Sesungguhnya peristiwa hijrah tersebut
telah berlalu dan tidak keterlaluan jika dikatakan setelah wafatnya Nabi
Muhammad, umat Islam menghadapi pelbagai cabaran khususnya krisis kepimpinan.
Ini bermaksud para pemimpin yang datang dan pergi selepas zaman Nabi Muhammad
telah memberikan kesan kesatuan umat Islam khususnya dari perpaduan kepada
perpecahan. Namun demikian, perlu diakui bahawa para pemimpin Islam pada abad
pertama selepat kewafatan Nabi, khususnya para pemimpin khulafak al-Rasyidin
hingga abad kedua setelah peristiwa hijrah telah berjaya mengurus umat Islam
sehingga lahirnya ramai ulama, ilmuwan dan Islam berkembang hebat seluruh
dunia.
Namun kini senarionya ternyata berbeza.
Hampir keseluruhan negara Islam mengalami masalah atau kerapuhan dalam
kepemimpinan sehingga banyak negara-negara umat Islam mengalami pelbagai
masalah. Ini seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam di Timur
Tengah khususnya di Lubnan, Mesir, Iraq, Libya, Palestine, Yaman dan juga
Syria. Negara Syria pada ketika ini sedang mengalami krisis yang cukup
menyedihkan, kerana seolah-olah pemimpin negara tersebut sedang melakukan
pembunuhan secara terbuka terhadap rakyatnya sendiri dengan bantuan negara lain
demi cita-cita dan kepentingan tertentu. Sesungguhnya ini satu bentuk kepemimpinan
yang tidak dibenarkan dan tidak wajar diterima.
Dalam konteks negara kita Malaysia,
khususnya selepas Pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) umat Islam di negara kita
juga seolah-olah mengalami krisis kepimpinan. Ini dapat dilihat dari beberapa
isu yang melibatkan umat Islam di negara ini yang ada kalanya terzahir
kelemahan umat Islam dan rendahnya imej Islam dalam kalangan umat atau bangsa
lain sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia amnya. - BERITA HARIAN 12 SEP 2018
No comments:
Post a Comment