Sunday, June 10, 2012
MENGUKUH DAYA JUANG TENTERA DAN RAKYAT
Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal
Daya juang ketenteraan atau military morale bermaksud tahap keyakinan, ketabahan, pengorbanan dan sikap keberanian yang tinggi bagi melaksanakan sesuatu tugas yang diperlukan oleh pasukan atau Tentera Darat secara amnya.
Dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke 24, Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, telah menekankan tentang aspek pengukuhan daya juang atau disebut sebagai military morale ini untuk terus diperkukuh dan dimantapkan dalam kalangan seluruh warga Angkatan Tentera Darat Malaysia Bagi pengukuhan daya juang atau military morale, terdapat enam ciri yang perlu diperkukuhkan dalam kalangan seluruh warga Tentera Darat iaitu:
• Penampilan kepahlawanan (warrior appearance).
• Tingkah laku diri yang jelas ( Clear personal conduct).
• Kesopanan ketenteraan (Standard of military courtesy).
• Tanggungjawab kepada peralatan (responsibility for equipment).
• Kemahiran Ketenteraan (Military skill).
• Motivasi dalam latihan (Training motivation).
Dalam usaha untuk mencapai dan merealisasikan enam akal budi tersebut, Panglima Tentera Darat seterusnya menekankan tentang tiga perkara yang perlu dititik beratkan iaitu:
Pertama: Konsep Hablun MinAllah ( Hubungan dengan Allah). Konsep hubungan manusia dengan Alah yang mampu memperkasakan daya juang yang tulen.
Kedua: Konsep Hablun Minnas (Hubungan sesama manusia). Konsep hubungan sesama manusia yang akan memperteguhkan tanggungjawab pengurusan anggota.
Ketiga: Konsep trilogi pengurusan tingkah laku. Konsep yang merangkumi aspek pengurusan komponen kognitif (fikiran), emosi dan tingkah laku.
Beberapa garis panduan yang telah ditekankan oleh PTD itu pada asasnya adalah untuk membangun dan menyuburkan daya juang atau moral yang mampu mewujudkan Tentera Darat yang mantap dan kukuh serta sebagai 1Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia bagi mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan negara.
Dari segi sejarah, khususnya sebelum perang dunia kedua, moral ditakrifkan sebagai “sifat-sifat tentera yang terlatih dan diuji atas kepatuhan mutlak yang membezakan dengan kumpulan bersenjata biasa. Sifat-sifat ini terjelma dalam bentuk kepatuhan yang ditegakkan atas asas cinta menyuburkan keberanian dan melahirkan ketabahan di dalam menghadapi kesulitan dan kesukaran sekaligus menimbulkan sifat istimewa yang menjadikan seseorang tentera itu patuh, gagah dan tabah”.
Definisi ini hanya meliputi pasukan tentera sahaja kerana peperangan pada masa itu adalah peperangan antara tentera dengan tentera sahaja, tetapi pada hari ini apabila berlakunya peperangan ia akan melibatkan pihak tentera, rakyat dan negara keseluruhannya.
Oleh yang demikian, definisi moral dalam konteks masa kini ialah, “kuasa yang tersembunyi di dalam hati manusia yang membuatnya sanggup berterusan bekerja dan berfikir dengan penuh keazaman dan keberanian walau bagaimana keadaan persekitarannya”.
Definisi ini meliputi keseluruhan negara dan rakyat dan bukan dalam konteks tentera semata-mata, dan definisi ini juga boleh dikatakan bahawa setiap individu rakyat mestilah berani, tidak penakut, tidak lemah, percaya diri, tidak rasa hina diri, sanggup mempertahankan negara, tidak mudah hilang pertimbangan, bersedia berkorban jiwa dan negara untuk negara atau dengan lebih tepat lagi setiap rakyat mesti mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment