Buku ini ditulis bertujuan untuk memberikan panduan dan bekalan kepada generasi muda khususnya para pelajar UPNM yang bakal menceburi kerjaya ketenteraan sama ada dalam perkhidmatan Darat, Laut atau Udara dalam Angkatan Tentera Malaysia. Apa yang lebih penting ialah perlunya generasi muda hari ini menyediakan diri masing-masing untuk berkhidmat serta mempunyai nilai profesionalisme anggota (man), kemampuan menggunakan persenjataan dan peralatan (machine) serta keserasian metodologi atau doktrin ketenteraan (method). Konsep asas trilogi perlakuan ini terdiri dari tiga komponen utama iaitu komponen kognitif (keupayaan intelektual), komponen emosi atau perasaan dan komponen psikomotor (tingkah laku atau perlakuan). Hubungan yang saling melengkapi di antara kognitif atau sistem daya fikir dengan emosi atau perasaan akan melahirkan kesan (afektif) kepada psikomotor.
https://kdb.onpay.my/order/form/kdb01
No comments:
Post a Comment