Saturday, September 4, 2010

PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Pada 31 Ogos yang lalu kita baharu sahaja meyambut ulangtahun kemerdekaan negara ke 53. Perkara yang penting untuk kita sebagai rakyat ialah untuk sama-sama berganding bahu mengisi kemerdekaan itu dengan sebaik-baiknya. Salah satu perkara yang penting dalam konteks mengisi kemerdekaan itu ialah dengan mempertahankan kedaulatan negara sedaya yang mungkin berdasarkan kemampuan, kekuatan, kelebihan, kepakaran atau apa saya yang kita miliki.

Ternyata negara kita kini di serang dari dari semua sudut sama ada ekonomi, politik atau pun sosial. Oleh yang demikian kita perlu terus mempertahnakan negara kita dan mempertahankan negara adalah menepati kehendak Islam. Firman Allah, surah an-Nahl 16: 91-92 yang bermaksud, “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu; Sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan, dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; Dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeterai) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.”.

Dalam sebuah hadis Nabi bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu sekalian bersifat benar kerana sesungguhnya kebenaran membawa kebaikan, sedangkan kebaikan membawa syurga dan sesungguhnya seseorang yang melatih dirinya bersifat benar ia akan menjadi orang yang dikenal sangat besar dan sesungguhnya berdusta itu akan membawa maksiat, sedangkan maksiat itu membawa kepada neraka. Dan sesungguhnya seorang pendusta akan ditulis di sisi tuhannya sebagai orang yang sangat pendusta”- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Mausuaat al-hadis al-syarif al-kutub al-sittah: 2000).

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,tumpang tanya tuan punya blog.bagaimana cara untuk memohon jawatan pegawai dalam KAGAT kerana saya amat berminat untuk menganggotainya tetapi tiada sesiapa yg boleh dirujuk.Harap tuan sudi menjawabnya.

Burhanuddin Jalal said...

Untuk memohon jawatan pegawai KAGAT sila dapatkan borang permohonan dengan menghubungi Jabatan Arah KAGAT Markas ATM Jalan Padang Tembak 50434 Kuala Lumpur atau Bahagain Pengambilan Pegawai Cawangan Tenaga Kerja c, Bhg Perkhidmatan anggota Markas ATM Jalan Padang Tembak KL.

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024