Dunia semakin maju dan cabaran dakwah Islamiah
menghadapi pelbagai cabaran yang semakin hebat khususnya suasana kehidupan
manusia yang semakin kompleks. Pada asasnya Islam mampu menjawab serta
mendepani segala persoalan yang dihadapi oleh umat. Namun demikian, ia
bergantung pada kemampuan para dai atau pendakwah serta wawasan pendakwah atau
organisasi dakwah mengurus strategi dakwah terhadap sasaran dakwah yang berkait
dengan masalah, budaya serta karakter yang berbeza. Oleh kerana masalah sasaran
dakwah yang amat pelbagai dan kompleks sifatnya khususnya dari pelbagai etnik
yang pelbagai, para pendakwah masa kini perlu mampu memainkan pelbagai peranan
dalam masyarakat yang homogenous. Tujuan artikel untuk membincangkan tentang
keperluan para pendakwah atau dai melakukan transformasi agar menjadi pendakwah
yang relevan masa kini dan masa akan datang. Metod penulisan ialah secara analisis
kandungan dan juga kajian perpustakaan. Bagi memenuhi keperluan
tersebut, para pendakwah perlu bertindak sebagai kaunselor, penyelesai masalah,
pengurus dan juga usahawan. Dengan cara yang sedemikian, proses dakwah Islamiah
dalam pelbagai etnik akan terus berkembang dan pendakwah mampu menjadi agen
perubahan sosial serta dapat membina masyarakat yang mantap dari segi akidah, akhlak,
ibadah dan mualamat.
Kata Kunci: Cabaran, dakwah Islamiah, pendakwah, perubahan
No comments:
Post a Comment