Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal
SALAH satu peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadan ialah Perang Badar atau sering disebut sebagai Badr al-Kubra. Sirah telah mencatatkan bahawa tentera Islam telah terlibat dalam Perang Badar (Badr al-Kubra) yang telah berlaku pada 17 Ramadan Tahun 2 Hijrah. Sesungguhnya ‘Badr al-Kubra’ telah memberikan pengajaran dan iktibar yang boleh diteladani oleh setiap individu muslim iaitu:
a. Sifat cinta dan kasih kepada agama Islam mengatasi segalanya.
b. Semangat cintakan negara, bangsa dan tanah air dari diceroboh musuh.
c. Mempunyai sifat taqwa dan sabar dalam menghadapi ujian dan kesukaran.
d. Sentiasa berserah diri kepada Allah dan bertawakkal.
Selain dari itu madrasah Ramadan juga mendidik diri untuk meningkat, mendekati serta menghayati konsep Hablun MinAllah (Hubungan dengan Allah) dan konsep Hablun Minannas (Hubungan sesama manusia). Sesungguhnya madrasah ramadan melatih seluruh umat Islam untuk melaksanakan amalan hubungan seorang hamba dengan Rabbnya iaitu Hablun MinAllah (Hubungan dengan Allah) dan Hablun Minannas (Hubungan sesama manusia. Hubungan tersebut terserlah dalam ibadah dan akhlak yang dilakukan sepanjang Ramadan dan sekaligus ia mampu dan diharapkan untuk diterjemahkan selepas Ramadan.
No comments:
Post a Comment