TARIKH 1 Mac setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna kepada seluruh warga organisasi Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana tarikh tersebut merupakan tarikh ulang tahun sambutan organisasi Tentera Darat Malaysia dan tahun ini Tentera Darat meraikan sambutan ulang tahun ke 89, dengan tema ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’. Sudah pasti tema itu dipilih bertepatan dengan komitmen berterusan tentera darat dalam memenuhi keperluan kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan warga tentera darat.
Perlu
diakui juga peranan dan tanggungjawab Tentera Darat semakin meningkat dan
mencabar khususnya dalam suasana negara sedang mendepani cabaran pandemik
COVID-19 dan perkara ini turut diakui oleh Panglima Tentera Darat ke 28 Jeneral
Datuk Zamrose Mohd Zain yang mula memegang jawatan tersebut pada 11 Jun 2020
yang lalu. Bagi memastikan Tentera Darat Malaysia (TDM) terus kekal relevan
dengan peranan dan tugas yang telah sedia ada, Panglima Tentera Darat ke 28
itu, telah mengingatkan keseluruhan organisasi agar dapat berperanan dengan
melaksanakan tiga prinsip utama iaitu laksanakan apa
yang harus dilakukan, lakukan apa yang dikatakan akan dilaksanakan dan
laksanakan perkara yang betul. Menurut beliau lagi kesemua prinsip ini hanya
akan berjaya dilakukan oleh organisasi jika pihak dalam organisasi dapat
melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan melalui lima tonggak yang penting
iaitu, kelangsungan misi dan kesiagaan, memperkasakan keutuhan organisasi,
pelestarian kesejahteraan warga, pengukuhan perhubungan pertahanan dan
peningkatan hubungan TDM dengan pihak awam dan rakyat seluruhnya.
Rencana telah disiarkan dalam BERITA HARIAN 1 MAC
2022 Muka surat 11
No comments:
Post a Comment