KEJADIAN rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman
di USJ Puchong, Selangor baru-baru ini amat membimbangkan sekiranya tidak
diurus dengan baik dan berkesan. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah
masyarakat berbilang agama dan budaya
yang pada asasnya hidup secara aman dan damai. Kepelbagaian ini adalah satu
keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang sering
dicontohi oleh masyarakat antarabangsa. Namun, sebagai sebuah negara berbilang
kaum dan budaya, masyarakat Malaysia kadangkala berhadapan dengan isu-isu
sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian. Isu-isu ini
selalunya menyentuh soal-soal perbezaan kefahaman mengenai agama, budaya dan
kaum masing-masing. Justeru, perbezaan dan kepelbagaian ini perlu ditangani dan
diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan tercetusnya sebarang perkara yang
tidak diingini.
Selain
dari itu juga, pada bulan November yang lalu pihak Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan “Isu dan Cabaran dalam Hubungan
Masyarakat Majmuk Di Malaysia” yang bertujuan memberi ruang kepada pelbagai
pihak berbincang tentang perkara ini demi memupuk budaya berdialog yang sihat
supaya dapat dikurangkan bibit-bibit prasangka dan dipupuk semangat perpaduan
dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia dan di masa yang sama dapat
dizahirkan prinsip murni rahmatan lil
‘alamin.
______________________________________
Rencana di atas telah disiarkan dalam ruangan Muka Surat Sepuluh Berita Harian pada 15 Disember 2018.
No comments:
Post a Comment