Tuesday, February 24, 2015

PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Oleh: Dr Burhanuddin Jalal


 



Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak asing lagi bagi guru ataupun pensyarah. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini. Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.
Namun, ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban kepada pensyarah apabila mereka tidak berjaya menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini. Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini seiring dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar disamping melahirkan pelajar kreatif.

Menyedari hakikat tersebut Jabatan Kenegaraan, kepimpinan dan Ketamadunan UPNM telah mengambil langkah awal bagi melaksanakan program peningkatan pengajaran bagi menggunakan  kaedah open learning yang dilaksanakan oeh Kementerian Pengajian Tinggi yang telah melaksanakan pendekatan pengajian dan pembelajaran melalui atas talian atau dipanggil sebagai Massive Open Online Course –MOOC).    Program melalui MOOC ini adalah model penyampaian secara terbuka dengan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan menggunakan laman web yag telah disediakan dan kursus berstruktur ke arah satu matlamat yang telah ditetapkan. Dua kursus yang perlu dilaksanakan secara interaktif ini ialah kursus Tamadun Islam dan tamdun Asia serta Kursus Hubungan Etnik. Semoga pendekatan ini dapat meningkatkan lagi tahap pengajaran dan terus menjadi pensyarah yang bitara.



 
 

No comments:

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024