Rencana pertama yang disiarkan melalui BERNAMA online, melalui ruangan 'Ketamadunan' TINTA MINDA pada 26 Jun 2020. Penerokaan penulisan dalam ruang lingkup yang baru. Mungkin selama ini hanya tertumpu melalui media cetak khususya akhbar dan majalah. Perlu diakui bahawa pembaca kini telah berubah kepada pembacaan kepada bahan atas talian dan oleh itu penulis juga perlu mengikut perkembangan dan keperluan tersebut. Semoga saya sebagai penulis dapat memenuhi keperlaun tersebut dan menulis apa yang 'audience'atau khalayak mahukan, isu atau maklumat yang mereka inginkan dan minat untuk mereka baca. Moga saya berusaha dan kerja kuat ke arah itu. Selamat membaca bahan yang berkaitan dengan kepimpinan yang telah disiarkan oleh BERNAMA on line.
" Secara umumnya tugas dan peranan pemimpin bukanlah
mudah. Untuk menjadi pemimpin yang berwibawa, ianya memerlukan tahap kemahiran
yang tinggi tahapnya dan ia mungkin tidak sama dengan orang lain. Dalam Islam,
seseorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran untuk mengurus hal ehwal dunia (siyaasatud dun-ya) dengan penuh kebijakan agar rakyat dapat merasai faedah yang terbaik.
Perlu ditekankan bahawa pemimpin perlu sentiasa memikirkan hal ehwal dan
kebajikan orang yang dipimpin atau rakyat di akar umbi kerana kebijakan atau
kepimpinan yang dilakukan sebenarnya membawa kepentingan umum atau kemaslahatan
sekali gus untuk menghindarkan kemudaratan atau disebut sebagai dar-u
al mafaasid.
Dalam hal ini Abu al-Hassan Ali bin Muhammad bin
Habib al-Mawardi atau lebih dikenali sebagai al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkamu
Sultaniyyah, menyatakan bahawa kecerdasan akal dan sikap yang baik
merupakan ciri terpenting atau kompetensi yang tinggi bagi seseorang pemimpin
itu mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap rakyat atau orang yang
dipimpin dalam keadaan atau situasi yang pelbagai dan tidak menentu. Perkara
ini penting kerana tidak ramai pemimpin yang mampu menyerap atau menyesuaikan
keadaan yang sukar dengan mudah dan cepat apatah lagi seperti suasana wabak
atau pandemik COVID-19 ini yang menyerang dengan batas dan tempoh kesukaran
yang panjang.
No comments:
Post a Comment