Tuesday, December 9, 2014
MENGHARGAI ULAMA
Oleh: Dr Burhanuddin Jalal
SEJAUH manakah kita menghargai para ulama? Dalam konteks negara Malaysia yang telah memperuntukkan perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia menyebutkan bahawa ”Islam adalah agama Persekutuan”. Sebagai Muslim- Melayu di Malaysia seharusnya bersyukur kerana tanah air kita dibina dan dibangunkan di atas sebuah tapak sejarah keislaman yang kukuh sehingga binaan kenegaraannya dipengaruhi oleh unsur keislaman tersebut.
Bagi memastikan negara terus mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah Saba’ ayat 15 yang bermaksud, ” Bersyukurlah kepadanya(negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”. Salah satu cara yang perlu sama-sama kita lakukan ialah dengan menghargai dan menghormati para ulama kita yang sentiasa menasihati, membimbing, mengajar dan memastikan setiap insan Muslim berada dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wataala.
Dalam suasana negara yang penuh makmur, aman dan sejahtera ini serta Allah telah mengurniakan para pemimpin dan yang menyedari tentang keperluan dan kepentingan penghayatan agama khusus agama Islam, kita sebagai masyarakat Islam di Malaysia perlu terus menghargai para ulama yang ikhlas untuk mendidik atau menegur kita jika berlakunya kesilapan atau kekhilafan dalam hidup ini. Selain dari itu kita juga perlu mengambil iktibar dari sebuah hadis nabi riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud, ”Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekali gus hamba-hambaNya, tetapi Allah menghapuskan ilmu itu dengan kematian para ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dalam kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya, mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment