Pendakwah perlu
terus berdakwah demi membina negara yang baik, makmur serta dalam
pengampunan dan pemeliharaan Allah. Dalam usaha ke arah tersebut para
pendakwah perlu terus membetulkan niat, pemikiran yang fokus, keazaman untuk
membina penambahbaikan serta kesedaran untuk terus membina dan memperbetulkan
umat ke arah kebaikan. Untuk mencapai ke arah tersebut para pendakwah perlu
berwaspada terhadap beberapa halangan atau cabaran yang mungkin boleh
memesongkan kesatuan pendakwah dalam usaha untuk bersama menggembleng tenaga
dan usaha ke arah membantu negara seperti yang dihasratkan.
Bagi mencapai matlamat
tersebut para pendakwah perlu terus berpegang kepada matlamat utama dakwah
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan petunjuk, menyuruh yang baik dan
melarang yang mungkar (al-amr bi al ma’ruf wa an-nahyl al-munkar)
untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain ia
merupakan satu tanggungjawab dan niat tersebut jangan bertukar berdakwah
menjadi kepada kerjaya, dan inilah yang berlaku dan sekali gus akan mewujudkan
banyak aspek luaran atau teknikal berbanding intipati dan hakikat dakwah, suka
berlengah berbanding bergerak aktif, munculnya kelompok atau individu yang
mengaku sebagai pendakwah tetapi lebih bersifat pura-pura berbanding sifat yang
jujur dan benar. Musibah ini amat berbahaya kerana ia boleh menjauhkan umat
Islam dari hakikat dakwah yang sebenar dan sekali gus memudahkan musuh Islam
menentang kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan.
-------------------
Rencana yang telah diterbitkan dalam Majalah Dakwah Isu 57- terbitan YADIM September 2022
No comments:
Post a Comment