KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA atau KAGAT akan menyambut ulangtahun ke 38 penubuhannya pada 16 April 2023 ini. Dalam tempoh 38 tahun yang lepas, pada asasnya KAGAT telah memainkan peranan yang penting dalam ATM dan telah berjaya mentarbiah atau mendidik anggota-anggota Islam dalam ATM untuk menghayati Islam. KAGAT mungkin antara agensi agama yang kompeten dalam kalangan agensi agama perkhidmatan awam Malaysia, mengatur dan melaksanakan pelbagai program untuk mendidik secara dalaman anggota atau staf dalam organisasi secara terancang dan teratur. Dalam aspek ini, KAGAT perlu terus memainkan peranannya serta perlu membuat anjakan paradigma pelaksanaan dalam pengurusan dakwah yang dilakukan masa kini, kerana banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia. Bagi menghadapi cabaran tersebut KAGAT perlu mengukuhkan dan memantapkan aspek pengurusan, modul dan juga pendekatan dalam berdakwah yang dilakukan oleh KAGAT pada masa kini, serta perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, golongan sasar dan tempat. Pendekatan ini termasuklah apa yang disebut oleh Franklin Covey ‘The 7 habits effective people’ (2001) yang telah menyenaraikan aspek “Seek First to Understand, then to be Understood”. Aspek tersebut merupakan prinsip penting yang perlu dihayati oleh para pendakwah dan juga organisasi dakwah seperti KAGAT. Kegagalan memperkayakan pendekatan dakwah dan cara Islam dipersembahkan, bukan sahaja menjadikan manusia itu bosan dan menjauhkan diri apabila didekati, malah pendekatan yang tidak relevan itu bakal menjadi fitnah kepada agama. Selain dari aspek pendekatan atau program ceramah agama perlu dipertingkatkan dan perlu mengenal pasti objektif dan hasil pembelajran yang bakal diperoleh setelah tamat program dan bukan sekadar memenuhi keperluan masa dan tempat. Secara umumnya syarahan agama.
______________________
Rencana telah disiarkan dalam BERITA HARIAN 17 April 2023 muka surat 18
No comments:
Post a Comment