Monday, November 29, 2021

Pendakwah perlu waspada sebar kisah konspirasi


Pendakwah perlu terus membetulkan niat, pemikiran yang fokus, keazaman untuk membina penambahbaikan dalam berdakwah serta kesedaran untuk terus membina dan memperbetulkan umat ke arah kebaikan. Untuk mencapai ke arah tersebut para pendakwah perlu berwaspada terhadap beberapa halangan atau cabaran yang mungkin boleh memesongkan kesatuan pendakwah dalam usaha untuk bersama menggembleng tenaga dan usaha ke arah membantu negara seperti yang dihasratkan. Bagi mencapai matlamat tersebut para pendakwah perlu terus berpegang kepada matlamat utama dakwah iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan petunjuk, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar (al-amr bi al ma’ruf wa an-nahyl al-munkar) untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain ia merupakan satu tanggungjawab dan niat tersebut jangan bertukar berdakwah menjadi kepada kerjaya, dan inilah yang berlaku dan sekali gus akan mewujudkan banyak aspek luaran atau teknikal berbanding intipati dan hakikat dakwah, suka berlengah berbanding bergerak aktif, munculnya kelompok atau individu yang mengaku sebagai pendakwah tetapi lebih bersifat pura-pura berbanding sifat yang jujur dan benar. Musibah ini amat berbahaya kerana ia boleh menjauhkan umat Islam dari hakikat dakwah yang sebenar dan sekali gus memudahkan musuh Islam menentang kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan.

______________

Rencana yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN 28 Nov 2021 


Wednesday, November 10, 2021

Kepimpinan dan Pemikiran Strategik Muhammad Al-Fateh


Judul: Kepimpinan dan Pemikiran Strategik Muhammad Al-Fateh
Penulis: Burhanuddin Jalal, Ezad Azraai Jamsari, Ammalina Dalilah Mohd Isa
Penerbit: Penerbit UPNM
Tahun terbit: 2021

Buku terbaru yang ditulis bersama Ezad Azraai Jamsari dan Ammalina Dalilah Mohd Isa, dan diterbitkan oleh Penerbit UPNM. Buku ini membincangkan strategi perang Sultan Muhammad al-Fateh sepanjang pemerintahan beliau dari tahun 1451M hingga tahun 1481M. Beliau merupakan antara tokoh pemimpin Islam yang bijak, masyhur dan disegani. Ketokohan, kepimpinan dan kebijaksanaan beliau dapat dilihat menerusi kejayaan beliau dalam menyusun strategi perang serta memimpin tentera dalam setiap peperangan yang berlaku. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti aspek kepimpinan dan pemikiran strategik Muhammad al-Fateh dalam era pemerintahan beliau, menjelaskan strategi yang telah digunakan oleh Muhammad al-Fateh dalam mendepani para musuhnya khususnya kaedah yang digunakan sebelum, semasa dan selepas berlakunya peperangan dan juga menganalisis tahap kekuatan dan kejayaan Muhammad al-Fateh dalam meningkatkan pengurusan tenaga manusia pertahanan yang melibatkan politik, ekonomi dan juga kekuatan ketenteraan. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi metode kajian sejarah dan analisis kandungan dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer dan sekunder. Kajian ini menghujahkan bahawa strategi perang Sultan Muhammad al-Fateh boleh diklasifikasikan sebagai berkesan dan berjaya dalam kebanyakan peperangan yang diturut serta. Faktor keberkesanan strategi perang beliau yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini ialah elemen kejutan (element of surprise), kuasa serangan dan morale anggota tentera.

Saturday, October 30, 2021

KAGAT 1988-2019


DUNIA ketenteraan yang penuh cabaran serta telah memberi banyak pengalaman serta pengajaran telah berjaya diharungi dan kini beralih ke dunia akademik yang turut menuntut kesungguhan, kesabaran serta iltizam yang tinggi. Moga cabaran ini dapat ditempohi dengan kejayaan dan semoga diberi kekuatan, kesabaran dan juga iltizam. Doakan saya untuk itu. Terima kasih. 

BUKU DAN PERADABAN

 


Bagi pencinta buku, tarikh 23 April setiap tahun amat bermakna kerana tarikh tersebut merupakan hari buku sedunia. Dari segi sejarahnya tarikh ini dipilih bagi memperingati William Shakespeare yang meninggal dunia pada tarikh tersebut pada 1616. Apabila menyebut tentang buku ianya selalu dikaitkan dengan perpustakaan. Dalam hal ini Ibn Khaldun dalam kitabnya ‘al-Mukaddimah’ menyebutkan bahawa teras utama peradaban manusia ialah ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan bermula daripada buku dan seterusnya menjadi perpustakaan. Dalam peradaban Islam perpustakaan telah memberikan impak yang besar terhadap kemajuan dan peradaban manusia.

Sesungguhnya ilmuwan Islam amat memberikan penghormatan yang besar terhadap buku dan perkara ini pernah dinyatakan oleh Muhyiddin Ibn Arabi dalam bukunya ; Muhadharat al-abrar wa musamarah al-akhyar’ yang dikutip oleh Ahmad Shalaby dalam bukunya ‘History of Muslim Education (1954) yang menyatakan bahawa, “buku ialah tetamu yang singgah sebentar, tinggal bersama, menjadi bayangan bahkan sebahagian dari anggota badan manusia dan di masa yang lain buku seumpama taman, sebagai lidah penyambung kata-kata dengan orang yang telah meninggal dunia dan menjadi juru bicara bagi orang yang masih hidup”.

Bagi ilmuwan Islam Jahiz, beliau menyatakan, “buku akan diam selama mana pembacanya memerlukan kesunyian, fasih berkata-kata jika pembacanya inginkan perbincangan, tidak mengganggu ketika pembacanya berkata-kata, apabila pembacanya kesunyian ia akan menjadi teman yang paling akrab, menjadi rakan atau teman yang tidak pernah curang sekali gus menjadi rakan yang tidak pernah membosankan”.



Thursday, October 28, 2021

Memperkasa Ekosistem Amalan Wakaf di Malaysia







Perlu kita akui bahawa tahap kesedaran atau literasi wakaf dalam kalangan umat Islam di Malaysia masih rendah berbanding dengan amalan zakat. Perspektif 'wakaf' dalam bentuk tradisional di Malaysia perlu berubah dan konsepnya perlu mengambil contoh pelbagai pendekatan melaksanakan amalan wakaf di negara-negara yang telah maju dalam amalan wakaf. Rencana ini telah disiarkan dalam Majalah Dewan Tamadun Islam Bil 9/2021. Selamat membaca.

Wednesday, October 27, 2021

PERHEBAT DAKWAH SECARA DIGITAL

Rencana yang telah disiarkan dalam Majalah Dewan Tamadun Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Bil 11/2021. 

 

Friday, October 8, 2021

Kembalikan tujuan utama politik mengikut perspektif Islam


 Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 8 Oktober 2021 yang mengulas tentang gelora ahli politik di Malaysia. Semoga dapat dimanfaatkan 

Sunday, September 26, 2021

MENEKUNI MAKSUD ' SEVEN HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE'




 

SEVEN HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE

WADAH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memulakan siri latihan dalam kalangan ahli sebagai usaha mengukuh komitmen terhadap organisasi dalam kalangan ahli. Latihan berteraskan buku ' SEVEN HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE' yang ditulis oleh Stephen Robinson Covey dan latihan dikendalikan oleh Trainer yang memperoleh latihan tentang maksud dan arah matlamat buku tersebut dari Stephen Robinson Covey yang menulis buku tersebut,  iaitu Tuan Haji Farid Faiz.

Tuesday, August 24, 2021

PROGRAM LAKSAMANA - LATIHAN KEPIMPINAN MAHASISWA NASONAL


 

Baru-baru ini (23 Ogos 2021) telah turut serta dalam menjayakan program Latihan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (LAKSAMANA) yang dianjurkan oleh UPNM dan juga KPT.  Program ini mensasarkan pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Objektif program LAKSAMANA ini adalah untuk memupuk semangat jati diri dan pembinaan sahsiah pemimpin mahasiswa; melahirkan pemimpin mahasiswa yang memiliki peribadi unggul dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi; serta melahirkan pemimpin mahasiswa yang kompeten dalam membuat keputusan.

SEMANGAT MUHAMMAD AL-FATEH DAN GENERASI MUDA


 Pagi ini, 14 Ogs 2021 -Sabtu, berbual bicara dengan pelajar KUIS tentang Muhammad al-Fateh yang boleh dikaitkan dengan strategi ketenteraan masa kini, juga tidak ketinggalan ada hubungan dengan dakwah askari selari dengan tagline KUIS, daie, ulama dan umara'. Perbincangan yang menarik bersama anak muda yang penuh bersemangat untuk mengikuti jejak langkah Muhammad al-Fateh. Untuk mendalami kisah-kisah Muhammad al-Fateh banyak buku-buku yang membicarakan kisah beliau.







Wednesday, August 11, 2021

HIKMAH HIJRAH TUNTUT PERUBAHAN, PENAMBAHBAIKAN DIRI


 

Umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia telah memasuki tahun baru Hijrah 1443. Walaupun majlis sambutan tahun baru hijrah atau sambutan Maal Hijrah tahun ini tidak begitu meriah kerana negara masih mendepani cabaran pandemik COVID-19 yang semakin mencabar dalam pelbagai aspek kehidupan individu dan juga memberi kesan terhadap ekonomi dan kestabilan pelbagai aspek dalam pentadbiran negara. Namun demikian, amat penting bagi setiap individu Muslim mengambil berat atau cakna terhadap penggantian tahun hijrah ini bagi melakukan perubahan seperti mana perubahan yang berlaku dalam makna hijrah yang dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

____________

Rencana yang telah disiarkana dalam BERITA HARIAN pada 11 Ogos 2021.

Tuesday, June 29, 2021

DAKWAH DIGITAL ERA PANDEMIK COVID 19




 

Abstrak

Dakwah pada asasnya mengandungi ide ke arah pembentukan peradaban iaitu usaha yang berterusan serta sistematik oleh individu yang beriman agar dapat membina generasi yang unggul dan terbaik. Dalam era pemodenan dan digital, para pendakwah sewajarnya memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi untuk dakwah. 

Kertas ini telah dibentangkan ke The 1st International Webinar on Islamic Studies and Civilisation (IWISC2021) Anjuran Fakulti Tamadun islam UTM pada 29th June 2021



 

Wednesday, June 23, 2021

CATATAN AUTOGRAFI

Menulis merupakan kerja seni. Oleh itu untuk menulis sebuah kisah hidup perlukan kebolehan dan kemahiran yang unik. Penulisnya mesti mengenali dengan mendalam subjek atau tokoh yang akan ditulis. Penulis juga mestilah mesti sabar membuat penyelidikan, bertekun dengan manuskrip yang ditulis iaitu dengan menyemak fakta yang diperoleh dan yang bakal dikarang. Biografi, autografi, memoir, travelog, kumpulan surat peribadi merupakan beberapa bentuk tulisan dalam genre ini.

Hasrat untuk menulis autografi perlu dimulakan dengan hasrat untuk berkongsi pengalaman yang ada, dan  semuga ia dapat dimanfaatkan oleh generasi berikutnya. Semoga saya mampu untuk mengikut jejak tokoh-tokoh dan penulis yang telah berjaya menghasilkan autografi mereka.  

23 Jun 2021
 

Sunday, April 25, 2021

PERPUSTAKAAN BERI IMPAK BESAR TAMADUN ISLAM



Bagi pencinta buku, tarikh 23 April setiap tahun amat bermakna kerana tarikh tersebut merupakan hari buku sedunia.  Dari segi sejarahnya tarikh ini dipilih bagi memperingati William Shakespeare meninggal dunia pada tarikh tersebut pada tahun 1616.

     Apabila menyebut tentang buku ianya selalu dikaitkan dengan perpustakaan. Dalam hal ini Ibn Khaldun dalam kitabnya ‘al-Mukaddimah’ menyebutkan bahawa teras utama peradaban manusia ialah ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan bermula dari buku dan seterusnya menjadi perpustakaan. Dalam peradaban Islam perpustakaan telah memberikan impak yang besar terhadap kemajuan dan peradaban manusia. Sesungguhnya ilmuwan Islam amat memberikan penghormatan yang besar terhadap buku dan perkara ini pernah dinyatakan oleh Muhyiddin Ibn Arabi dalam bukunya ; Muhadharat al-abrar wa musamarah al-akhyar’ yang dikutip oleh Ahmad Shalaby dalam bukunya ‘History of Muslim Education (1954) yang  menyatakan bahawa, “buku ialah tetamu yang singgah sebentar, tinggal bersama, menjadi bayangan bahkan sebahagian dari anggota badan manusia dan di masa yang lain buku seumpama taman, sebagai lidah penyambung kata-kata dengan orang yang telah meninggal dunia dan menjadi juru bicara bagi orang yang masih hidup”. 

__________________

Rencana yang telah diterbitkan dalam BERITA HARIAN 25 April 2021. 

Saturday, March 27, 2021

Menyumbangkan kepakaran yang ada




 

IMPLEMENTATION OF ISLAMIC DA'WAH IN THE MALAYSIAN ARMED FORCES: THE EXPERIENCE OF THE ARMED FORCES RELIGIOUS CORPS


 Artikel berkaitan peranan Kor Agama Angkatan Tentera dalam usaha-usaha dakwah Islamiah dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia. Telah di siarkan dalam Journal of Contemporary issues in Business and Government vol 27 no 2 Mac 2021

Wednesday, March 3, 2021

SINERGI TENTERA DARAT DAN RAKYAT: TUNJANG KEDAULATAN NEGARA”.

TENTERA DARAT MALAYSIA (TDM), menyambut Ulang tahun ke 88, pada 1 Mac 2021 dengan tema sambutan ‘Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara”. Tentunya sambutan ulang tahun pada tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun yang lepas, khususnya dalam keadaan norma baru kesan dari pandemik COVID-19.
 Peranan dan pertambahan tanggungjawab Tentera Darat terhadap negara dalam suasana negara sedang mendepani cabaran pandemikCOVID-19 turut diakui oleh Panglima Tentera Darat ke 28 Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain yang mula memegang jawatan tersebut pada 11 Jun 2020 yang lalu. Bagi memastikan Tentera Darat Malaysia (TDM) terus kekal relevan dengan peranan dan tugas yang telah sedia ada, Panglima Tentera Darat ke 28 itu, telah mengingatkan keseluruhan organisasi agar dapat berperanan dengan melaksanakan tiga prinsip utama iaitu laksanakan apa yang harus dilakukan, lakukan apa yang dikatakan akan dilaksanakan dan laksanakan perkara yang betul. Menurut beliau lagi kesemua prinsip ini hanya akan berjaya dilakukan oleh organisasi jika pihak dalam organisasi dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan melalui lima tonggak yang penting iaitu, kelangsungan misi dan kesiagaan, memperkasakan keutuhan organisasi, pelestarian kesejahteraan warga, pengukuhan perhubungan pertahanan dan peningkatan hubungan TDM dengan pihak awam.

_______________________

Rencana yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN pada 2 Mac 2021
 

Thursday, February 4, 2021

MEMANTAPKAN PENGURUSAN DAKWAH


 

Dakwah Islamiah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan dan penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan dakwah yang sistematik sesuai dengan saranan al-Quran supaya dakwah disampaikan dan disebar luaskan secara hikmat dan berkesan. Pelaksanaan dakwah juga  memerlukan kesungguhan dan istiqamah.Matlamat dakwah tidak akan tercapai jika usaha dakwah hanya dianggap sebagai satu hobi masa lapang atau sekadar memenuhi keperluan sesuatu masa atau tempat. Sikap berpuas hati dengan usaha dakwah yang minimum tidak seharusnya wujud di kalangan pengikut Nabi Muhammad s.a.w.

 

Salah satu perkara  penting yang menjayakan dakwah Islamiah  ialah aspek pengurusan dakwah. Aspek pengurusan dakwah yang mantap dan sistematik adalah keperluan asas kepada kemajuan dan kecemerlangan dakwah. Perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek perancangan, pengorganisasian, pemantauan dan kepimpinan adalah antara aspek pengurusan yang perlu difahami oleh pendakwah dan organisasi. Pengurusan dakwah yang terancang akan memastikan objektif dakwah iaitu keselamatan dan kesejahteraan umat tercapai.

Bagi Syed Othman al-Habsyi (1998), Pengurusan dakwah  adalah pengurusan yang mampu menentukan  dakwah matlamat dakwah yang sebenar, menentukan objektif, strategi dan program yang wajar dilaksanakan, mengawal dan melaksanakan segala  tugas yang telah ditentukan, mengenal pasti segala masalah serta strategi pelaksanaannya dan membiayai segala program yang dirancang. Berdasarkan kepada pengertian tersebut, pada umumnya pengurusan dakwah perlu mempunyai perkara-perkara seperti, penentuan matlamat, objektif dakwah, strategi dakwah, struktur  pengurusan, perancangan program dan juga belanjawan.

__________________________

Telah diterbitkan dalam Dewan Tamadun Islam Terbitan DBP bulan Disember 2020

 


DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024