Radikal dan radikalisme merupakan dua istilah yang sering dikaitkan
dengan tindakan kekerasan yang juga dikaitkan dengan keagamaan dan juga
tindakan terrorisme. Salah satu pendekatan bagi mencegah terus berlakunya
terrorisme ialah melalui strategi de-radikalisasi. Sebelum ini isu ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) dan kini isu DAESH (al-dowla al-islaamiyya fii-il-i’raaq wa-ash-shaam'). sering
diperbincangkan dan apa sahaja kejadian keganasan yang berlaku di mana sahaja
akan dikaitkan dengan kumpulan DAESH. Berlakunya keganasan atau teroris yang
sering dikaitkan dengan Islam masih menjadi tanda tanya dan persoalan yang
sukar dijawab, walaupun terdapat beberapa kajian ilmiah yang telah dilakukan
namun punca dan identiti pelaku masih menjadi tanda-tanya dam kabur.
Siapakah sebenarnya pelaku atau pencetus keganasan
ini? Terdapat pelbagai tuduhan yang mengaitkan organisasi Islam di
negara-negara tertentu atau individu Muslim tertentu yang dikaitkan dengan
keganasan atau teroris ini, tetapi tidak ada bukti yang jelas tentang dakwaan
tersebut. Dapatkan majalah Sinar Rohani Bil 2/2-17 terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi memahami dengan lanjut isu ini. Selaat membaca.