Sejak kebelakangan ini, banyak
sekali bencana yang berlaku di rantau ini khususnya di negara jiran kita.
Musibah seperti banjir atau gempa bumi serta tsunami seperti kejadian di Palu
dan juga di Teluk Sunda baru-baru ini amat dahsyat sekali. Apakah kesemua
tanda-tanda itu menunjukkan bumi semakin tua atau kiamat telah kian menghampiri
kita? Dan bagaimanakah sikap kita terhadap pelbagai bencana yang berlaku secara
berturutan ini?
Satu perkara yang penting apabila
berlakunya bencana alam yang silih berganti dalam tempoh yang dekat, ini
bermakna ada hikmat di sebaliknya. Hikmah yang paling besar dari musibah dalam
masa yang dekat atau berlakunya secara berturutan itu, bermaksud Allah
memberikan peringatan secara berterusan dan berulang kali agar manusia
mengambil iktibar dari kejadian tersebut dan perlu menyedari apa yang telah
lakukan selama ini.
Mungkin manusia telah melakukan
kesilapan yang besar dan menyalahi fitrah yang telah ditentukan Allah SWT, dan
Allah mengingatkan tentang kesilapan tersebut supaya tidak berulang sekali gus
menyebabkan bencana yang lebih besar akan berlaku. Sebagai contoh, apa yang
berlaku dalam peristiwa Tsunami di Palu dan juga Teluk Sunda baru-baru ini,
kita lihat bencana tersebut datang dari air laut naik ke atas darat dan ke
tanah tinggi dan ada juga bencana yang datang dari atas turun ke bawah seperti
meletusnya gunung berapi yang menyebabkan larva panas turun ke bawah atau
banjir yang berlaku menyebabkan air bertakung. Kesemuanya aturan Allah dan
perlu mengambil iktibar atas kejadian dan apa yang berlaku di sekeliling kita
seperti mana yang telah diingatkan Allah melalui firman-firman-Nya dalam
al-Quran.
_____________________
Telah disiarkan dalam Majalah Dewan Masyarakat, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Bil 5/201
No comments:
Post a Comment