Tuesday, April 25, 2023

DA'I KAGAT PERLU BERHIKMAH BIMBING 'INDIVIDU SUKAR'



KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA atau KAGAT akan menyambut ulangtahun ke 38 penubuhannya pada 16 April 2023 ini.  Dalam tempoh 38 tahun yang lepas, pada asasnya KAGAT telah memainkan peranan yang penting dalam ATM dan telah berjaya mentarbiah atau mendidik anggota-anggota Islam dalam ATM untuk menghayati Islam. KAGAT mungkin antara agensi agama yang kompeten dalam kalangan agensi agama perkhidmatan awam Malaysia, mengatur dan melaksanakan pelbagai program untuk mendidik secara dalaman anggota atau staf dalam organisasi secara terancang dan teratur. Dalam aspek ini, KAGAT perlu terus memainkan peranannya serta  perlu membuat anjakan paradigma pelaksanaan dalam pengurusan dakwah yang dilakukan masa kini, kerana banyak lagi  perkara yang perlu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan penghayatan Islam dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia.  Bagi menghadapi cabaran tersebut KAGAT perlu mengukuhkan dan  memantapkan aspek pengurusan, modul dan juga pendekatan dalam berdakwah yang dilakukan oleh KAGAT  pada masa kini, serta perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, golongan sasar dan tempat. Pendekatan ini termasuklah apa yang disebut oleh Franklin Covey ‘The 7 habits effective people’ (2001) yang telah menyenaraikan aspek “Seek First to Understand, then to be Understood”. Aspek tersebut merupakan prinsip penting yang perlu dihayati oleh para pendakwah dan juga organisasi dakwah seperti KAGAT. Kegagalan memperkayakan pendekatan dakwah dan cara Islam dipersembahkan, bukan sahaja menjadikan manusia itu bosan dan menjauhkan diri apabila didekati, malah pendekatan yang tidak relevan itu bakal menjadi fitnah kepada agama. Selain dari aspek pendekatan atau program ceramah agama perlu dipertingkatkan  dan perlu mengenal pasti objektif dan hasil pembelajran yang bakal diperoleh setelah tamat program dan bukan sekadar memenuhi keperluan masa dan tempat. Secara umumnya syarahan agama.

______________________ 

Rencana telah disiarkan dalam BERITA HARIAN 17 April 2023 muka surat 18


Saturday, April 8, 2023

TRANSFORMASI DAKWAH DALAM PELBAGAI ETNIK

 






Dunia semakin maju dan cabaran dakwah Islamiah menghadapi pelbagai cabaran yang semakin hebat khususnya suasana kehidupan manusia yang semakin kompleks. Pada asasnya Islam mampu menjawab serta mendepani segala persoalan yang dihadapi oleh umat. Namun demikian, ia bergantung pada kemampuan para dai atau pendakwah serta wawasan pendakwah atau organisasi dakwah mengurus strategi dakwah terhadap sasaran dakwah yang berkait dengan masalah, budaya serta karakter yang berbeza. Oleh kerana masalah sasaran dakwah yang amat pelbagai dan kompleks sifatnya khususnya dari pelbagai etnik yang pelbagai, para pendakwah masa kini perlu mampu memainkan pelbagai peranan dalam masyarakat yang homogenous. Tujuan artikel untuk membincangkan tentang keperluan para pendakwah atau dai melakukan transformasi agar menjadi pendakwah yang relevan masa kini dan masa akan datang. Metod penulisan ialah secara analisis kandungan  dan juga  kajian perpustakaan. Bagi memenuhi keperluan tersebut, para pendakwah perlu bertindak sebagai kaunselor, penyelesai masalah, pengurus dan juga usahawan. Dengan cara yang sedemikian, proses dakwah Islamiah dalam pelbagai etnik akan terus berkembang dan pendakwah mampu menjadi agen perubahan sosial serta dapat membina masyarakat yang mantap dari segi akidah, akhlak, ibadah dan mualamat.

 

Kata Kunci: Cabaran, dakwah Islamiah, pendakwah, perubahan

 

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024