SECARA umumnya rakyat Malaysia kini telah lebih bersedia mendepani cabaran pandemik COVID-19. Pengurusan pengawalan pandemik COVIFD-19 gaya Malaysia ternyata berkesan dan memberikan impak yang jelas dalam mengawal penularan dan juga kaedah pencegahan serta rawatan kepada individu yang telah disahkan positif.
Pendekatan kerajaan Malaysia melalui
kaedah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah kawalan Pemulihan (PKP),
Perintah Kawalan Bersyarat (PKB) serta penjarakan fizikal pada peringkat awal
pengawalan penularan COVID-19 di negara ini tentunya berbeza dengan pendekatan lockdown dan juga penjarakan fizikal
yang digunakan di negara-negara lain yang ternyata agak keras dan menakutkan
rakyat seperti yang berlaku di negara China dan juga India.
Pelbagai peristiwa suka, duka kesan
dari pandemik COVID-19 ini telah kita lalui sejak 18 Mac yang lalu dan kita
kini sedang mengamalkan norma baru dalam pelbagai aspek kehidupan dan aktiviti
seharian dalam semua bidang ekonomi, politik dan juga sosial. Persoalannya apakah norma baru yang kita
bakal amalkan dalam usaha mengawal pandemik COVID-19 di negara ini akan
menimbulkan konflik sosial dalam masyarakat?
_______________________
Rencana telah disiarkan pada 4 Disember 2020 dalam BERITA HARIAN