Friday, July 19, 2024
Monday, July 8, 2024
IBADAH KORBAN DIDIK PEMIMPIN BERSIFAT RENDAH DIRI
PADA bulan Zulhijjah yang lalu umat Islam telah menyambut aidil adha dan seterusnya melaksanakan ibadah qurban dengan melakukan penyembelihan binatang ternakan sehingga 13 Zulhijjah. Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa melaksanakan qurban merupakan salah ibadah yang paling lama, sejak generasi awal umat Islam.
Dalam al-Quran Allah SWT menjelaskan tentang ibadah qurban bermula dengan kisah amalan qurban yang dilaksanakan oleh anak Nabi Adam Qabil dan Habil. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 27 menjelaskan tentang pelaksanaan qurban yang dilakukan oleh anak Nabi Adam ini yang bermaksud, “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa”.
Berdasarkan kisah anak-anak Nabi Adam ini, terdapat perbezaan dalam pelaksanaan qurban yang mereka lakukan. Pelaksanaan ibadah qurban oleh Habil diterima Allah kerana qurban yang dilakukan secara terbaik kerana dilakukan secara ikhlas, binatang qurban yang terbaik iaitu seekor kambing yang gemuk serta urusan yang sempurna, sedangkan Qabil bersifat berpura-pura, melaksanakan ibadah qurban dari bintang yang tidak berkualiti serta tidak ikhlas. Melalui kisah ini dapat difahami bahawa melakukan ibadah kepada Allah perlu dilaksanakan dengan penuh ketakwaan, keikhlasan berdasarkan kemampuan diri masing-masing dan juga sesuatu yang terbaik kita punyai atau mampu untuk dilakukan sesuai dengan firman Allah dalam ayat 92 Surah Ali-Imran yang bermaksud, “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”.
_________________
Rencana yang telah disairakan dalam BERITA HARIAN 16 JUN 2024
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...