--------------------
Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
DAKWAH
merupakan
proses memperkasakan nilai-nilai Islam dalam kehidupan disegenap bidang. Para Nabi
dan Rasul terdahulu telah memikul amanah ini dengan penuh komitmen walaupun
menghadapai pelbagai rintangan dan dugaan. Nabi Muhammad SAW telah
menyempurnakan tugas dakwah tersebut dengan pelbagai contoh teladan dalam
segenap bidang kehidupan.
Rasulullah
SAW telah memperkukuhkan akidah tauhid yang bersih dari syirik, meletakkan
nilai-nilai Islam secara bertahap dalam masyarakat sehinggalah landasan iman
tersebut dibangunkan kehidupan sosial, ekonomi, politik serta pembentukan
negara Islam Madinah. Merujuk usaha-usaha dakwah di negara kita yang bermula
pada tahun 1970 an atau pada era ‘gerakan dakwah’ atau ‘era kebangkitan Islam’
yang telah dipelopori oleh saudara Anwar Ibrahim melalui Angkatan Belia Islam
(ABIM) dan kini usaha-usaha dakwah tersebut diteruskan dalam bentuk dakwah
negara oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke 10 melalui
pendekatan Malaysia Madani.
------------------------------------
Rencana yang telah disiarkan dalam DEWAN MASYARAKAT DBP BIL 8/2024 muka surat 26 dan 27.
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024