat komponen psikologi iaitu fizikal, intelektual (kognitif), emosi dan spritual. Nilai atau tahap seseorang individu terhadap komponen tersebut dipanggil ‘kecerdasan’ atau ‘quotient’. Justeru setiap individu mempunyai tahap kecerdasan komponen psikologi berikut: a. Kecerdasan Spritual (SQ) b. Kecerdasan Emosi (EQ). c. Kecerdasan Intelektual (IQ) d. Kecerdasan Fizikal (PQ) Konsep Hablun MinAllah dan Konsep Hablun Minannas adalah tuntutan agama mengenai hukum/prinsip dan sistem perhubungan manusia dengan Allah (Hablun MinAllah) dan manusia sesama manusia (Hablun Minannas). Secara langsung tuntutan agama terhadap konsep Hablun MinAllah dan Konsep Hablun Minannas mempunyai hubungan dengan pembangunan dan perkembangan kecerdasan psikologi yang positif dan seimbang. Seterusnya pembangunan dan perkembangan tahap kecerdasan keempat-empat komponen psikologi (intelektual, kognitif, emosi, spiritual dan fizikal) yang berlatarkan konsep Hablun MinAllah dan Hablun Minnas pula akan menyumbang kepada pembentukan Jiwa dan Akal budi .
Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T, diamanahkan untuk memanfaat, mengurus, mentadbir dan membangun segala sumber yang telah dikurniakan-Nya dengan sebaik dan seamanah yang mungkin. Setiap tugas, peranan atau tanggungjawab yang telah diberikan hendaklah di laksanakan dengan sebaik mungkin dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dalam konteks kerjaya ketenteraan, untuk memenuhi tuntutan hubungan dengan Allah (Hablun MinAllah) secara menegak dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan hubungan sesama manusia (Hablun Minannas) setiap individu perlu melaksanakan suruhan Allah S.W.T dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya. Tanggungjawab ini hanya mampu dipikul oleh individu yang berusaha dengan penuh kesungguhan untuk mencari kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat. Bagi mencapai matlamat ini terdapat dua dimensi yang perlu dipenuhi oleh setiap anggota. Dimensi pertama, perlu meletakkan diri mereka sebagai seorang khalifah (pemimpin), manakala dimensi kedua, meletakkan diri mereka sebagai seorang hamba (petugas). Sebagai seorang khalifah, setiap anggota diamanahkan untuk mengurus, melaksanakan tugas, peranan atau tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh organisasi berdasarkan sumber yang sedia ada iaitu manusia, alat, dan kaedah (man, machine, method). Manakala sebagai seorang hamba, setiap anggota perlu tunduk dan patuh kepada segala arahan, larangan dan suruhan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Rajah berikut menjelaskan dinamika hubungan di antara konsep tuntutan Hablun MinAllah, Hablun Minannas dan kecerdasan komponen psikologi dengan pembentukan dan perkembangan jiwa serta akal budi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...