Tuesday, January 3, 2023

OP BENTENG


 Artilel berkaitan dengan OP BENTENG yamg dilaksanakan oleh National Task Force of Malaysia dalam mengekang COVID-19 di Malaysia dalam International Journal of Advanced Research (IJAR) IJAR 10(10) 2022 page 985-991

USAHA DAN PENDEKATAN PEMATUHAN SYARIAH DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1985 oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Dasar ini merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha kerajaan Malaysia yang telah dilakukan seperti penubuhan pelbagai organisai berteraskan Islam serta pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan itu, organisasi Angkatan Tentera Malaysia turut berusaha ke arah penerapan nilai dalam Islam dalam organisasi bagi menghakis pengaruh tradisi tentera British yang bertentangan dengan tradisi Melayu dan Islam. Penubuhan Kor Agama angkatan Tentera Malaysia  pada tahun 1985 merupakan salah satu usaha ke arah pematuhan syariah dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kertas ini akan membincangkan usaha-usaha KAGAT untuk memenuhi pematuhan syariah dalam organisasi ATM. Kajian perpustakaan, metod temu bual serta pemerhatian telah diguna pakai dalam menjayakan penyelidikan ini. Dapatan kajian menunjukkan usaha-usaha pematuhan syariah dalam pelbagai dasar, program dan aktiviti dalam ATM pada hari ini dalam memenuhi pematuhan syariat telah meningkat dan terus diusahakan sekaligus memberikan impak yang besar terhadap kejayaan KAGAT dalam pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan dalam usaha membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya tempur yang kuat serta rohani yang mantap.

Artikel yang telah dterbitkan dalam Jouranl of Contremporary Islamic Studies UITM Vol 8 2022. Selamat membaca.

------------------------------------
Burhanuddin Jalal
3 Jan 2023

 

Monday, January 2, 2023

TAMADUN DALAM PELBAGAI DIMENSI



Buku ‘Tamadun dalam pelbagai dimensi’ merupakan gabungan usaha sarjana pelbagai bidang dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, sebagai usaha yang berterusan pihak fakulti dan universiti untuk terus meningkatkan peranan dalam perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang ilmu serta memperkukuh peranan fakulti dalam bidang penerbitan akademik.

Dalam apa juga isu yang berkaitan dengan ketamadunan, apatah lagi isu-isu besar yang menyentuh pelbagai aspek kemasyarakatan dan kehidupan manusia, perspektif pemandangan yang terbaik dan yang paling utama ialah dilihat dari perspektif yang paling menyeluruh dan yang paling bersepadu. Ini adalah kerana peradaban atau tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar dan yang paling inklusif tebaran dan cakupannya. Sebagai sebuah entiti budaya, peradaban merangkumi kehidupan keagamaan, kehidupan sosial, kehidupan ekonomi, kehidupan politik, dunia pendidikan, alam kebudayaan dan adat resam, dunia kesenian, dunia sains dan teknologi dan kehidupan selainnya. Tidak ada bahagian kehidupan manusia yang terlepas daripada cakupan peradaban. Oleh yang demikian pelbagai tulisan dan tema yang dihasilkan oleh para sarjana dalam buku ini sekali gus dapat menggambarkan kepelbagaian dimensi tamadun yang dapat membangunkan serta memajukan manusia pada keseluruhannya.

Dalam buku ini para penulis telah cuba menjelaskan dengan ringkas sifat dan hakikat tamadun dalam pelbagai dimensi. Sebagai entiti budaya yang dihasilkan oleh manusia, tamadun adalah bersifat komprehensif dan menyeluruh, bersifat serba meliputi, mencakupi dan merangkumi, dan bersifat kait mengait di antara satu bahagiannya dengan bahagian yang lain. Sifat kait mengait itu wujud kerana ia berkehendakkan kesatuan dan kesepaduan selaras dengan kecenderungan tabii pembinanya, iaitu manusia, kepada penghayatannya dalam dirinya dan juga dalam hasil ciptaannya. Bagi semua bangsa manusia, tamadun ialah hasil ciptaannya yang paling agung dan yang paling dibanggakan. Darjah saling berkaitan di antara juzuk-juzuk dan dimensi-dimensi tamadun berbeza, daripada sebuah tamadun sebuah tamadun yang lain. Dengan kata lain, darjah penghayatan kesatuan dan kesepaduan berbeza daripada sebuah tamadun ke sebuah tamadun yang lain.

Terima kasih kepada penulis yang telah menyumbang artikel bagi menjayakan penerbitan buku ini. Terima kasih semua.

_______________________________


PROF MADYA KOLONEL DR BURHANUDDIN JALAL -  30 Dis 2022

Friday, September 16, 2022

PENDAKWAH PERLU BERWASPADA DALAM DAKWAH



Pendakwah perlu   terus berdakwah demi membina negara yang baik, makmur serta dalam pengampunan dan pemeliharaan Allah. Dalam usaha ke arah tersebut para pendakwah perlu terus membetulkan niat, pemikiran yang fokus, keazaman untuk membina penambahbaikan serta kesedaran untuk terus membina dan memperbetulkan umat ke arah kebaikan. Untuk mencapai ke arah tersebut para pendakwah perlu berwaspada terhadap beberapa halangan atau cabaran yang mungkin boleh memesongkan kesatuan pendakwah dalam usaha untuk bersama menggembleng tenaga dan usaha ke arah membantu negara seperti yang dihasratkan.

 

Bagi mencapai matlamat tersebut para pendakwah perlu terus berpegang kepada matlamat utama dakwah iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan petunjuk, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar (al-amr bi al ma’ruf wa an-nahyl al-munkar) untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain ia merupakan satu tanggungjawab dan niat tersebut jangan bertukar berdakwah menjadi kepada kerjaya, dan inilah yang berlaku dan sekali gus akan mewujudkan banyak aspek luaran atau teknikal berbanding intipati dan hakikat dakwah, suka berlengah berbanding bergerak aktif, munculnya kelompok atau individu yang mengaku sebagai pendakwah tetapi lebih bersifat pura-pura berbanding sifat yang jujur dan benar. Musibah ini amat berbahaya kerana ia boleh menjauhkan umat Islam dari hakikat dakwah yang sebenar dan sekali gus memudahkan musuh Islam menentang kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan. 

-------------------

Rencana yang telah diterbitkan dalam Majalah Dakwah Isu 57- terbitan YADIM September 2022

 

Sunday, September 4, 2022

Religious Attitudes and Perspective Among Muslims Community in Malaysia Reflective on COVID-19 Pandemic

Artikel yang telah diterbitkan dalam  In : Selected Proceedings from the 1st International Conference on Contemporary Islamic Studies (ICIS 2021.

Malaysia as well as other countries in the world have experienced the COVID-19 pandemic since March 2020. It must be acknowledged that this pandemic has affected various aspects of life including economic, political, social and religious practices. Religious life is also affected by the effects of movement control orders or Movement Control Orders that have been set by the government. The objective of the study was to examine the level of worship practice, participation in worship practice, the level of readiness to worship and also the concern of Muslims in Malaysia related to religion in daily life. The research methodology uses library research methods, interviews, observations and social surveys. The results of the research showed the worship activities performed by Muslim community in Malaysia during the COVID-19 pandemic had significant and different changes in aspects of daily life.
Keywords: Attitude Muslim Religion Practice Worship

Sunday, July 31, 2022

KEPIMPINAN KETENTERAAN MALAYSIA: SEJARAH, NILAI DAN PRINSIP



Organisasi ketenteraan merupakan salah satu organisasi tertua di dunia dan ia mempunyai struktur kepimpinan yang tersendiri serta telah mempengaruhi corak serta gaya kepimpinan organisasi sosial yang lain. Artikel ini membincangkan aspek kepimpinan ketenteraan dari sudut sejarah, nilai dan prinsip yang membentuk kepimpinan berwibawa. Kajian perpustakaan, penelitian dokumentasi serta pemerhatian telah digunakan bagi memperoleh dan menganalisis data. Secara umumnya terdapat ciriciri keunikan tersendiri dalam kepimpinan ketenteraan dipelbagai negara dan juga di Malaysia. Kepimpinan ketenteraan di Malaysia telah memberikan kesan yang positif terhadap kepimpinan negara hasil hubungan tentera dan perkhidmatan awan atau disebut sebagai ‘civil military relations’ dan juga pelaksanaan aktiviti ketenteraan selain dari perang yang telah membantu memberikan kejayaan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

 

Artikel yang diterbitkan dalam Jurnal. Zulfaqar J. Def. Mgt. Soc. Sci. Hum. Vol. 5 Issue 1 (2022) 14-23

Wednesday, May 11, 2022

USAH BIAR KEHEBATAN BERIBADAH BERAKHIR PADA SYAWAL


 Dalam pengalaman kehidupan kita, seringkali kita melihat kegagalan seseorang individu, kumpulan, organisasi atau pasukan yang gagal untuk mempertahankan kejayaan atau kejuaraan yang diraih, disebabkan kegagalan untuk terus mempertahankan apa yang dilakukan sebelum ini bagi memperoleh kemenangan dan kejayaan. Sesungguhnya mempertahankan kejuaraan lebih sukar dan merampas kejuaraan’. Dalam hal ini perlu kita menghayati firman Allah dalam surah al-Fusilat ayat 30 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan istiqamah (pendirian) mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.”. 

______________

Rencana yang telah disiarkan dalam BERITA HARIAN - 11 Mei 2022 Muka Surat 35

BULI DALAM PERKHIDMATAN TENTERA

Temubual bersama wartawan BERITA HARIAN . Latifah Ariffin berkaitan dengan isu buli dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Telah disi...