Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi
Haji Ahmad (Bersara) merupakan seorang tokoh ulama yang telah memberikan
sumbangan yang besar dalam kemajuan dan syiar Islam dalam organisasi Angkatan
Tentera Malaysia. Kertas ini akan membincangkan secara khusus peranan beliau
dalam kemajuan dan pembangunan dakwah Islam dalam organisasi Angkatan tentera
Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Dalam usaha untuk
memartabatkan KAGAT sebagai organisasi dakwah yang cemerlang, beliau telah
menerapkan elemen ‘Dakwah melalui pendekatan secara harakah dan wasatiyyah’
dalam KAGAT melalui pelaksanaan dakwah secara bertahap iaitu tahap al-Taarif
(tahap penyebaran fikrah secara umum kepada orang ramai), tahap al-takwim (era pembentukan organisasi
dan bersedia untuk terus menyampaikan dakwah) dan tahap al-Tanfiz (tahap pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan
berterusan). Selain dari itu beliau turut menekankan pembinaan daie askari dalam kalangan pegawai ada
anggota KAGAT yang berperanan sebagai menyampaikan ilmu agama dan mengajak
seluruh warga ATM menghayati ajaran Islam. Dapatan kajian terhadap tokoh ulama
ini, yang dibuat melalui kajian perpustakaan telah mendapati bahawa tokoh ulama
ini telah memberikan impak yang besar terhadap kejayaan KAGAT pada hari ini
serta kemajuan pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan dalam
usaha membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya
tempur yang kuat serta rohani yang mantap.
Kata kunci: Angkatan Tentera Malaysia, daie askari, ulama, tokoh,
wasatiyyah,
No comments:
Post a Comment