Konsep adab dalam Islam disampaikan oleh Prof. Naquib al-Attas. Menurut Prof. Naquib, adab adalah “pengenalan serta pengakuan akan hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam rencana susunan berperingkat martabat dan darjat, yang merupakan suatu hakikat yang berlaku dalam tabiat semesta.”
Lebih jauh, Prof. Naquib menjelaskan, bahwa jatuh-bangunnya umat Islam,
tergangtung sejauh mana mereka dapat memahami dan menerapkan konsep adab
ini dalam kehidupan mereka. Lebih jauh, pakar filsafat Islam dan sejarah Melayu
ini menjelaskan,
”Ta’rif adab
yang dikemukakan di sini dan yang lahir dari pengertian Islam, dengan
sendirinya menjelaskan bukan sahaja harus dia itu ditujukan maksud pengenaannya
pada bangsa insani belaka; bahkan dia juga harus dikenakan pada keseluruhan
alam tabi’i dan alam ruhani dan alam ilmi. Sebab, adab itu sesungguhnya suatu kelakuan
yang harus diamalkan atau dilakukan terhadap diri, dan
yang berdasarkan pada ilmu, maka kelakuan atau amalan itu bukan sahaja harus
ditujukan kepada sesama insani, bahkan pada kenyataan makhluk jelata, yang
merupakan ma’lumat bagi ilmu. Tiap sesuatu atau seseorang memiliki hak yang
meletakkannya pada keadaan atau kedudukan yang sesuai bagin keperluannya.
Ilmulah, dibimbing serta diyakini oleh hikmat, yang memberitahu atau
memperkenalkan sehingga ketara tentang hak yang mensifatkan sesuatu atau
seseorang itu; dan keadilan pula yang menjelaskan hukum tentang di manakah atau
bagaimanakah letak keadaan atau kedudukannya. Apabila faham adab itu dirujukkan
kepada sesama insan, maka dia bermaksud pada kesusilaan akhlakiah yang
mencarakan kewajiban diri berperangai mengikut keperluan haknya dalam susunan
berperingkat darjat yang terencana, umpamanya, dalam keluarga, dalam
musharakat, dalam berbagai corak pergaulan kehidupan. Apabila dia dirujukkan
pada alam ilmi pula, maka dia bermaksud pada ketertiban budi menyesuaikan
haknya pada rencana susunan berperingkat martabat yang mensifatkan ilmu;
umpamanya pengenalan serta pengakuan akan ilmu bahawa dia itu tersusun
taraf keluhuran serta keutamannya, dari yang bersumber pada wahyu ke yang
berpunca pada perolehan dan perolahan akal; dari yang fardu ain ke yang fardu
kifayah; dari yang merupakan hidayah bagi kehidupan ke yang merupakan kegunaan
amali baginya. Dan adab terhadap ilmu itu iaitu mengenali serta mengakui taraf
keluhuran serta keutamaan yang terencana pada ilmu, nescaya dapat menghasilkan
dalam diri pencapaian yang seksama terhadap meramukan, menurut taraf
keperluannya, pelbagai macam ilmu yang membina keadilan dalam diri. Dan
keadilan dalam diri itu menyesuaikan haknya pada kewajiban membimbingnya ke
arah pengenalan serta pengakuan akan ilmu yang bersumberkan wahyu, yang
menyesuaii hak diri jua, dan yang dengannya dapat menjelmakan akibat amali
dalam diri sehingga menyelamatkannya dunia-akhirat.” .
No comments:
Post a Comment