Monday, February 28, 2011

1 ANGKATAN TETAP GAGAH TETAP SETIA

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Tarikh 1 Mac setiap tahun sentiasa dalam ingatan seluruh warga Tentera Darat Malaysia kerana tarikh tersebut merupakan tarikh ulangtahun Tentera Darat. Tahun ini Tentera Darat Malaysia meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke 78 dengan tema “ 1 Angkatan tetap gagah tetap setia”.
Menyentuh tentang aspek kesetiaan dalam budaya tentera darat, ternyata aspek kesetiaan itu sentiasa dititik beratkan mulai seseorang anggota itu memasuki perkhidmatan tentera darat. Salah satu amlan yang sering dilakukan oleh selurauh warga tentera darat dan warga ATM seluruhnya berhubung dengan kesetiaan ini ialah, amalan membaca ikrar kesatria. Dalam amalan harian anggota tentera, pada setiap pagi seluruh anggota tentera akan membaca ikrar kesateria yang kandungan ikrar tersebut adalah seperti di bawah:

a. Beriman kepada tuhan dan bertakwa kepadanya.
b. Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah.
c. Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
d. Mengutamakan pelaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
e. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

Berdasarkan sumpah perajurit atau ikrar Kesateria itu dapat dirangkumkan mengandungi unsur-unsur berikut:

a. Kepatuhan kepada pemerintah.
b. Keteguhan dalam menjalankan atau mengamalkan sesuatu.
c. Menyimpan segala rahsia tentera dengan teguh.

Berdasarkan ikrar tersebut, ternyata ia mempunyai nilai penghayatan Islam yang kuat dan mematuhi pemerintah adalah sesuatu yang wajib .Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Nisa’ (4:59) yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Kepada seluruh warga TD diucapkan selamat menyambut hari ulangtahun TD ke 78 dengan penuh semangat keperwiraan dan sentiasa di hadapan memegang cogan kata gagah setia.

1 comment:

Dr Syed Fairus said...

Saya ada buat entry khas sempena sambutan ulangtahun 78 Tentera Darat. Silalah berkunjung ke http://ditelanzaman.blogspot.com/2011/03/pakaian-tempur-celoreng-tentera-darat.html

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024