Wednesday, September 17, 2014
MATLAMAT DAN TUJUAN MATA PELAJARAN TITAS
Dr Burhanuddin Jalal
SALAH satu mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar di IPTA dan IPTS di Malaysia pada hari ini adalah mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Tumpua utama kandungan kursus ini ialah terhadap ilmu ketamadunan dan pengetahuan tentang tamadun-tamadun besar dunia iaitu tamadun Islam, tamadun Melayu, tamdun India dan juga tamadun Cina. Kursus ini turut menyediakan pemikiran dan kesedaran kepada para pelajar tentang apa yang sebenarnya yang berlaku dalam sejarah tamadun umat manusia khususnya di sebelah Asia bahasa yang berlaku bukanlah pertembungan dan konflik tamadun tetapi sebaliknya interaksi membangun, pertukaran idea dan budaya hasil dari proes pinjam memimjam antara tamadun.
Subjek TITAS juga diharap dapat menyumbang kepada keharmonian agama dan kaum sekiranya kesedaran mendalam terhadap kepentingan nilai-nilai bersama sebagai faktor penyatuan masyarakat dan kesedaran mendalam terhadap kepentingan perbezaan dan pelbagaian sebagai punca kejayaan dan kekuatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment