Thursday, September 20, 2018

ATM LAKSANA PENYESUAIAN KEKAL RELEVAN


.......... Hakikatnya, di Malaysia, isu hubungan tentera-masyarakat tidak menjadi masalah kepada rakyat. Angkatan Tentera Malaysia terus melakukan pelbagai penyesuaian agar dapat berfungsi secara berkesan, agar organisasinya kekal relevan dalam ruang alam ianya beroperasi. Penyesuaian secara bijak dirintis demi memastikan ia tidak berakhir sebagai dinosaur yang pupus ditelan zaman”. Usaha gigih tentera membantu masyarakat dan negara merupakan pendekatan yang digunakan masa kini dan ternyata amat berkesan sekali.


Ternyata dalam konteks negara kita Malaysia, Institusi Angkatan Tentera Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1933 itu  dan kini di terajui oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkili bin Haji Zainal Abidin sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke 20   tentunya mempunyai visi untuk terus memacu organisasi ATM ke arah kecemerlangan dan terus berperanan sebagai benteng pertahanan negara serta  merealisasikan angkatan tentera yang sentiasa siaga untuk melindungi kedaulatan dan integriti negara.  Berita Harian 19 September 2018. 

Thursday, September 13, 2018

Umat Islam Semakin Hilang Kesedaran Jadi Ummah Terbaik



Sesungguhnya peristiwa hijrah tersebut telah berlalu dan tidak keterlaluan jika dikatakan setelah wafatnya Nabi Muhammad, umat Islam menghadapi pelbagai cabaran khususnya krisis kepimpinan. Ini bermaksud para pemimpin yang datang dan pergi selepas zaman Nabi Muhammad telah memberikan kesan kesatuan umat Islam khususnya dari perpaduan kepada perpecahan. Namun demikian, perlu diakui bahawa para pemimpin Islam pada abad pertama selepat kewafatan Nabi, khususnya para pemimpin khulafak al-Rasyidin hingga abad kedua setelah peristiwa hijrah telah berjaya mengurus umat Islam sehingga lahirnya ramai ulama, ilmuwan dan Islam berkembang hebat seluruh dunia.
Namun kini senarionya ternyata berbeza. Hampir keseluruhan negara Islam mengalami masalah atau kerapuhan dalam kepemimpinan sehingga banyak negara-negara umat Islam mengalami pelbagai masalah.  Ini seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam di Timur Tengah khususnya di Lubnan, Mesir, Iraq, Libya, Palestine, Yaman dan juga Syria. Negara Syria pada ketika ini sedang mengalami krisis yang cukup menyedihkan, kerana seolah-olah pemimpin negara tersebut sedang melakukan pembunuhan secara terbuka terhadap rakyatnya sendiri dengan bantuan negara lain demi cita-cita dan kepentingan tertentu. Sesungguhnya ini satu bentuk kepemimpinan yang tidak dibenarkan dan tidak wajar diterima. 

Dalam konteks negara kita Malaysia, khususnya selepas Pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) umat Islam di negara kita juga seolah-olah mengalami krisis kepimpinan. Ini dapat dilihat dari beberapa isu yang melibatkan umat Islam di negara ini yang ada kalanya terzahir kelemahan umat Islam dan rendahnya imej Islam dalam kalangan umat atau bangsa lain sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia amnya. - BERITA HARIAN 12 SEP 2018

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024