Menulis merupakan kerja seni. Oleh itu untuk menulis sebuah kisah hidup perlukan kebolehan dan kemahiran yang unik. Penulisnya mesti mengenali dengan mendalam subjek atau tokoh yang akan ditulis. Penulis juga mestilah mesti sabar membuat penyelidikan, bertekun dengan manuskrip yang ditulis iaitu dengan menyemak fakta yang diperoleh dan yang bakal dikarang. Biografi, autografi, memoir, travelog, kumpulan surat peribadi merupakan beberapa bentuk tulisan dalam genre ini.
Hasrat untuk menulis autografi perlu dimulakan dengan hasrat untuk berkongsi pengalaman yang ada, dan semuga ia dapat dimanfaatkan oleh generasi berikutnya. Semoga saya mampu untuk mengikut jejak tokoh-tokoh dan penulis yang telah berjaya menghasilkan autografi mereka.
23 Jun 2021
No comments:
Post a Comment