Friday, January 2, 2015
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436
Oleh Dr Burhanuddin Jalal
Beberapa hari lagi kita umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia akan memperingati sambutan Maulidur Rasul. Ternyata bahawa jarak masa peninggalan Nabi Muhammad dengan umatnya sehingga masa kini sudah menjangkau 15 abad lamanya. Namun demikian, berdasarkan beberapa hadis yang ditinggalkan ternyata Baginda masih memberi ruang kepada seluruh umatnya untuk berdamping dengan baginda di hari Kiamat kelak sekiranya umat-umatnya mampu melaksanakan sunnah yang ditinggalkan.
Berdasarkan hadis-hadis nabi terdapat empat perkara yang digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi meraih kedudukan untuk bersama dengan nabi pada hari kiamat kelak, antaranya ialah:
Pertama: Sentiasa memperbanyakkan membaca salawat ke atas nabi.
Kedua: Memelihara dan mengasihi anak yatim.
Ketiga: Menjadi pemimpin yang amanah, benar, bijaksana serta aspek penyampaian yang baik.
Keempat: Mempunyai akhlak yang mulia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment