Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal
Isu kepimpinan sentiasa dibincangkan dan baru-baru ini telah diadakan Seminar Fiqh Mentaati pemimpin. Tentunya salah satu tujuan seminar tersebut kemungkinan selain dari untuk membina kepimpinan yang baik ia juga bertujuan untuk membina pengikut yang baik atau dal;am erti kata lain mentaati pemimpin.
Kepimpinan yag baik akan meningkatkan moral dan kepimpinan yang lemah akan menjatuhkan moral.
Untuk mencapai tujuan itu, seseorang pemimpin mestilah dapat menjaga dirinya demi kepentingan rakyat atau orang-orang di bawah kepimpinannya. Pemimpin mesti mengotakan apa yang dicakap, melaksanakan keputusan yang tepat dan patuh kepada peraturan sebelum ia menyuruh orang lain melakukannya. Seorang pemimpin juga perlu sedar bahawa tanggungjawab amanah, nilai-nilai akhlak yang mulia, mengambil berat terhadap nasib orang bawahan dan juga mengambil keputusan yang tepat serta tidak berat sebelah. Seorang pemimin juga mesti mempunyai pandangan hidup yang baik, beriman dan tidak bermuka-muka (hipokrit), serta sanggup mengorbankan kepentingan dirinya demi orang bawahan dan ia juga mesti sanggup tidak cepat jemu atau bosan dalam bekerja, tidak mudah dipengaruhi dan juga mempunyai idea yang cukup jelas dan baik untuk mengurus rakyat dan organisasi.
Pemimpin yang bersikap dan mempunyai ciri-ciri sedemikian, akan sanggup diikuti, ditaati dan dipatuhi oleh orang orang-orang di bawah pimpinannya walaupun berdepan dengan kematian demi kebaikan. Pemimpin seperti ini juga dapat meningkatkan moral dan daya juang rakyat setinggi-tingginya. Pemimpin seperti inilah yang mampu membawa pasukan dan angkatan ke arah kemenangan. Sebagai contoh orang-orang di bawah pimpinan Khalid al-Walid mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang dan berkesan kerana Khalid al-Walid tidak pernah lalai dan kepimpinannya serta ditambah lagi dengan beberapa keistimewaan yang ada dalam diri Khalid al-Walid. Ini sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Hajj ayat 40-41 yang bermaksud, “ Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "
tuhan kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); sesungguhnya Allah maha kuat, lagi maha kuasa, iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.
No comments:
Post a Comment